KAPTEN LEDANG

Halaman

  • Laman utama
  • JADUAL JDT 2017
  • BERITA SUKAN

Selasa, 11 Disember 2018

Harimau Malaya pilih laluan berliku di Hanoi

SAFAWI RASID menjadi penyelamat apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan buat Harimau Malaya bagi mengikat Vietnam 2-2 dalam aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini sebentar tadi

Skuad Harimau Malaya berdepan laluan berliku untuk menjulang trofi Piala AFF selepas terikat 2-2 dalam aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini sebentar tadi.
Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Tan Cheng Hoe perlu meraih kemenangan besar di Hanoi, Sabtu ini untuk mengatasi kelebihan jaringan yang dimiliki Vietnam bagi mengulangi pencapaian 2010.
Dalam aksi hari ini, Harimau Malaya dikejutkan seawal minit ke-21 hasil jaringan Nguyen Huy Hong yang berjaya menyudahkan hantaran pantas Phan Van Duc sebelum dibolosi buat kali kedua, tiga minit kemudian hasil jaringan Pham Duc Huy yang menerima hantaran Van Duc.
Skuad Cheng Hoe bagaimanapun tidak berputus asa apabila berjaya merapatkan jurang menerusi 
Shahrul Saad berjaya menanduk masuk bola ke dalam gawang pada minit ke-36 berpunca daripada sepakan Syamer Kutty Abba.
Safawi Rasid menggembirakan 88,000 penyokong yang hadir apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-61 menerusi rembatan dari luar kotak penalti yang berjaya menewaskan penjaga gawang, Dang Van Lam.



Dicatat oleh kapten ledang. di 11:14 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Khamis, 6 Disember 2018

Perjuangan Harimau Malaya belum selesai


PEMAIN Harimau Malaya diingatkan  terus fokus dan memberi persembahan terbaik pada dua aksi final Piala AFF Suzuki 2018.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, perjuangan skuad negara masih belum selesai kerana mereka perlu menempuh satu lagi halangan sebelum meraih kejuaraan buat kali kedua selepas edisi 2010.
Hamidin berkata demikian menerusi entri terbaharu dalam laman Facebook FAM; FAM official.

Perlawanan akhir akan menggunakan format timbal balik dengan final pertama berlangsung pada 11 Disember manakala aksi timbal balik 15 Disember ini.
Pada masa sama, Hamidin turut berterima kasih kepada semua penyokong skuad negara terutamanya ekor Harimau Malaya, Ultras Malaya yang hadir ke Stadium Rajamangala di Bangkok, malam semalam.

Malaysia layak ke final walaupun seri 2-2 menentang juara bertahan, Thailand pada aksi separuh akhir kedua di Bangkok.

Keputusan itu sudah mencukupi untuk skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe layak ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum ini.

Menanti Malaysia di final adalah pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir antara Vietnam dan Filipina.

Dicatat oleh kapten ledang. di 10:27 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Rajevac tabik Harimau Malaya


PENGENDALI Thailand, Milovan Rajevac mengakui skuad Harimau Malaya memang berhak untuk beraksi di pentas akhir Piala AFF 2018.
Ini kerana, katanya Malaysia lebih bersemangat dan agresif untuk menyingkirkan mereka dalam kempen kali ini selepas seri 2-2 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional Rajamangala, malam tadi.
“Saya tidak berpuas hati kerana kami tidak layak, tetapi ini adalah sebahagian daripada pengalaman buat pemain.
“Tahniah buat Malaysia kerana mereka memang berhak ke pentas akhir. Malaysia menunjukkan kesungguhan, agresif untuk mara,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
Thailand, juara lima kali seharusnya boleh mengecewakan Malaysia, tetapi penyerang sensasi mereka, Adisak Kraisorn gagal menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan di babak kedua.
Dengan kedudukan terikat 2-2 selepas 90 minit permainan, skuad kendalian Tan Cheng Hoe layak ke pentas akhir buat kali keempat, menerusi peraturan gol di tempat lawan.
“Kami memiliki peluang menerusi sepakan penalti, tetapi gagal mengambil peluang itu dengan baik, tetapi ini boleh berlaku dalam bola sepak,” katanya.



Dicatat oleh kapten ledang. di 10:19 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Rabu, 27 Jun 2018

Melaka United 0 - 4 Johor DT

Dicatat oleh kapten ledang. di 12:38 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Khamis, 21 Jun 2018

JDT. 2 - 0 Terengganu FC - LS16

Kini JDT dibezakan 13 mata dengan pasukan Perak ...

Ayuh ke stadium 26 Jun 2018 ini menentang Melaka United.

Dicatat oleh kapten ledang. di 2:04 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Sabtu, 9 Jun 2018

JDT 1-0 PAHANG [LS14]

Dicatat oleh kapten ledang. di 12:24 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Ahad, 3 Jun 2018

Jersi Marquez curi tumpuan


KUALA LUMPUR: Fernando Marquez bukan setakat membuka 'akaun' gol hanya dalam tempoh lima minit beraksi bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), namun turut mencuri tumpuan dengan jersi yang dipakainya pada aksi bertemu Perak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.
Menyarung jersi bernombor 18 dengan reka bentuk nombor yang sama seperti pemain lain, namun simbol '+' yang diletakkan di antara nombor satu dan nombor lapan segera menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan yang menyaksikan aksi terbabit.
Tindakan pemain dari Argentina itu dipercayai bagi memastikan dia tetap menyarung jersi nombor 9 sama seperti nombor jersi bersama pasukan lamanya dengan secara tidak langsung kiraan matematik yang dapat dilihat di jersi itu menyaksikan '1+8' menjadi 9.
Ketika ini, jersi nombor sembilan dimiliki penyerang mereka, Ahmad Hazwan Bakri, jadi mungkinkah kita dapat menyaksikan pertukaran jersi antara dua pemain terbabit pada musim akan datang?
Pada aksi itu, pemain berusia 30 tahun berkenaan tidak menunggu lama untuk meledak gol pada penampilan sulungnya apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit kelima sebelum pemain yang bakal digugurkan, Jorge Santos menjaringkan gol kedua pada minit ke-83 untuk kemenangan 2-0 kepada tuan rumah.
Bagaimanapun, jersi dengan simbol '+' itu tidaklah begitu asing memandangkan ia pernah dilakukan oleh bekas pemain Inter Milan, Ivan Zamorano yang turut meletakkan simbol '+' pada jersi bernombor 18 yang dipakainya.
Menyertai Inter Milan daripada Real Madrid pada 1996, Zamorano terpaksa 'melepaskan' jersi nombor 9 kepada bintang sedang meningkat naik ketika itu, Ronaldo selepas nombor kegemarannya, 10 diambil legenda Itali, Roberto Baggio yang berhijrah ke San Siro pada 1998.
Justeru, Zamorano tidak mempunyai pilihan sekali gus terpaksa mengambil jersi bernombor 18, namun diletakkan simbol tambah bagi memastikan setidak-tidaknya dia tetap menyarung jersi nombor '9'.


Dicatat oleh kapten ledang. di 5:17 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Sabtu, 2 Jun 2018

Tindakan `luar biasa' dilakukan Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika jendela perpindahan kedua


JOHOR BAHRU: Tindakan `luar biasa' dilakukan Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika jendela perpindahan kedua berakhir Ahad ini apabila bertindak menamakan pemain import baharu, Fernando Marquez dalam usaha merealisasikan impian memburu kejuaraan kelima Liga Super pada musim ini untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Bagaimanapun, status Marquez yang difahamkan dibeli dari kelab Atletico Belgrano berpengkalan di Argentina dengan nilai RM2.3 juta (USD600,000) mengikut laporan kelab berkenaan belum pasti sama ada diturunkan pada aksi menentang Perak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok.
 JDT juga mengumumkan seorang lagi pemain dari Argentina untuk menguatkan jentera serangan bergandingan bersama Marquez, sekali gus senario itu menggambarkan kedudukan Harry Novillo dan Jorge Santos yang baru membuat tiga penampilan bakal diketepikan.
Pengendali JDT, Raul Longhi menyifatkan kehadiran Marquez dalam skuad Harimau Selatan bakal menajamkan lagi jentera serangan ketika tiga aksi lalu posisi berkenaan tampak lesu.
"Fernando adalah pemain kelab Atletico Belgrano dan dia dipinjamkan untuk beraksi bersama kelab Defhhensa Justicia yang beraksi di Superliga Argentina, selain menjadi antara lima penjaring terbanyak dalam liga itu," kata Longhi.
"Kehadiran Fernando bakal menguatkan lagi jentera serangan dan saya optimis dia akan beri impak positif dalam skuad JDT. Seorang lagi pemain baharu dari Argentina juga dibawa masuk dan akan diumumkan dalam masa terdekat."
Skuad Harimau Selatan turut membuat persiapan rapi untuk berdepan skuad kendalian Mehmet Durakovic yang kini menghuni tangga kedua liga dan pastinya pertembungan kedua-dua pasukan bakal sengit.
Longhi sendiri menegaskan JDT akan berdepan beberapa perlawanan sukar dan perlu berwaspada untuk memastikan tidak lagi tercicir mata selepas sekadar seri 0-0 dengan PKNS FC pada aksi Ahad lalu.
"Taktikal yang dipratikkan oleh JDT sememangnya tertumpu kepada pengawalan bola dan mengekalkan posisi. Bukan corak permainan tendang dan lari.
Apa yang kami fokus beraksi dengan tenang dan sentiasa bergerak berpasukan dan menentang Perak nanti kami harus beri yang terbaik." kata Longhi.


Dicatat oleh kapten ledang. di 2:23 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

JDT PILIH YANG MANA? SUSAH ATAU SENANG


Hujung minggu ini JDT bakal berdepan pasukan Perak di Larkin. Adakah JDT akan kekal menjarakkan mata atau Perak berjaya merapatkan mata sekaligus membuka persaingan merebut kejuaraan Liga Super.
Perlawanan dua pasukan teratas ini pasti menjadi tumpuan seluruh peminat Liga Malaysia.
JDT walaupun dibarisi ramai pemain bintang dan dua pemain antarabangsa baharu dilihat masih bergelut untuk menjaringkan gol. Setelah liga bersambung, JDT hanya mampu menjaringkan 4 gol dari 3 perlawanan.
Ini adalah statistik yang jelas menggusarkan pasukan. Kemasukan dua pemain antarabangsa baharu dilihat gagal meninggalkan impak yang besar sehingga menggusarkan peminat setia JDT. Perkara ini juga memaksa Tunku Mahkota membuat pembelian pemain baru sebelum tamat jendela perpindahan kedua

Mungkin untuk kelab sekaya JDT, pembaziran wang tidak menjadi masalah, namun pembaziran mata sangat memberi kesan kepada kedudukan pasukan. Hilang dua mata di tangan PKNS merencatkan rencana 12 mata maksimum di bulan Ramadan.
Kini pilihan di tangan semua pemain dan pengurusan JDT. Adakah mereka ingin memilih jalan yang mudah atau menempuh laluan sukar yang mungkin memberi sesalan di akhir musim. Terlepas slot automatik ke Liga Juara Juara Asia adalah satu tamparan hebat buat pasukan segah JDT.
Hanya kemenangan Sabtu ini mampu mengembalikan cengkaman selesa di takhta liga. Menang, JDT akan didepan dengan 9 mata. Jika seri, kekal 6 mata tetapi jika tewas, margin hanya tinggal 3 mata. Bukan sahaja kepada Perak malah JDT mungkin diasak hebat oleh Pahang, Terengganu dan Kedah.

Apa yang boleh melegakan kem JDT adalah semua pemain bebas dari kecederaan. Pemain import yang baharu juga sudah pasti ingin memberikan persembahan terbaik untuk mengelakkan diri disingkir dari pasukan.
Perak kini dipuncak prestasi dengan kesemua pemain import mereka beraksi cemerlang. Pemain tempatan mereka juga bukan calang-calang dan mampu memberikan kejutan. Namun jika mereka dikekang JDT pasti akan menidakkan kebangkitan mereka.
Rekod Mehmet Durakovic yang buruk bertemu JDT pasti menghantui kem Perak ketika ini.
Beliau sudah pasti ingin menebus badi tersebut sekaligus menjadikan Perak pasukan pertama menumbangkan JDT di Larkin.
JDT perlu memastikan kelancaran di ‘final third’ mereka. Tidak guna jika menguasai sehingga 65% perlawanan jika gagal menjaringkan gol. Kehadiran semula Natxo Insa dan Safiq Rahim diharap dapat membantu dalam membuat hantaran maut untuk disudahkan oleh penyerang.
JDT harus menang jika ingin terus menjarakkan mata. Pilihan jalan yang senang ataupun sukar akan kita ketahui sesudah perlawanan ini. Perlawanan seterusnya adalah bertemu Pahang dan Terengganu yang pasti memberi saingan sengit untuk menggagalkan misi kita bermain bunga api lebih awal.

Ayuh semua penyokong penuhkan gelanggang keramat kita. Jangan jadikan bulan Ramadan sebagai alasan. Jika kita gagah ke bazar karat untuk sepasang baju raya mana mungkin kita tidak bisa gagah melangkah ke stadium demi cinta kepada JDT.
Selamat maju jaya diucapkan kepada pasukan Johor Darul Takzim. 
Luaskan Kuasamu Johor
Dicatat oleh kapten ledang. di 12:13 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Jumaat, 1 Jun 2018

JDT belanja besar untuk penyerang Argentina?


JOHOR Darul ta'zim (JDT) dikhabarkan akan berbelanja besar sekali lagi sebelum jendela perpindahan kedua ditutup hujung minggu ini.

Kali ini juara empat kali berturut-turut Liga Super itu dikatakan akan membawa masuk penyerang baharu dari Argentina.
Memetik laporan portal sukan Argentina Mundo D–La Voz, pemain yang dikaitkan ke JDT ialah pemain dari kelab Belgrano yang dipinjamkan ke kelab Defensa y Justicia, Fernando Marquez.

"Penyerang, Fernando Marquez yang sepatutnya akan kembali ke Belgrano untuk perlawanan akan datang dilaporkan akan menjadi pemain Johor, sebuah kelab di Malaysia.
"Belgrano akan memaklumkan kembali mengenai perpindahan ini memandangkan Marquez masih mempunyai kontrak bersama kelab Alberdi itu sehingga Jun 2019," tulis laporan portal berkenaan.

Khabar angin ini sekali gus menguatkan berita bahawa nasib dua pemain import baharu JDT, Harry Novillo atau Jorge Santos Silva akan menemui penamat walaupun baru tiga kali beraksi bersama skuad Harimau Selatan.

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi satu kenyataan di JST mengakui dua pemain baharu yang ditandatangani JDT itu tidak cukup bagus jika dibandingkan dengan pemain tempatan yang ada dalam pasukan.

Tunku Ismail juga telah memberi bayangan tidak teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah dibuat kelab lain, iaitu menyingkirkan pemain yang baru ditandatangani meski pun bakal kerugian jutaan ringgit dan sanggup menandatangani pemain baharu demi pasukan itu.

Sumber : SinarHarian 



Dicatat oleh kapten ledang. di 1:15 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Khamis, 31 Mei 2018

JADUAL PIALA DUNIA ( FIFA WORLD CUP ) 2018

Jadual Siaran Langsung Piala Dunia 2018 Russia Waktu Malaysia

Jadual siaran langsung Piala Dunia 2018 Russia di RTM. Kejohanan akhir Piala Dunia FIFA 2018 (FIFA World Cup 2018) akan berlangsung di Rusia dari 14 Jun - 15 Julai 2018. Kejohanan Piala Dunia kali ke-21 ini disertai 32 buah negara, dimainkan di 12 buah stadium dan melibatkan 64 perlawanan.
Negara yang layak ke Piala Dunia 2018 ialah:
Russia, Brazil, Germany, Argentina, Australia, Belgium, Colombia, Costa Rica, Croatia, Denmark, Egypt, England, France, Iceland, Iran, Japan, Mexico, Morocco, Nigeria, Panama, Peru, Poland, Portugal, Saudi Arabia, Senegal, Serbia, South Korea, Spain, Sweden, Switzerland, Tunisia and Uruguay.



Keputusan Undian Piala Dunia Russia 2018

32 negara dibahagikan kepada lapan kumpulan (Kumpulan A – H), dengan 4 negara dalam setiap kumpulan. Keputusan undian adalah seperti berikut:

Jadual Dan Siaran Langsung Piala Dunia 2018 Waktu Malaysia

RTM TV1 akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018 - 27 perlawanan secara siaran langsung dan 14 perlawanan secara siaran tertunda.
Sebagai panduan, berikut adalah jadual lengkap termasuk siaran langsungperlawanan peringkat kumpulan dan peringkat kalah mati bagi pusingan akhirPiala Dunia FIFA Russia 2018. Jadual ini memaparkan tarikh dan masa perlawanan mengikut waktu Malaysia (UTC+8), pasukan yang bertanding, dan saluran siaran langsung.
Jadual ini akan dikemaskini dari masa ke masa untuk memaparkan maklumat tekini.

Semoga jadual Piala Dunia 2018 Rusia ini berguna sebagai panduan dan rujukan para peminat bolasepak semua.
Sumber: FIFA


Dicatat oleh kapten ledang. di 5:04 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Johor Darul Ta’zim Mahu Ikat Fernando Marquez


Pasukan Johor Darul Ta’zim nampaknya sudah hilang sabar dengan prestasi dua pemain import baru mereka, Harry Novillo dan Jorge Santos Silva dalam tiga perlawanan terakhir. Dan baru-baru ini, mereka semakin hampir untuk mengikat penyerang dari Argentina, Fernando Marquez bagi menggantikan salah seorang daripada dua pemain tersebut.
Perkara ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan daripada Mundo D–La Voz yang mengatakan Marquez yang dijadualkan pulang ke Belgrano setelah beraksi secara pinjaman bersama Defensa y Justicia akan beraksi untuk Johor Darul Ta’zim.
Jika benar Marquez akan beraksi untuk JDT, maka mereka harus membuang salah satu pemain sama ada Novillo ataupun Jorge Silva bagi memberi ruang kepada Marquez.
Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan bahawa kelab mungkin akan melepaskan Novillo dan Jorge Silva kerana persembahan kedua-dua pemain ini tidak mencapai standardyang ditetapkan.
Walaupun telah menandatangani pemain dengan nilai jutaan ringgit, akan tetapi jika pemain tersebut tidak bermain dengan baik dan sama tarafnya dengan pemain tempatan, pemain tersebut harus dilepaskan.
Setakat ini, Novillo berjaya menjaringkan satu gol ketika JDT seri dengan pasukan Selangor manakala Jorge Silva pula masih lagi bergelut untuk menjaringkan gol dalam tiga perlawanan. Satu pencapaian yang kurang memuaskan memandangkan kedua-dua pemain ini diberi harapan tinggi untuk memperkuatkan barisan serangan JDT.
Jika JDT mahu melepaskan hanya satu pemain antara Novillo dan Jorge Silva, maka berkemungkinan besar mereka akan melepaskan Jorge Silva bagi memberi laluan kepada Fernando Marquez mengisi posisi sebagai penyerang utama pasukan.
Akan tetapi, jika JDT mahu melepaskan kedua-dua pemain, maka mereka perlu mencari seorang lagi pemain bagi mengisi tempat yang ditinggakan oleh Novillo.
Apa pendapat anda mengenai khabar yang mengatakan JDT semakin hampir untuk mengikat Fernando Marquez sebagai penyerang import baru mereka ? Adakah Marquez pemain yang sesuai untuk mengetuai barisan serangan JDT ?
Atau mereka perlu mencari penyerang yang lebih berkaliber dan mempunyai rekod yang baik bagi mengisi posisi serangan ?



Dicatat oleh kapten ledang. di 4:30 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Fernando Marquez Dijangka Bakal Perkuatkan Jentera Serangan JDT


Pendahulu unifi Liga Super Malaysia 2018, Johor Darul Ta’zim (JDT) dilaporkan bakal membawa masuk penyerang import baharu dari Argentina, Fernando Marquez.
Fernando Marquez merupakan pemain kelab Belgrano yang dipinjamkan ke Defensa y Justicia.
Defensa y Justicia kini berada di tangga ke-9 dalam saingan Superliga Argentina yang merupakan liga utama negara latin itu.
Pada hari Selasa lalu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi gambaran bahawa dua pemain import baharu, Harry Novillo dan Jorge Santos Silva berdepan kemungkinan disingkirkan selepas gagal menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam tiga perlawanan awal mereka.
”Kami telah memilih dua orang pemain asing yang saya percaya tidak lebih baik daripada pemain tempatan.”
”Saya telah berkata sebelum ini kita mahu berbelanja mewah dan membazirkan wang. Kini seolah-olah kita memang perlu berbelanja mewah.”
”Walaupun selepas menandatangani pemain untuk nilai berjuta-juta ringgit, jika saya melihat pemain-pemain itu tidak beraksi dengan baik selepas beberapa perlawanan, mereka boleh pergi dan saya akan mencari pengganti buat JDT.”
”Ini tidak pernah berlaku dalam bola sepak Malaysia tetapi ini adalah JDT,” jelas TMJ.
Untuk makluman, Fernando bukanlah calang-calang pemain kerana beliau merupakan penjaring kelima terbanyak liga setakat ini setelah menjaringkan 10 gol.
Sekiranya kehadiran Fernando Marquez berjaya dimuktamadkan, beliau mungkin dapat menjadi jawapan kepada pencarian peledak berbisa selepas JDT kehilangan khidmat Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa.
Skuad bimbingan Raul Longhi itu akan menanti kunjungan pencabar di tempat kedua, Perak pada Sabtu ini dalam usaha terus menjarakkan kedudukan.
Juara Liga Super empat tahun berturut-turut itu sedang mengintai kejuaraan kelima sekaligus dapat melayakkan diri secara automatik ke Liga Juara-Juara AFC 2019.
Jendela perpindahan kedua bagi saingan Liga Malaysia dijadualkan akan ditutup pada 3 Jun 2018.

Dicatat oleh kapten ledang. di 4:25 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Intipati Sesi Temubual Santai TMJ Bersama Penyokong JDT


INTIPATI SESI TEMUBUAL SANTAI DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BERSAMA PENYOKONG JOHOR DARUL TA’ZIM
” Polisi di JDT adalah tiada rahsia.. Kita akan kongsi bersama penyokong..” – DYAM TMJ

Status Ulisses Morais?

Morais ada masalah keluarga yang berat sebelum ini. Beliau terpaksa balik untuk selesaikannya. Morais dan TMJ mempunyai hubungan yang baik dari segi stuktur dan koordinasi pasukan sebelum ini. Sebelum pergi beliau menyuarakan berkemungkinan untuk kembali bila semua masalah keluarga beliau selesai.
Semasa ketiadaan beliau Raul Longhi dan Ismail Ibrahim calon paling sesuai untuk jadi caretaker sementara Morais tiada kerana Raul rapat dengan pemain kita.Projek JDT kita masih jauh. Sekarang ini baru dalam 40-50%. Morais akan kembali tapi belum ada tarikh yang pasti lagi.

Status Yayasan JDT?

Yayasan JDT ada sedikit masalah dulu. Kita terpaksa berhentikan buat sementara waktu. Tetapi sekarang projek ini bakal diteruskan lagi dengan lebih serius dan kita mahukan kali ini amanah akan diberikan kepada penyokong-penyokong kita sendiri untuk jalankan. Idea penubuhan Yayasan bolasepak seperti JDT ini telah turut dibuat oleh salah satu pasukan lawan kita.
Oleh itu kita semua dan penyokong-penyokong perlu berbincang kembali untuk meletakkan Yayasan JDT ini lebih baik selepas ini. Sebelum ini kita pernah ingatkan tentang pentingnya sumbangan dan kawalan kewangan pasukan. Kita bukan sentiasa berada di atas.
Oleh itu penyokong-penyokong JDT perlu miliki 20% daripada pasukan JDT.

Status Pemain Import?

Dahulu pasukan memang perlu untuk beri peluang dan masa kepada semua pemain. Ini adalah polisi yang diguna pakai dalam semua pasukan bolasepak.Tetapi kini kita tak boleh menunggu lebih lama kerana tahun ini tahun sangat penting JDT untuk juara Liga Super dan layak ke ACL musim depan.
Pintu perpindahan pemain akan ditutup 5 hari lagi. Kita telah habiskan banyak wang untuk pemain-pemain ini.Saya mengakui telah buat silap kali ini. Kerana kali ini saya sebelum ini telah mendengar nasihat dari info yang salah. Tetapi saya perlu akui dugaan pasukan JDT 2018 ini amat banyak.
Tidak ada dalam dunia bolasepak yang baru tandatangan pemain 3 perlawanan dan pemain itu perlu diganti dengan begitu awal. Kita terpaksa lakukan ini semua demi suara penyokong.

Situasi kehadiran penyokong sekarang?

Penyokong kena faham bahawa suara penyokong adalah nadi kekuatan pemain di padang.Buat masa ini sekarang adalah masa kritikal pasukan untuk menjadi juara Liga Super.Walaupun buat masa ini mata pasukan 6 mata dari pasukan di bawah, kita tak boleh ambil mudah.
Penyokong perlu terus hadir baki perlawanan ini untuk beri kekuatan kepada pemain.Kejayaan pasukan JDT adalah PERPADUAN antara kita. Kita realistik dan boleh berbincang sesama kita.

Status Safiq Rahim, Fazly Mazlan, Yol, Shakir Sahaari dan Gary?

Di JDT tidak ada status pemain bintang. Setiap pemain perlu tunjukkan semangat dahagakan kejayaan dalam padang latihan, ikut taktikal jurulatih dan perlu merebut tempat dalam kesebelasan utama.
Fazly Mazlan diletakkan di JDTII untuk mendapatkan kembali kualiti permainan beliau seperti dahulu. Kita sedang membantu beliau kerana beliau pernah membantu kita sebelum ini.
Shakir Saari diletakkan di JDTII untuk bantu dan beri contoh kepada pemain-pemain muda JDT. Beliau akan dihantar untuk jalani kursus jurulatih untuk menjadi jurulatih pemain akademi JDT di masa akan datang. Uniknya Kelab JDT kita menyediakan plan jangka masa panjang kepada semua pemain yang pernah berbakti kepada kita.
Yol perlu merebut kembali peluang dalam kesebelasan utama kerana posisi beliau ramai lagi calon-calon yang lebih baik seperti Natxo, Afiq, Hariss & Gary. Oleh itu beliau diletakkan di JDTII buat masa ini.
Gary adalah pemain yang mempunyai attitude yang bagus. Tetapi beliau mempunyai masalah kesihatan dan JDT akan menghantar beliau untuk jalani pembedahan tidak lama lagi. Semua pemain-pemain JDT perlu merebut kembali tempat mereka dalam kesebelasan utama kerana mereka tahu ada bonus bila mereka ada dalam kesebelasan utama.
Buat masa ini belum ada pemain yang mempunyai komitmen terbaik seperti Luciano Figueroa.

Status Benjamin Mora

Benjamin Mora adalah jurulatih yang bagus dari segi pengetahuan taktikal dan dedikasi. Tetapi beliau perlu tingkatkan skill “One on One” terhadap pemain.Buat masa ini JDTII turut dalam proses mendapatkan pemain-pemain import baru. JDTII perlu kekal dalam Liga Perdana untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada hak penyiaran.

Ego?

Sesiapa jua yang mahu bekerja dan bermain di JDT perlu buang perasaan ego.Polisi di JDT adalah ‘no one is bigger than a club”Sesiapa jua yang mahu bermain dan bekerja di JDT perlu tahan dengan tekanan setanding dengan bayaran yang diterima.Di dalam bolasepak tempat yang paling mustahak adalah ‘Bilik Persalinan’.
TMJ perlu memikirkan semua masalah ini walaupun beban dan tanggungjawab TMJ bukan hanya di bolasepak tetapi tugas sebagai Tunku Mahkota Johor. Tetapi demi amanah dan penyokong Johor, TMJ akan lakukan yang terbaik.

Status Stadium Sultan Ibrahim Larkin

“Corporate Box” kita untuk stadium baharu nanti telah pun sold out. Setiap box berharga RM500,000.00. Stadium baru ini adalah satu destinasi pelancong terbaharu kepada semua rfakyat di mana setiap keluarga boleh bersiar-siar di sana. Dalam masa terdekat ini pihak JDT akan bermesyuarat bersama penyokong untuk dapatkan ‘feedback’ isu-isu yang bakal berbangkit dan penambahbaikan kepada stadium baru seperti sistem tiket dan pengangkutan awam.

Status Kiko Insa

Beliau di sini adalah untuk menemani abangnya Natxo Insa disamping menjalani latihan bersama JDT.Tempat beliau tetap tidak terjamin kerana kualiti pemain-pemain kita dalam situasi terbaik sekarang.

Status pemain-pemain muda JDT

Kita ada Safawi, Dominic, Adam, Syameer dan ramai yang terbaik sekarang.Setiap pemain kita mempunyai klausa perpindahan pemain yang bernilai jutaan ringgit.Bolasepak adalah ‘bisnes”
Sumber: pageharimauselatan.com
Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:




Dicatat oleh kapten ledang. di 4:21 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Jumaat, 25 Mei 2018

JDT Belum Impikan Kejuaraan Liga – Longhi


Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Raul Longhi menepis tanggapan betapa pasukan itu semakin selesa untuk menjuarai Liga Super untuk lima musim berturut-turut sebaliknya menegaskan betapa saingan masih berliku dan mencabar yang menanti pasukan itu.
Beliau berkata walaupun JDT sudah melebarkan jarak mata iaitu lapan mata tatkala mengumpul 28 mata ketika Perak kini berada di tangga kedua dengan mengutip 20 mata namun kedudukan JDT masih belum selamat apabila perjalanan saingan liga masih jauh.
Malah katanya, aksi menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam, Ahad ini begitu sukar memandangkan pasukan kendalian Datuk K Rajagobal begitu liat untuk dijinakkan dan akan memaksimumkan latihan sepanjang dua hari bagi memperbaiki apa jua kelemahan yang dikesan ketika menewaskan Negeri Sembilan 2-0 pada aksi di Larkin, malam tadi.
“Saya enggan bercakap tentang lapan mata di depan dan kekal di tangga teratas kerana ia akan melalaikan kita, sebaliknya apa yang saya ingin katakan kami masih belum selamat dan perlu mengharungi satu demi satu perlawanan untuk buru kemenangan,” katanya.

Mengulas mengenai kemenangan ke atas NS, pengendali kelahiran Argentina itu mengakui betapa masih ada kelemahan dalam skuad itu taktala beraksi konsisten pada babak pertama apabila menguasai perlawanan dengan gerakan menarik serta umpanan bola tepat.
Namun beliau agak kecewa pada aksi babak kedua apabila pemain JDT kerap kehilangan bola dan ia beri tekanan buat mereka yang tampak bersusah payah untuk mengawal permainan dan hanya selepas Gonzalo Cabrera menjaringkan gol kedua pada minit ke-75, barulah pemain kembali beraksi konsisten.
Katanya, walaupun beraksi di laman sendiri , tetapi JDT tetap berdepan kesukaran apabila pasukan lawan beraksi secara bertahan dengan meletak sekurang-kurang lapan pemain di posisi pertahanan dan pasti menyulitkan perancangan taktikal yang dirancang.
Beliau juga tampak lega betapa kelibat Nazmi Faiz Mansor dan Marcos Antonio yang dikeluarkan pada hujung babak kedua tidak mengalami kecederaan serius sebaliknya hanya kekejangan otot berpunca daripada beraksi di padang basah dan tidak berdepan masalah untuk diturunkan pada aksi menentang PKNS FC, Ahad ini.

Ditanya mengenai persembahan pemain import baharu JDT, Jorge Silva dan Harry Novillo yang kurang memainkan peranan pada aksi menentang NS, Longhi menegaskan ia penampilan kedua buat kedua-dua pemain itu dan perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan bola sepak Malaysia.
“Mereka baru bersama JDT dua minggu sebelum aksi menentang Selangor, 12 Mei lalu dan hanya membuat penampilan dua perlawanan, sudah tentu agak kekok dengan corak permainan bola sepak Malaysia.
“Saya percaya mereka akan serasi dengan gaya bola sepak Malaysia dan apa yang penting mereka sudah mula menyesuaikan diri dengan corak permainan JDT dan falsafah pasukan itu bagi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini,” kata Longhi.
Sumber: Berita Harian

Dicatat oleh kapten ledang. di 2:44 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Selasa, 15 Mei 2018

5 Gol Terbaik Perlawanan LS10 Unifi Liga Super Malaysia 2018

Dicatat oleh kapten ledang. di 4:13 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Jumaat, 4 Mei 2018

SELAMAT DATANG KE KELUARGA JDT - Jorge Santos Silva

Dicatat oleh kapten ledang. di 4:32 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Khamis, 3 Mei 2018

Mau Jadi Apaaaaaa,Pemain Tanpa Penyokong - Boys Of Straits

Dicatat oleh kapten ledang. di 1:13 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Mau Jadi Apaaaaaa,Pemain Tanpa Penyokong - Boys Of Straits

Dicatat oleh kapten ledang. di 1:13 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

JDT vs Selangor 2 0 Liga Super 2018

Dicatat oleh kapten ledang. di 5:03 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Rabu, 25 April 2018

Johor Darul Ta'zim 3-2 Song Lam Nghe An

Dicatat oleh kapten ledang. di 2:50 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Ahad, 22 April 2018

JDT [ 0 ] vs [ 3 ] PAHANG

Dicatat oleh kapten ledang. di 1:22 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Jumaat, 16 Mac 2018

4 pemain yang berada di bawah naungan Jorge Mendes


Dalam perlawanan Piala AFC antara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Tampines Rovers semalam, kelihatan super agent bola sepak, Jorge Mendes hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Kehadiran ejen kepada Cristiano Ronaldo dan David De Gea ini nyata menjadi perhatian peminat yang datang ke stadium. Kehadiran beliau juga menimbulkan tanda tanya. Adakah pembaziran yang akan dilakukan oleh JDT akan melibatkan pemain di bawah ejen terbaik di dunia bola sepak ketika ini ?
Jika benar, di sini kami senaraikan 4 pemain yang berada di bawah naungan Jorge Mendes yang berkemungkinan menarik minat JDT bagi menandatangani mereka untuk memperkuatkan pasukan
1. Ezequiel Garay
Pemain kebangsaan Argentina ini bermain untuk Valencia bagi musim 2017/2018. Garay pernah bermain bersama kelab gergasi dunia seperti Real Madrid dan Benfica. Jika JDT mahu menggantikan Marcos Antonio, Garay dilihat calon yang sesuai.

2. Pizzi
Luis Miguel Afonso Fernandes atau yang lebih dikenali sebagai Pizzi ini bermain untuk pasukan Benfica musim ini. Pemain tengah berusia 28 tahun ini pernah bermain bersama Atletico Madrid dan berjaya membuat 9 penampilan bersama skuad kebangsaan Portugal. Pizzi dilihat pemain yang sesuai untuk menggantikan Harris Harun di bahagian tengah JDT.

3. Carlos Vela
Carlos Vela bermain untuk pasukan Los Angeles FC di saingan Major League Soccer. Beliau pernah bermain bersama Arsenal dan Real Sociedad sebelum menyertai Long Angeles. Vela dilihat sebagai pengganti yang sesuai jika JDT sudah tidak mahukan khidmat Luciano Figueroa.

4. Nani
Siapa yang tidak kenal dengan pemain yang satu ini. Beliau pernah bermain bersama-sama Cristiano Ronaldo di Sporting Lisbon dan Manchester United. Musim ini, beliau bermain bersama Lazio secara pinjaman daripada Valencia. Jika JDT sudah tidak mahukan khidmat Gonzalo Cabrera, Nani dilihat pemain berprofil tinggi yang sesuai untuk mengambil tempat Cabrera.

Senarai 4 pemain di bawah naungan Jorge Mendes yang boleh diberikan perhatian oleh JDT untuk dimasukkan dalam senarai pembaziran mereka. Keempat-empat pemain di atas mampu untuk membuatkan JDT menjadi pasukan yang digeruni di pentas bola sepak Asia.
Luaskan Kuasamu Johor 


Dicatat oleh kapten ledang. di 1:14 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Cari Blog Ini

SELAMAT DATANG KE BLOG KAPTEN LEDANG LUASKAN KUASAMU JOHOR

PAUTAN

  • Blog Cik Nurfarah
  • ::iNFO:LEDANG:: ~Sumber Berita Warga Ledang~
  • Blog Gadis Kampung
  • KOSMO! ONLINE
  • STAR ONLINE
  • BERITA BOLA SEPAK DAN ISU SEMASA
  • UTUSAN ONLINE
  • BLOG YB HAMIM SAMURI
  • NEW STRAITS TIMES
  • HARIAN METRO
  • SINAR HARIAN
  • MAJLIS DAERAH TANGKAK
  • BERNAMA
  • BERITA HARIAN

Mengenai Saya

kapten ledang.
Lihat profil lengkap saya

Pengikut

Viral

  • ►  2020 (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (6)
  • ▼  2018 (27)
    • ▼  Disember (3)
      • Harimau Malaya pilih laluan berliku di Hanoi
      • Perjuangan Harimau Malaya belum selesai
      • Rajevac tabik Harimau Malaya
    • ►  Jun (7)
      • Melaka United 0 - 4 Johor DT
      • JDT. 2 - 0 Terengganu FC - LS16
      • JDT 1-0 PAHANG [LS14]
      • Jersi Marquez curi tumpuan
      • Tindakan `luar biasa' dilakukan Johor Darul Ta'zim...
      • JDT PILIH YANG MANA? SUSAH ATAU SENANG
      • JDT belanja besar untuk penyerang Argentina?
    • ►  Mei (10)
      • JADUAL PIALA DUNIA ( FIFA WORLD CUP ) 2018
      • Johor Darul Ta’zim Mahu Ikat Fernando Marquez
      • Fernando Marquez Dijangka Bakal Perkuatkan Jentera...
      • Intipati Sesi Temubual Santai TMJ Bersama Penyokon...
      • JDT Belum Impikan Kejuaraan Liga – Longhi
      • 5 Gol Terbaik Perlawanan LS10 Unifi Liga Super Mal...
      • SELAMAT DATANG KE KELUARGA JDT - Jorge Santos Silva
      • Mau Jadi Apaaaaaa,Pemain Tanpa Penyokong - Boys Of...
      • Mau Jadi Apaaaaaa,Pemain Tanpa Penyokong - Boys Of...
      • JDT vs Selangor 2 0 Liga Super 2018
    • ►  April (2)
      • Johor Darul Ta'zim 3-2 Song Lam Nghe An
      • JDT [ 0 ] vs [ 3 ] PAHANG
    • ►  Mac (4)
      • 4 pemain yang berada di bawah naungan Jorge Mendes
    • ►  Februari (1)
  • ►  2017 (129)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (29)
    • ►  Mac (88)
  • ►  2016 (1)
    • ►  April (1)
Tema Ringkas. Imej tema oleh imagedepotpro. Dikuasakan oleh Blogger.