Ahad, 26 Mac 2017

TMJ mahu semak, audit akaun FAM

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menjawab pertanyaan media pada Kongres FAM ke -53.

PETALING JAYA: Presiden baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim tanpa berlengah menggariskan empat pelan jangka pendek termasuk menyemak serta melakukan audit ke atas akaun persatuan itu. 

Menurutnya, perkara utama yang mahu dilakukannya adalah menyemak akaun untuk mengetahui status kewangan FAM, selain mengurang pembaziran serta menukar falsafah permainan skuad kebangsaan dan meningkatkan imej bola sepak negara. 

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata beliau mahu mengurangkan pembaziran yang ada dalam FAM kerana tidak suka dengan amalan berkenaan. 

"Antara langkah tersebut ialah mengurangkan tenaga kerja yang tidak efektif di persatuan itu sendiri. 

"Saya memerlukan pekerja yang boleh memberi sumbangan dan mencadangkan idea-idea yang bernas kepada saya," katanya pada sidang media selepas Kongres FAM ke-53 di sini, hari ini. 

Pada masa sama, TMJ juga mahu meningkatkan kualiti pengadil dalam Liga Malaysia dengan mendapatkan bantuan serta pendedahan dari luar negara. 

"Jika mahu meningkatkan mutu liga, kita bukan hanya memerlukan peningkatan teknologi tetapi juga perlukan kepakaran luar," katanya. 

Kongres FAM hari ini membawa perubahan dengan majoriti muka baharu yang dipilih untuk meningkatkan imej bola sepak negara yang diketuai TMJ dan dua timbalannya, Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Mohd Yusoff Mahadi. - BERNAMA


PERLU 'BERSIHKAN' FAM TERLEBIH DAHULU -- TUNKU ISMAIL

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memberikan gambaran melakukan 'pembersihan dalaman FAM' sebelum beberapa langkah drastik lain diambil dalam masa terdekat.

Kenyataan Tunku Ismail itu sinis, namun cukup untuk menggambarkan badan induk itu bakal melewati perubahan ketara dengan keutamaannya untuk membuang mahupun mengecilkan kepincangan FAM sebelum ini.

Tunku Ismail tidak teragak-agak untuk membawa perubahan drastik jangka masa pendek sebelum perancangan lebih teliti dibawa ke dalam FAM.

Tunku Ismail turut menyeru setiap ahli exco agar jangan sekadar menyandang jawatan semata-mata, bahkan mengingatkan betapa mereka kini memiliki misi besar untuk diketengahkan.

"Saya akan memantau prestasi ahli-ahli yang menjalankan tugas, saya perlu membersihkan persatuan ini terlebih dahulu, selepas itu kami akan mengetengahkan perkara-perkara yang selanjutnya," katanya.

Dalam ucapan pertama sebaik diumumkan selaku presiden baru FAM, jelas fokus utama Tunku Ismail adalah memperkasakan nilai integriti, dedikasi dan profesionalisme melibatkan ahli exco dan juga badan gabungan.

"Setiap individu yang telah dipilih perlu mengikut momentum saya dan menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin."

TMJ dedahkan status Hamidin dalam FAM

PERSOALAN siapa bakal diangkat sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terjawab apabila presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengekalkan Datuk Hamidin Mohd Amin.

"Ramai orang tanya soalan ini, yang buat kerja adalah presiden, yang kena memastikan semua orang buat kerja adalah presiden dan untuk masa ini Datuk Hamidin kekal sebagai Setiausaha Agung.

"...dan jika Datuk Hamidin tak buat kerja dan tidak menepati apa yang diharapkan, minta maaflah Datuk (Hamidin)," kata Tunku Mahkota Johor itu sambil memandang ke arah Hamidin pada sidang media Kongres FAM hari ini.

Tunku Ismail berkata demikian apabila ditanya siapa bakal mengisi jawatan itu selepas beliau disahkan sebagai Presiden FAM yang baharu pada kongres berkenaan.


Sementara itu, Hamidin yang ditemui selepas sidang media berkenaan berterima kasih kepada media kerana membangkitkan soalan berkenaan."Baguslah, sekurang-kurangnya selepas terjawabnya soalan itu, tiada lagi khabar angin dan spekulasi daripada pihak lain mengenai status saya," katanya. - BernamaSumber : SINAR HARIAN

Sabtu, 25 Mac 2017

GOMEZ DIPILIH UNTUK UBAH IDEOLOGI, FALSAFAH SKUAD NEGARA


Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menegaskan perlantikan Mario Gomez selaku jurulatih skuad kebangsaan adalah untuk mengubah ideologi dan falsafah skuad negara bagi jangka pendek dan jangka panjang.
Tunku Ismail membuat kejutan dalam sidang media pertamanya selaku presiden FAM dalam Kongres FAM ke-53 di Petaling Jaya hari ini dengan pengumuman berkenaan.

Baginda mengumumkan Gomez, yang juga bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), menggantikan Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali skuad Harimau Malaysia.

Namun, khidmat Kim Swee masih ditagih apabila dilantik mengemudi barisan kejurulatihan skuad bawah 22 tahun negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.

"Mario Gomez akan mengendalikan pasukan kebangsaan dan Kim Swee akan mengurus pasukan bawah 22 tahun. 

"Saya membenarkan Gomez untuk meningkatkan prestasi Harimau Malaysia bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang," kata Tunku Ismail.

Pengumuman itu menimbulkan persoalan mengenai kedudukan pengendali asal skuad bawah 22 tahun negara, Frank Bernhardt, yang sedang bersama pasukannya dalam Kejohanan Piala Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Usah cemburu kepimpinan baharu FAM

PRESIDEN baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

DATUK HAMIDIN KEKAL SEBAGAI SETIAUSAHA AGUNG FAM.

''Buat masa ini Datuk Hamidin kekal sebagai Setiausaha Agung FAM tetapi jika beliau tidak buat kerja, minta maaflah Datuk...."

"Saya rasa semua di dalam FAM faham, bukan sahaja mengenai matlamat tetapi polisi dan prinsip saya. Saya hanya ingin orang yang boleh berikan sumbangan kepada organisasi bola sepak tanah air,"

DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM, PRESIDEN FAM

Safiq, Amirul sedia buat pusingan U

Safiq (kiri) dan Kunanlan antara pemain senior Harimau Malaysia yang telah bersara.