Ahad, 5 Mac 2017

Puji karakter pemain JDT







HUJAN BATU DINEGERI SENDIRI



Adalah sesuatu yang memalukan jika anda sebagai penulis tempatan mahupun penulis luar membandingkan kudrat pemain tempatan dengan pemain import...
ini sangat-sangat memalukan...ianya seolah-olah anda mendewakan import dan memperlekeh keupayaan anak2 tempatan...
Di dalam pasukan Kedah misalnya anda mengagung2kan anak jati, anda bercerita sekalian alam dipage2 sukan yang anda mempunyai anak jati, namun malang bila pemain import pula yang dijulang dan lebih diberi perhatian dari anak jati.
Di JDT kami tak mengamalkan sentimen anak jati, kami mengamalkan pemain tempatan perlu dihormati dan diberi semangat agar potensi mereka berupaya mengimbangi pemain2 import dan boleh bersaing diperingkat tertinggi tanpa rasa kekurangan hanya kerana mereka anak Malaysia yang memegang IC Malaysia.
oleh itu pesan admin kepada penulis yang mungkin teruja selepas Kedah baru muncul disebabkan baru menang Piala Malaysia dan baru2 ni la merasa duduk dipuncak liga, janganlah syok sendiri sehinggakan dangkal sehingga mencampurkan minyak dan air.
sedikit pantun dari admin.
Piala Malaysia piala AFC,
manakan sama si penilainya,
antara Liridon dan juga Shafiq,
mana satu yang menyarung nama Malaysia

Sabtu, 4 Mac 2017



JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER & PIALA FA & AFC PASUKAN JDT 2017




ANALISIS TAKTIKAL MSL 2017: INTENSITI JDT MENGAWAL PERMAINAN



Intensiti JDT adalah kata kunci yang penting dalam analisis kali ini. Perlawanan ini berakhir dengan keputusan 3-2 selepas JDT bangkit daripada ketinggalan 1 gol.
JDT bermula dengan intensiti sederhana
Pada fasa awal perlawanan, intensiti JDT adalah sederhana. Jadi, Pahang nampak kompeten. Mereka memberikan saingan.
Sumareh adalah pemain pertama yang masuk ke dalam kotak penalti di dalam perlawanan ini.
Pertahanan yang terlalu kasual oleh Junior Eldstal dihukum oleh Pahang yang berjaya merampas bola di sekitar kawasan bulatan tengah.
Pada fasa ini Azriff adalah pilihan terbaik.
Ini adalah fasa yang paling teruk dan semuanya serba tak betul dilakukan Eldstal. Dia tidak lepaskan hantaran cepat (release early) dan memilih titik yang sudah dilindungi pemain lawan.

Azam Azih melakukan hantaran pada waktu yang terbaik untuk Matheus Alves, 1 lawan 1 dengan Izham, pemain ini memang antara penyerang paling tajam.
JDT dikejutkan
Gol pertama ini jelas sekali, wake up call. Pada fasa ini JDT mulai meningkatkan intensiti mereka lebih tinggi.
Dan fasa ini juga pasukan Pahang gagal untuk menyaingi intensiti JDT.  JDT asasnya bermain dengan sistem 4-3-3.
Mereka berkembang kepada 3-4-3 ketika menyerang. JDT mengambil masa yang agak lama juga untuk meningkatkan intensiti.
Mereka mendapat rentak terbaik selepas gol pertama Hazwan Bakri. Ianya lebih kepada moral dan motivasi yang menaikkan semangat mereka.
JDT mulai cuba untuk lebih kerap masuk ke zon 14. Sebelum itu mereka agak sukar untuk akses ke zon 14 yang dikawal Pahang dengan ketat.
JDT mendapat gol pertama menerusi susulan sepakan penalti. Afif ternyata ada masalah dengan closing down pihak lawan.
Dia terlalu mudah dilepasi lawan yang berputar kedudukan badan mereka. Banyak kali dia dilepasi dengan mudah ketika merapati pihak lawan.
2 kali jugalah dia menarik baju pihak lawan. Mujurlah dia masih ada di dalam padang kerana aksi menarik baju macam ini.
Ia adalah tactical foul yang terpaksa dilakukan kerana kelemahan duel beliau.
Ketika memberikan sepakan percuma yang mencetuskan penalti. Afif jelas mara dan keluar dari garisan beliau tetapi tidak melakukan defensive action (contoh; memintas, membentes).
Guerra memanipulasi kelemahan itu dan cuba menggunakan half-space yang terbuka. Afif menarik Guerra.
Ketika sepakan percuma, Afif menaikkan tangan pada posisi yang terlalu tinggi. Jika bola menuju muka dan tangan melindungi muka, itu kita faham. Penalti untuk JDT!
Ketika sepakan penalti, pemain-pemain Pahang jelas tidak ada motionuntuk mengekang potensi bola muntah. Ia memang kesalahan asas dalam bertahan ketika penalti.
Ini adalah situasi ketika Wan Azraei melakukan aksi menyelamat yang terbaik. Apa yang berlaku adalah sususan dan komitmen pemain Pahang ketika situasi penalti.
Half space dan kawasan bek kiri Pahang adalah weakest link
2 half space terlalu terbuka terutama sekali di sebelah kiri. Kunanlan memiliki malam yang mudah malam tadi.
Di kiri, Jae-Won dan Faisal, Afif dan Davies serta ketiadaan perlindungan daripada Azam Azih mahupun Syamim di kawasan tersebut adalah punca.
Kawasan bek kiri Pahang juga titik lemah mereka. Faisal agak naif berhadapan dengan Kunanlan. JDT berkali-kali memanipulasi situasi ini.
Banyak peluang gol dicipta dari arah ini. Gol Safiq Rahim antara yang dihasilkan dari sini. Kemasukan Mahali turut memanipulasi titik ini.
Lihat penjelasan di bawah. Midfielder 4 Pahang terlalu statik ketika bertahan. Syamin dan Azam Azih tidak mampu membentuk defensive trapataupun segitiga dengan bek sisi dan bek tengah.
Apabila pemain di half-space, bek tengah dan bek sisi celaru dan tidak tahu siapa yang harus mengambil tindakan.
Double six (Azam-Syamim) tidak memberikan perlindungan sebaiknya. Joseph Kalang dan Sumareh tidak membantu mengawal bek sisi ofensif JDT.
Ia adalah peraturan asas dalam taktikal bertahan. Bek sisi ofensif (offensive full back) lawan adalah tugas pemain sisi untuk mengawal.
Sekali lagi, setiap bek tengah yang keluar dari kawasan mereka haruslah memenangi bola ataupun duel. Ia sama dengan penjaga gol yang keluar dari kawasan mereka. Jika gagal, itu sangat berisiko.
Pahang lebih baik pada separuh masa kedua?
Ianya kerana JDT mulai menurun intensiti selepas 60 minit. Rasanya faktor stamina dan terlalu ramai tired leg.
Hanya Kunanlan yang benar-benar boleh berlari 90 minit. Guerra, Nazmi dan Hazwan antara yang jelas ada isu tired leg dan kecergasan yang kritikal.
Pada fasa ini Pahang mendapat lebih banyak bola di kaki dan gerakan. Mereka membalas 1 gol menerusi sepakan percuma terus Alves.
Ianya selepas Safiq Rahim yang hilang fokus dalam keletihan menerjah pemain lawan dalam keadaan pertahanan JDT sudah stabil. Ia memang spoiler kepada aksi cemerlang beliau.
Rumusan
JDT bermain intensif tinggi dalam formasi 4-3-3 yang ekspansif.
Namun masalah yang sama ketika mereka cuba bermain high pressing football pada perlawanan pertama iaitu gagal untuk mengekalkannya untuk lebih lama.
Dalam erti kata lain, aspek teknikal membuatkan taktikal mereka tidak ekstensif.
Mereka semakin menurun pada separuh masa kedua selepas melabur tinggi stamina pada separuh masa pertama.
Jika masalah ini dapat diperbaiki JDT rasanya mereka akan mampu bermainhigh pressing game.
Namun kelebihan mereka adalah, ketika fasa terbaik, mereka menjaringkan 3 gol dan deposit 2 gol pendahuluan.
Dalam perlawanan ini JDT adalah pasukan yang menewaskan Pahang dalam semua aspek. Pace, duel, intensiti dan penguasaan di tengah.
Pahang outplayed terlalu lama dalam perlawanan ini. Pahang sekali lagi bermasalah berhadapan dengan pasukan yang bermain intensif dan dahagakan penguasaan bola.
Sebelum ini pasukan Kedah. Jadi, Dollah Salleh harus memikirkan formula terbaik berhadapan dengan pasukan seperti ini.
Mereka perlu tingkatkan aspek bermain dalam organisasi.
Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA
S. Kunanlan (JDT)
Hazwan mungkin agak klinikal dalam perlawanan ini. Safiq pula ada 1 assist dan 1 gol, namun Kunanlan layak mendapat lebih kredit.
Like Page : Kapten Ledang

Khamis, 2 Mac 2017



[ PREVIU ] JDT VS PAHANG : PERTARUNGAN ANTARA DUA TAKTIKAL

Akhirnya kedua-dua pasukan bertemu jua .. kali ini Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos menjadi medan arena 'rival benci tapi sayang' ini ..

Apa yang menariknya ialah kebangkitan skuad Pahang kembali menjadi gergasi bolasepak Malaysia setelah merundum dan hampir tersingkir ke Liga Perdana musim lalu ..
Penulis cuba membawa pembaca semua beberapa isu melibatkan perlawanan hangat ini ..

REKOD PERTEMUAN

Dari tahun 2013 sehingga 2016, sebanyak 14 pertemuan di antara mereka .. JDT mendahului Pahang dengan peratus kemenangan sebanyak 36% (5 kemenangan) berbanding Pahang yang mencatat 29% (4 kemenangan) sahaja ..
Baki lima perlawanan berakhir dengan keputusan seri dan dua dari lima perlawanan tersebut berlanjutan sehingga ke penentuan sepakan penalti ..

Berikut adalah rekod pertemuan di antara kedua-dua pasukan :

8 Januari 2013 - Pahang 3-2 JDT
19 April 2013 - JDT 1-0 Pahang
25 Mei 2013 - JDT 1-0 Pahang
1 Jun 2013 - Pahang 2-1 JDT
7 Februari 2014 - Pahang 3-2 JDT
5 Mei 2014 - JDT 1-1 Pahang
16 Mei 2014 - JDT 2-2 Pahang
30 Mei 2014 - Pahang 1-0 JDT
2 November 2014 - JDT 2-2 Pahang (Pahang menang penalti)
31 Januari 2015 - JDT 2-0 Pahang
2 Mac 2015 - Pahang 1-1 JDT (Pahang menang penalti)
27 Jun 2015 - Pahang 1-1 JDT
18 Mei 2016 - JDT 3-0 Pahang
21 Mei 2016 - Pahang 0-6 JDT

PRESTASI SEMASA

Kedua-dua pasukan mendapat tonik kemenangan melalui perlawanan yang lalu .. Dan kedua-dua pasukan berada di prestasi terbaik mereka ..

JDT dan Pahang masing-masing mencatat 4 kemenangan dan 1 kekalahan sepanjang lima perlawanan terdahulu ..
BENJAMIN MORA VS DOLLAH SALLEH : TAKTIKAL SIAPA LEBIH AMPUH?

JDT seperti sudah mula mendapat rentak dan kembali pada landasan mempertahankan kejuaraan mereka musim lalu .. manakala Pahang kekal konsisten selepas kekalahan ke atas Kedah ..

Permainan 'total football' yang diterapkan Benjamin Mora nampak sudah semakin serasi dengan para pemain .. JDT nampak lebih banyak menguasai bola dengan corak hantaran pendek ..
Corak 'fluid football' yang diamalkan JDT sering kali menenggelamkan permainan pihak lawan .. pergerakan yang sistematik di samping penuh kesabaran dalam mencari ruang yang selesa merupakan kunci mengapa JDT kini sudah boleh melupakan Jorge Pereyra Diaz ..

Pahang mendapat kembali tonik semangat mereka dengan kembalinya Dollah Salleh ke pangkuan mereka .. identiti yang tenggelam selama setahun bangkit kembali ..
Permainan 'direct football' yang agresif terbukti berkesan dan ini boleh dilihat apabila Pahang menjaringkan 24 gol sepanjang kempen mereka dalam Liga Malaysia musim ini ..

Kemasukkan beberapa nama seperti Ashaari Samsuddin, Syahmim Yahya, Sumareh dan Afif menjadikan mereka sangat gah sama ada di bahagian serangan mahupun pertahanan ..
'BERMUDA TRIANGLE' VS 'SANG KELEMBAI' : PENENTU KEMENANGAN

Peminat JDT kini sudah semakin yakin apabila gandingan 'Bermuda Triangle' diturunkan .. Kemenangan 100% dicatatkan JDT apabila trio tersebut diturunkan ..
Di samping itu, 4 'cleansheet' dicatatkan pertahanan JDT seterusnya melenyapkan nama Hariss Harun selepas kehadiran Afiq Fazail sebagai pengganti .. Walaupun ada satu tika, Afiq terlepas dari melakukan perlindungan kepada 'back four' di belakangnya ..

Dengan statistik hantaran yang tinggi di antara mereka bertiga, dan sering menghentikan ancaman lebih awal, sistem 'Bermuda Triangle' harus diatasi segera Dollah Salleh ..

Dollah Salleh juga tidak berasa tertekan kerana beliau tahu duo 'Sang Kelembai' beliau cukup untuk mematahkan serangan JDT ..
Dengan aksi meningkat naik pemain muda Pahang, Azam Azih yang kembali dari kecederaan dan aksi 'robust' pemain paling tidak digemari penyokong JDT, Syahmim Yahya sudah cukup membuatkan pasukan Pahang stabil apabila menyerang dan diserang ..

Sesiapa yang berjaya menguasai di bahagian tengah akan dapat menentukan siapa pemenangnya ..

PAHANG LEBIH TAJAM

Satu kerisauan untuk peminat JDT khususnya memandangkan Pahang berjaya menjaringkan gol pada setiap 15 minit ..
Minit 15 sehingga 30 dan minit 60 sehingga 75 merupakan di mana Pahang mengaktifkan intensiti mereka di hadapan gol lawan dengan peratusan sebanyak 25% ..

Berikut adalah minit gol dari pasukan Pahang :

Minit 0-15 (5%)
Minit 15-30 (25%)
Minit 30-45 (5%)
Minit 45-60 (20%)
Minit 60-75 (25%)
Minit 75-90 (20%)

Ini pula adalah statistik minit gol dari pasukan JDT :

Minit 0-15 (25%)
Minit 15-30 (12.5%)
Minit 30-45 (37.5%)
Minit 45-60 (0%)
Minit 60-75 (25%)
Minit 75-90 (0%)

PEMAIN TUMPUAN
JDT - AFIQ FAZAIL
PAHANG - AZAM AZIH

Dikhabarkan Ultras Yang Ghaib Pada Tahun 2016 Inginkan 1000 Tiket 


Untuk Game Jumaat Ini..Sambil Dipertahankan Oleh Page Lalang Malaya Mengenai Tahap Profesional PBNJ..Hahaha..Baru First Time Awaydays Larkin Ke..Takut Tak Dapat Tiket Ke..Hahaha..PBNJ Bagi 200 Yang Lain Kalau Nak Masuk Sila Beratur Seperti Gambar Di Bawah..Okay..Sekian 

Terima Kasih..Selamat Datang Ultras Tentera 

GajahPeringatan : Sini Merah Biru Tiada Hitam Putih..