Halaman
Laman utama
JADUAL JDT 2017
BERITA SUKAN
Ahad, 5 Mac 2017
Puji karakter pemain JDT
KEBOLEHAN
Johor Darul Ta’zim (JDT) memperoleh dua gol pada babak pertama, sekali gus kembali menguasai perlawanan dalam aksi Liga Super kelmarin disifatkan Benjamin Mora perkembangan positif dalam memperkenalkan falsafah bola sepak sebenar.
Dalam perlawanan tersebut, Harimau Selatan menundukkan Tok Gajah 3-2, sekali gus meranapkan impian jaguh pantai timur tersebut untuk menjarakkan jurang mata sebagai pendahulu liga.
Meskipun dikejutkan dengan gol lawan seawal minit ke-14, namun ia tidak menjejaskan rentak Harimau Selatan malah skuad berkenaan kembali mendahului sebelum berakhir wisel penamat untuk babak pertama perlawanan.
“Sudah semestinya jaringan kedua sebelum berakhir babak pertama banyak menaikkan semangat pemain malah memberi satu impak positif dalam barisan pemain untuk terus melakukan tanggungjawab masing-masing.
“Gaya permainan dalam kalangan pemain JDT, saya dapati lebih tenang malah lebih cantik dan tersusun,” katanya sejurus selepas perlawanan berkenaan, kelmarin.
Mengenai prestasi JDT, Mora berkata, beliau berpuas hati dengan kebolehan setiap pemain tetapi masih perlu diperbaiki memandangkan situasi dalam setiap perlawanan sering berubah.
“Untuk tiga perlawanan sebelum ini kita menghasilkan gol kurang daripada minit ke-12 dan itu adalah satu pencapaian memberangsangkan malah ia juga melibatkan perlawanan antarabangsa seperti di AFC.
“Untuk perlawanan malam ini (kelmarin), kami berhadapan Pahang yang mana mempunyai reputasi baik sebagai kelab berpengalaman jadi situasi yang dihadapi memang agak berat malah turut memperoleh gol pembukaan,” katanya.
Bagaimanapun, Mora berkata, pemainnya berjaya mencipta kebangkitan semula dan mendominasi permainan.
Dalam pada itu, pengendali berusia 38 tahun itu berkata, beberapa tonggak seperti Gabriel Gerra dan S Kunanlan mungkin akan direhatkan dalam perlawanan selepas ini bagi memastikan mereka kembali cergas.
“Untuk Gabi (Gabriel) memang ini bukan permaianan paling baik yang ditujukkan beliau tetapi itu adalah normal kerana setiap perlawanan dia pamer aksi paling maksima. Lagipun, untuk seorang pemain yang berusia 30-an apa yang dia lakukan adalah memang luar biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan