Khamis, 2 Mac 2017



[ PREVIU ] JDT VS PAHANG : PERTARUNGAN ANTARA DUA TAKTIKAL

Akhirnya kedua-dua pasukan bertemu jua .. kali ini Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos menjadi medan arena 'rival benci tapi sayang' ini ..

Apa yang menariknya ialah kebangkitan skuad Pahang kembali menjadi gergasi bolasepak Malaysia setelah merundum dan hampir tersingkir ke Liga Perdana musim lalu ..
Penulis cuba membawa pembaca semua beberapa isu melibatkan perlawanan hangat ini ..

REKOD PERTEMUAN

Dari tahun 2013 sehingga 2016, sebanyak 14 pertemuan di antara mereka .. JDT mendahului Pahang dengan peratus kemenangan sebanyak 36% (5 kemenangan) berbanding Pahang yang mencatat 29% (4 kemenangan) sahaja ..
Baki lima perlawanan berakhir dengan keputusan seri dan dua dari lima perlawanan tersebut berlanjutan sehingga ke penentuan sepakan penalti ..

Berikut adalah rekod pertemuan di antara kedua-dua pasukan :

8 Januari 2013 - Pahang 3-2 JDT
19 April 2013 - JDT 1-0 Pahang
25 Mei 2013 - JDT 1-0 Pahang
1 Jun 2013 - Pahang 2-1 JDT
7 Februari 2014 - Pahang 3-2 JDT
5 Mei 2014 - JDT 1-1 Pahang
16 Mei 2014 - JDT 2-2 Pahang
30 Mei 2014 - Pahang 1-0 JDT
2 November 2014 - JDT 2-2 Pahang (Pahang menang penalti)
31 Januari 2015 - JDT 2-0 Pahang
2 Mac 2015 - Pahang 1-1 JDT (Pahang menang penalti)
27 Jun 2015 - Pahang 1-1 JDT
18 Mei 2016 - JDT 3-0 Pahang
21 Mei 2016 - Pahang 0-6 JDT

PRESTASI SEMASA

Kedua-dua pasukan mendapat tonik kemenangan melalui perlawanan yang lalu .. Dan kedua-dua pasukan berada di prestasi terbaik mereka ..

JDT dan Pahang masing-masing mencatat 4 kemenangan dan 1 kekalahan sepanjang lima perlawanan terdahulu ..
BENJAMIN MORA VS DOLLAH SALLEH : TAKTIKAL SIAPA LEBIH AMPUH?

JDT seperti sudah mula mendapat rentak dan kembali pada landasan mempertahankan kejuaraan mereka musim lalu .. manakala Pahang kekal konsisten selepas kekalahan ke atas Kedah ..

Permainan 'total football' yang diterapkan Benjamin Mora nampak sudah semakin serasi dengan para pemain .. JDT nampak lebih banyak menguasai bola dengan corak hantaran pendek ..
Corak 'fluid football' yang diamalkan JDT sering kali menenggelamkan permainan pihak lawan .. pergerakan yang sistematik di samping penuh kesabaran dalam mencari ruang yang selesa merupakan kunci mengapa JDT kini sudah boleh melupakan Jorge Pereyra Diaz ..

Pahang mendapat kembali tonik semangat mereka dengan kembalinya Dollah Salleh ke pangkuan mereka .. identiti yang tenggelam selama setahun bangkit kembali ..
Permainan 'direct football' yang agresif terbukti berkesan dan ini boleh dilihat apabila Pahang menjaringkan 24 gol sepanjang kempen mereka dalam Liga Malaysia musim ini ..

Kemasukkan beberapa nama seperti Ashaari Samsuddin, Syahmim Yahya, Sumareh dan Afif menjadikan mereka sangat gah sama ada di bahagian serangan mahupun pertahanan ..
'BERMUDA TRIANGLE' VS 'SANG KELEMBAI' : PENENTU KEMENANGAN

Peminat JDT kini sudah semakin yakin apabila gandingan 'Bermuda Triangle' diturunkan .. Kemenangan 100% dicatatkan JDT apabila trio tersebut diturunkan ..
Di samping itu, 4 'cleansheet' dicatatkan pertahanan JDT seterusnya melenyapkan nama Hariss Harun selepas kehadiran Afiq Fazail sebagai pengganti .. Walaupun ada satu tika, Afiq terlepas dari melakukan perlindungan kepada 'back four' di belakangnya ..

Dengan statistik hantaran yang tinggi di antara mereka bertiga, dan sering menghentikan ancaman lebih awal, sistem 'Bermuda Triangle' harus diatasi segera Dollah Salleh ..

Dollah Salleh juga tidak berasa tertekan kerana beliau tahu duo 'Sang Kelembai' beliau cukup untuk mematahkan serangan JDT ..
Dengan aksi meningkat naik pemain muda Pahang, Azam Azih yang kembali dari kecederaan dan aksi 'robust' pemain paling tidak digemari penyokong JDT, Syahmim Yahya sudah cukup membuatkan pasukan Pahang stabil apabila menyerang dan diserang ..

Sesiapa yang berjaya menguasai di bahagian tengah akan dapat menentukan siapa pemenangnya ..

PAHANG LEBIH TAJAM

Satu kerisauan untuk peminat JDT khususnya memandangkan Pahang berjaya menjaringkan gol pada setiap 15 minit ..
Minit 15 sehingga 30 dan minit 60 sehingga 75 merupakan di mana Pahang mengaktifkan intensiti mereka di hadapan gol lawan dengan peratusan sebanyak 25% ..

Berikut adalah minit gol dari pasukan Pahang :

Minit 0-15 (5%)
Minit 15-30 (25%)
Minit 30-45 (5%)
Minit 45-60 (20%)
Minit 60-75 (25%)
Minit 75-90 (20%)

Ini pula adalah statistik minit gol dari pasukan JDT :

Minit 0-15 (25%)
Minit 15-30 (12.5%)
Minit 30-45 (37.5%)
Minit 45-60 (0%)
Minit 60-75 (25%)
Minit 75-90 (0%)

PEMAIN TUMPUAN
JDT - AFIQ FAZAIL
PAHANG - AZAM AZIH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan