Skuad bola sepak kebangsaan akan kembali menggunakan nama gelaran Harimau Malaya sebagaimana nama asal pasukan tersebut sejak ditubuhkan. Penukaran nama ini adalah atas titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Ia juga selaras dengan permintaan ramai penyokong yang mahukan nama itu digunakan kembali berdasarkan sejarah-sejarah yang pernah dilakar oleh pasukan kebangsaan di zaman kegemilangan bola sepak. Oleh yang demikian, laman rasmi Harimau Malaysia akan ditutup berkuatkuasa serta merta dan segala maklumat terkini mengenai bola sepak tanah air hanya akan dikemaskini di laman rasmi FAM. Semoga kebangkitan semula Harimau Malaya akan mampu memberi sinaran baru untuk pembangunan bola sepak tanah air untuk jangka masa panjang.
Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Isnin, 3 April 2017
ORGANISASI PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM) AKAN DISUSUN SEMULA
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan juga barisan Exco telah bersetuju untuk menyusun semula organisasi FAM. Ia bertujuan untuk menjaga dan mengawal kewangan persatuan. Ia juga turut bertujuan untuk tidak membazirkan duit persatuan seperti apa yang telah Tunku Presiden titahkan untuk berbelanja dengan berhemah disebabkan sebelum ini banyak sangat pembaziran. Seramai 20 orang kakitangan pentadbiran dan teknikal telah ditamatkan perkhidmatan dalam FAM untuk memastikan perjalanan organisasi ini mencapai hala tuju yang sepatutnya. Mereka telah dimaklumkan pada hari ini berserta notis dan 3 bulan gaji akan dibayar sepenuhnya sebelum 15hb April ini. Untuk makluman semua, semua unit dan jabatan di FAM akan diseragamkan serta digabungkan mengikut organisasi yang telah ditetapkan.
Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
-----
20 STAF FAM TELAH DIBERHENTIKAN KERJA SERTA MERTA
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini telah memberhentikan seramai 20 orang staf secara serta merta.
Hal ini merupakan sebahagian dari usaha Presiden FAM untuk mengurangkan staf dan meningkatkan produktiviti persatuan.
Perubahan drastik
Menurut laporan dari Malaysian Sports, 20 staf FAM yang diberhentikan perkhidmatannya itu meliputi bahagian skuad bola sepak kebangsaan dan juga bahagian pentadbiran FAM.
Kesemua staf kejurulatihan bagi skuad B-22 tahun telah pun diberhentikan perkhidmatannya.
Selain itu, pegawai jersi pasukan atau ‘kit man’ serta Pembantu Setiausaha Agung turut ditunjukkan jalan keluar dari Wisma FAM.
Menurut Malaysian Sports juga, staf di Bahagian Antsrabangsa FAM juga telah pun diberhentikan perkhidmatan mereka pada minggu lalu.
Namun begitu, daripada 20 staf yang diberhentikan perkhidmatan mereka ini terdapat 2 yang masih diberikan peluang untuk membuktikan diri mereka.
Hal ini terdapat 2 pegawai yang diberhentikan dari jawatan mereka di FAM itu telah diberikan peluang kedua selepas dipindahkan ke FMLLP.
Menurut Malaysian Sports, keputusan ini sedikit drastik terutamanya melibatkan staf kejurulatihan skuad kebangsaan B-22 tahun.
Hal ini kerana kontrak mereka sudah pun memasuki fasa penghujung perkhidmatan mereka yang bakal berakhir dalam tempoh 6 bulan saja lagi.
Kesemua staf yang diberhentikan akan menerima pampasan 3 bulan gaji dan tugas mereka berakhir pada 6 April 2017.
Ahad, 2 April 2017
Arif Anak Johor Juara kategori flyweight dalam saingan akhir Kejuaraan Dunia OneSilat 2017
Arif menang dalam tempoh seminit
KUALA LUMPUR 1 April - Pesilat negara, Muhammad Arif Izzudin hanya memerlukan tempoh seminit lebih untuk dinobatkan selaku juara kategori flyweight dalam saingan akhir Kejuaraan Dunia OneSilat 2017 yang berlangsung di Stadium Badminton Kuala Lumpur (KLBA) di sini hari ini.
Tindakan bijak Muhammad Arif mengunci pencabarnya, Rabin Sornito Catalan menyebabkan wakil Filipina itu lemah dan lemas, sebelum bertindak melambaikan tangan sebagai isyarat menyerah kalah.
Kemenangan tersebut membolehkan pesilat Johor itu merangkul tali pinggang kejuaraan termasuk mengaut habuan AS$10,000 (RM44,231), sementara yang kalah beroleh AS$3,000 (RM13,269).
Benjamin Mora belum mengaku kalah
KUANTAN: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora belum mengaku kalah walaupun tewas 1-3 di tangan Pahang pada aksi suku akhir pertama Piala FA malam tadi.
Baginya, perjuangan masih belum tamat kerana perlawanan masih berbaki 90 minit dan atas sebab itulah, misi skuad Harimau Selatan tidak pernah terpadam untuk mempertahan gelaran berprestij itu.
Katanya, beraksi di Larkin pastinya akan menambah keyakinan pemainnya untuk bangkit memburu kemenangan biarpun lawan mempunyai kelebihan dua gol.
"Saya percaya peluang JDT ke separuh akhir piala itu masih lagi terbuka, sekali gus mempertahankan kejuaraan musim lalu.
"Kekalahan itu tidak memadam misi kami kerana masih ada pusingan kedua dan kami akan beraksi di laman sendiri. Itu sudah pasti memberi kelebihan kepada kami," katanya.
Mora mengakui beberapa kesilapan pemainnya menyebabkan JDT tewas 1-3 kepada tuan rumah walaupun mereka lebih banyak menguasai perlawanan, termasuk mempunyai peluang untuk menambah jaringan.
"Keputusan ini bukan penamat buat JDT kerana saya percaya kami akan bangkit untuk menyekat Pahang daripada layak ke separuh akhir," katanya.
Pada perlawanan itu, gol tunggal JDT dijaringkan pemain import, Marcos Antonio manakala tiga gol Pahang, masing-masing satu dijaringkan oleh Ahmah Syamim Yahya, Matheus Alves dan Bright Dike.
Dengan berbaki 90 minit perlawanan, JDT wajib meraih kemenangan dua gol tanpa bolos ke atas skuad Tok Gajah untuk layak ke saingan separuh akhir.
Kelebihan beraksi di laman sendiri dengan sokongan padu penyokong sudah pasti memberi kelebihan kepada JDT manakala Pahang pula perlu lebih kental untuk kembali merampas Piala FA yang pernah mereka julang pada tahun 2014.

Sabtu, 1 April 2017
Pelantikan Tunku Ismail jadi pemangkin pelesenan kelab
Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John, yakin lebih banyak pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) bakal memenuhi kriteria pelesenan kelab yang ditetapkan badan induk itu susulan pemilihan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru.
Buat masa ini, JDT merupakan satu-satunya kelab yang sudah memiliki lesen kelab AFC di Malaysia sedangkan mulai 2018, semua pasukan diwajibkan ada lesen jika mahu beraksi dalam kejohanan anjuran AFC.
Justeru, Windsor berharap dengan hadirnya Tunku Ismail, situasi itu akan mempercepatkan langkah pelesenan kelab dalam kalangan pasukan di Malaysia.
Baginya, tiada calon lain yang layak selain Tunku Ismail kerana beliau sudah ada model tersendiri di Johor Darul Ta'zim (JDT) yang boleh dijadikan contoh.
"AFC berharap lebih banyak kelab yang mendapat kelulusan pelesenan ini kerana ini adalah tanda aras yang telah kami tentukan untuk mereka mencapai status kelab sebenar.
"Hanya kerana mempunyai pasukan yang bersaing dalam liga, bukanlah bermakna ia sebuah kelab kerana maksud kelab adalah lebih besar berbanding pasukan.
"Menerusi pelesenan kelab, ia akan membantu mereka," katanya.
Mengenai status terkini perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2019 di antara Korea Utara dan Malaysia, Windsor mengesahkan masih belum ada sebarang perkembangan terkini.
Ini berikutan sikap Korea Utara yang masih membisu berhubung cadangan stadium berkecuali.
Jika tiada sebarang jawapan sehingga 14 April ini, AFC akan membuat keputusan sendiri di mana perlawanan itu akan diadakan.
"Buat masa ini, kami sedang menanti jawapan mereka.
"Minggu depan, mereka akan menganjurkan perlawanan kelayakan Piala Asia Wanita di negara mereka, dan kami akan menggunakan peluang itu untuk memantau penganjurannya dari segi visa dan keselamatan.
"Penganjuran perlawanan di Pyongyang adalah bergantung kepada situasi diplomatik di antara kedua-dua negara.
"Jika tiada perkembangan positif, perlawanan akan terus diadakan di gelanggang berkecuali."

JDT DI DENDA RM66,000
PETALING JAYA: Juara Super League Johor Darul Ta'zim (JDT) telah didenda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kerana tidak menghantar ketua jurulatih mereka ke persidangan sebelum perlawanan AFC Cup terhadap Global Filipina
Jawatankuasa Disiplin AFC telah mengarahkan Harimau Selatan untuk membayar denda sebanyak AS $ 15,000 (RM66,330) kerana melanggar Perkara 3.3.9 AFC Cup 2017 .
JDT membelasah Global 4-0 dalam perlawanan Kumpulan F di Stadium Larkin, Johor Bahru pada 14 Mac.
Penolong jurulatih JDT Ismail Ibrahim juga didenda AS $ 10,000 (RM44,220) bagi kesalahan yang sama.
Ini adalah kali kedua JDT di denda oleh AFC.
Pada tahun 2015, telah di denda sebanyak US $ 3,000 (RM13,000) "pasukan salah laku" semasa AFC Cup suku akhir menentang China Selatan Hong Kong di Stadium Mongkok di Hong Kong pada 15 Sep
Penyerang Argentina Southern Tigers 'Luciano Figueroa, dilayangkan kad merah dalam perlawanan itu, digantung untuk dua perlawanan.
Dalam pertandingan AFC Cup tahun ini, JDT mendahului empat pasukan dengan tujuh mata selepas tiga perlawanan. Global mengumpul enam mata, Kemboja Beoungket Angkor di tangga ketiga dengan tiga mata manakala Myanmar Magwe di bawah dengan satu mata.
JDT, menjulang Piala AFC pada 2015, akan menentang Global di pusingan seterusnya perlawanan di Stadium Memorial Rizal di Manila pada 5 April

Langgan:
Catatan (Atom)