Isnin, 3 April 2017

20 STAF FAM TELAH DIBERHENTIKAN KERJA SERTA MERTA

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini telah memberhentikan seramai 20 orang staf secara serta merta.
Hal ini merupakan sebahagian dari usaha Presiden FAM untuk mengurangkan staf dan meningkatkan produktiviti persatuan.
Perubahan drastik 
Menurut laporan dari Malaysian Sports, 20 staf FAM yang diberhentikan perkhidmatannya itu meliputi bahagian skuad bola sepak kebangsaan dan juga bahagian pentadbiran FAM.
Kesemua staf kejurulatihan bagi skuad B-22 tahun telah pun diberhentikan perkhidmatannya.
Selain itu, pegawai jersi pasukan atau ‘kit man’ serta Pembantu Setiausaha Agung turut ditunjukkan jalan keluar dari Wisma FAM.
Menurut Malaysian Sports juga, staf di Bahagian Antsrabangsa FAM juga telah pun diberhentikan perkhidmatan mereka pada minggu lalu.
Namun begitu, daripada 20 staf yang diberhentikan perkhidmatan mereka ini terdapat 2 yang masih diberikan peluang untuk membuktikan diri mereka.
Hal ini terdapat 2 pegawai yang diberhentikan dari jawatan mereka di FAM itu telah diberikan peluang kedua selepas dipindahkan ke FMLLP.
Menurut Malaysian Sports, keputusan ini sedikit drastik terutamanya melibatkan staf kejurulatihan skuad kebangsaan B-22 tahun.
Hal ini kerana kontrak mereka sudah pun memasuki fasa penghujung perkhidmatan mereka yang bakal berakhir dalam tempoh 6 bulan saja lagi.
Kesemua staf yang diberhentikan akan menerima pampasan 3 bulan gaji dan tugas mereka berakhir pada 6 April 2017.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan