Rabu, 7 Jun 2017

Penyokong JDT Ini Terangkan Impak Perpindahan Natxo Insa Kepada JDT & Malaysia

Seorang penulis bebas iaitu Hairi Mohd telah menulis mengenai kehadiran Natxo Insa dan kesannya kepada JDT dan juga kepada bola sepak Malaysia.
Jom baca tulisan beliau!

Jawapan kepada taktikal Benjamin Mora
Ignacio ‘Natxo’ Insa Bohigues atau dikenali sebagai Natxo Insa yang baru sahaja berjaya ditandatangani oleh pasukan JDT daripada Levante merupakan seorang pemain tengah bertahan (defensive midfielder).
Oleh itu beliau pasti akan diberikan peranan untuk bermain sebagai ‘pivot’ pasukan dalam sistem 4-3-3 atau double ‘pivot’ dalam sistem 4-2-3-1 yang pernah dibentuk oleh Benjamin Mora.
Sebelum kehadiran Natxo Insa, JDT telah membawa masuk seorang pemain asing baharu iaitu Mohammed Ghaddar yang merupakan seorang penyerang tulen.


Memandangkan Ghaddar cenderung untuk melancarkan serangan secara individu ke arah pintu gol pihak lawan, kehadiran Insa mungkin akan memberikan lesen penuh kepada Mora untuk kembali menggunakan strategi asal JDT yang mula-mula dipraktikkannya semasa perlawanan Piala Sumbangsih pada awal musim iaitu 4-2-3-1.
Mora pernah mengatakan bahawa masalah JDT ialah mereka tidak mempunyai penyerang tulen dan pemain tengah bertahan mereka pula kurang pengalaman.
Oleh itu kemungkinan besar, Mora akan kembali meletakan Safiq Rahim untuk bergandingan dengan Gabriel Guerra dan Gonzalo Cabrera di belakang Ghaddar manakala Ghaddar diberikan posisi penyerang tunggal.
Manakala Insa akan diberikan peranan mengemudi bahagian tengah bertahan bersama-sama dengan seorang lagi pemain muda JDT iaitu Afiq Fazail.
Fungsi Insa dalam usaha mengukuhkan barisan pertahanan JDT
Tiada perubahan yang ketara dijangka akan berlaku terhadap barisan pertahanan JDT kerana mereka masih lagi mengekalkan status sebagai pasukan yang paling sedikit dibolosi oleh mana-mana pasukan dalam Liga Super.
Namun, perubahan yang ketara dijangka akan berlaku terhadap keupayaan JDT untuk menangkis serangan pihak lawan.
Kehadiran Insa pasti akan mengetatkan lagi barisan pertahanan JDT, kerana pengalaman dan kecemerlangannya bersama Levante akan membantu JDT menyerap asakan-asakan pihak lawan dan beliau juga berkeupayaan untuk turun dengan segera bagi membantu pasukan membentuk barisan pertahanan yang ampuh.
Nilai Natxo Insa kepada JDT dan Harimau Malaya
Saya ingin memetik kenyataan daripada laman sosial rasmi JDT yang menyatakan bahawa, “pastinya mempunyai pemain yang berpengalaman luas dan bermain di tahap yang tinggi ini sebagai pemain tempatan adalah satu kelebihan besar”.
Oleh itu terdapat isyarat yang jelas daripada pihak JDT iaitu Insa akan didaftarkan sebagai pemain tempatan, memandangkan beliau merupakan pemain berstatus pemain kacukan tempatan kerana neneknya mempunyai pertalian darah dengan negara ini.
Tambahan pula adik kandung kepada Natxo, iaitu Kiko Insa telah berjaya didaftarkan oleh pasukan Pahang sebagai pemain tempatan . Justeru, bukanlah menjadi suatu perkara mustahil buat Natxo untuk mengambil langkah yang sama.


Saya berpendapat bahawa, kehadiran Natxo Insa ke dalam kancah bola sepak Malaysia sebagai pemain tempatan merupakan suatu usaha ‘serampang dua mata’ Tunku Mahkota Johor yang merupakan pemilik kelab JDT dan juga presiden FAM.
Kemasukan Insa bakal memperkuatkan pasukan JDT dan secara tidak langsung akan mengisi ruang kelemahan pada bahagian tengah skuad Harimau Malaya.
Sesungguhnya kehadiran Insa akan memudahkan tugas ketua jurulatih Harimau Malaya, iaitu Nelo Vingada untuk mencari pemain ‘pivot’ yang paling sesuai bagi skuad negara.
Kembalinya Harris Harun ke JDT
Laman sosial rasmi JDT juga ada menyebut bahawa Harris Harun akan kembali menyarung jersi JDT pada tahun 2018, manakala tiada penyingkiran pemain import akan dilakukan oleh JDT semasa jendela perpindahan pemain kali kedua ini.
Penyataan rasmi ini menguatkan lagi teori saya bahawa Insa telah menerima status pemain tempatan kerana kini JDT telah mempunyai empat orang pemain asing iaitu Mohammed Ghaddar, Gabriel Guerra, Gonzalo Cabrera dan Marcos Antonio.
Maka jika kehadiran Insa tidak akan menggugat kedudukan empat orang pemain asing yang sedia ada, maka penganugerahan status pemain tempatan ialah penyelesaian yang ideal untuk membenarkan Insa didaftarkan dalam skuad JDT bagi musim ini.
Namun begitu harus diingat, dengan kembalinya Harris Harun ke JDT pada musim hadapan maka salah seorang daripada empat pemain asing JDT akan terpaksa disingkirkan melainkan terdapat perubahan dalam peraturan liga Malaysia (5 pemain asing) pada musim akan datang.
Menurut laman JST lagi, kehadiran Insa akan menguatkan bahagian tengah pasukan melalui formasi gabungan tiga pemain tengah iaitu Safiq, Insa dan Harris.


Melalui informasi ini, jelas bahawa pasukan JDT tidak akan sama sekali kembali menggunakan taktikal 4-4-2 yang pernah digunakan oleh Mario Gomez.
Saya percaya bahawa JDT akan kekal dengan sistem pemain tengah bertiga yang dipraktikan oleh Mora sejak awal musim ini lagi.
Pertembungan ‘Insa Bersaudara’
Selain itu kesan kehadiran Insa dalam skuad JDT, persaingan di antara pasukan JDT dengan musuh tradisinya iaitu pasukan Pahang akan bertambah rancak.
Pertembungan di antara dua gergasi tersebut bakal menjadi suatu pertembungan klasik yang ditunggu-tunggu oleh para peminat liga bola sepak tempatan kerana perlawanan tersebut akan menjadi pertembungan istimewa Insa Bersaudara.
Pertembungan tersebut akan menjadi perlawanan mega kerana kedua-dua ‘Insa Bersaudara’ bermain di posisi yang sama iaitu pemain tengah bertahan yang pasti mampu mempengaruhi corak permainan kedua-dua buah pasukan di samping menjadi nadi kepada perancangan kedua-dua orang jurulatih pasukan.
Natxo Insa ialah pemain profesional yang bermain di peringkat bola sepak yang tinggi. Beliau merupakan pemain penting pasukannya, iaitu Levante UD yang baru menjuarai Segunda Division dan dinaik taraf ke liga utama bola sepak Sepanyol iaitu La Liga.
Oleh itu, saya berpendapat bahawa berita kehadiran Natxo pasti akan menjadi suatu berita sensasi dan kembali menghangatkan nilai populariti pasaran perpindahan pemain liga Malaysia.
Impak Natxo Insa kepada Liga Malaysia
Liga Malaysia akan kembali mengecap popularitinya persis tiga tahun yang lalu, iaitu semasa kejayaan pasukan JDT membawa Pablo Aimar ke Johor.
Walaupun nama Natxo Insa tidak segah Pablo Aimar, namun kehebatan latar belakang kariernya sudah cukup untuk membuatkan nama skuad Harimau Selatan itu kembali melonjak dan menjadi sebutan para pemerhati bola sepak di rantau ini.


IMPAK PERPINDAHAN NATXO INSA KE PASUKAN JDT.
====================================
Oleh: Hairi Mohd


Kehadiran Natxo Insa: jawapan kepada taktikal Benjamin Mora
--------------------------------------------------------------------------

Ignacio 'Natxo' Insa Bohigues atau dikenali sebagai Natxo Insa yang baru sahaja berjaya ditandatangani oleh pasukan JDT daripada Levante UD merupakan seorang pemain tengah bertahan (defensive midfielder). Oleh itu beliau pasti akan diberikan peranan untuk bermain sebagai ‘pivot’ pasukan dalam sistem 4-3-3 atau double 'pivot' dalam sistem 4-2-3-1 yang pernah dibentuk oleh jurulatih Benjamin Mora. Sebelum kehadiran Natxo Insa, JDT telah membawa masuk seorang pemain asing baharu, iaitu Mohammed Ghaddar yang merupakan seorang penyerang tulen.
Memandangkan Mohammed Ghaddar cenderung untuk melancarkan serangan secara individu ke arah pintu gol pihak lawan, kehadiran Natxo Insa mungkin akan memberikan lesen penuh kepada jurulatih Benjamin Mora untuk kembali menggunakan strategi asal JDT yang mula-mula dipraktikkannya semasa perlawanan Piala Sumbangsih pada awal musim iaitu 4-2-3-1.
Jurulatih Benjamin Mora pernah mengatakan bahawa masalah JDT ialah mereka tidak mempunyai penyerang tulen dan pemain tengah bertahan mereka pula kurang pengalaman. Oleh itu, kemungkinan besar, jurulatih Benjamin Mora akan kembali meletakan Safiq Rahim untuk bergandingan dengan Gabriel Guerra dan Gonzalo Cabrera di belakang Mohammed Ghaddar manakala Ghaddar diberikan posisi penyerang tunggal. Manakala Natxo Insa akan diberikan peranan mengemudi bahagian tengah bertahan bersama-sama dengan seorang lagi pemain muda JDT iaitu Afiq Fazail.

Fungsi Natxo Insa dalam usaha mengukuhkan barisan pertahanan JDT 
---------------------------------------------------------------------------

Tiada perubahan yang ketara dijangka akan berlaku terhadap barisan pertahanan JDT kerana mereka masih lagi mengekalkan status sebagai pasukan yang paling sedikit dibolosi oleh mana-mana pasukan dalam Liga Super Malaysia. Namun, perubahan yang ketara dijangka akan berlaku terhadap keupayaan JDT untuk menangkis serangan pihak lawan. Kehadiran Natxo Insa pasti akan mengetatkan lagi barisan pertahanan JDT, kerana pengalaman dan kecemerlangannya bersama Levante UD akan membantu JDT menyerap asakan-asakan pihak lawan dan beliau juga berkeupayaan untuk turun dengan segera bagi membantu pasukan membentuk barisan pertahanan yang ampuh.

Nilai Natxo Insa kepada JDT dan Harimau Malaya
----------------------------------------------------------------------

Saya ingin memetik kenyataan daripada laman sosial rasmi JDT yang menyatakan bahawa “Pastinya mempunyai pemain yang berpengalaman luas dan bermain di tahap yang tinggi ini sebagai pemain tempatan adalah satu kelebihan besar”. Oleh itu terdapat isyarat yang jelas daripada pihak JDT iaitu Natxo Insa akan didaftarkan sebagai pemain tempatan, memandangkan beliau merupakan pemain berstatus pemain kacukan tempatan kerana neneknya mempunyai pertalian darah dengan negara ini.
Tambahan pula adik kandung kepada Natxo, iaitu Kiko Insa telah berjaya didaftarkan oleh pasukan Pahang sebagai pemain tempatan . Justeru, bukanlah menjadi suatu perkara mustahil buat Natxo untuk mengambil langkah yang sama.
Saya berpendapat bahawa, kehadiran Natxo ke dalam kancah bola sepak Malaysia sebagai pemain tempatan merupakan suatu usaha ‘serampang dua mata’ DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang merupakan pemilik kelab JDT dan juga presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Kemasukan Natxo bakal memperkuatkan pasukan JDT dan secara tidak langsung akan mengisi ruang kelemahan pada bahagian tengah skuad Harimau Malaya. Sesungguhnya kehadiran Natxo Insa akan memudahkan tugas ketua jurulatih Harimau Malaya, iaitu ‘The Professor’ Nelo Vingada untuk mencari pemain ‘pivot’ yang paling sesuai bagi skuad negara.

Kembalinya Harris Harun ke JDT 
-----------------------------------------------------

Laman sosial rasmi JDT iaitu Johor Southern Tiger juga ada menyebut bahawa Harris Harun akan kembali menyarung jersi JDT pada tahun 2018, manakala tiada penyingkiran pemain import akan dilakukan oleh JDT semasa jendela perpindahan pemain kali kedua ini. Penyataan rasmi ini menguatkan lagi teori saya bahawa Natxo Insa telah menerima status pemain tempatan kerana kini JDT telah mempunyai empat orang pemain asing iaitu Mohammed Ghaddar, Gabriel Guerra, Gonzalo Cabrera dan Marcos Antonio.
Maka, jika kehadiran Natxo Insa tidak akan menggugat kedudukan empat orang pemain asing yang sedia ada, maka penganugerahan status pemain tempatan ialah penyelesaian yang ideal untuk membenarkan Natxo Insa didaftarkan dalam skuad JDT bagi musim ini. Namun begitu, harus diingat, dengan kembalinya Harris Harun ke JDT pada musim hadapan, maka salah seorang daripada empat pemain asing JDT akan terpaksa disingkirkan melainkan terdapat perubahan dalam peraturan liga Malaysia (5 pemain asing) pada musim akan datang.
Menurut laman sosial ‘Johor Southern Tiger’ lagi, kehadiran Natxo Insa akan menguatkan bahagian tengah pasukan melalui formasi gabungan tiga pemain tengah iaitu Safiq Rahim, Natxo Insa dan Harris Harun. Melalui informasi ini, jelas bahawa pasukan JDT tidak akan sama sekali kembali menggunakan taktikal 4-4-2 yang pernah digunakan oleh Mario Gomez. Saya percaya bahawa JDT akan kekal dengan sistem pemain tengah bertiga yang dipraktikan oleh Coach Benjamin Mora sejak awal musim ini lagi.

Pertembungan ‘Insa Bersaudara’ 
-----------------------------------------------------

Selain itu, kesan kehadiran Natxo Insa dalam skuad JDT, persaingan di antara pasukan JDT dengan musuh tradisinya, iaitu pasukan Pahang akan bertambah rancak. Pertembungan di antara dua gergasi tersebut bakal menjadi suatu pertembungan klasik yang ditunggu-tunggu oleh para peminat liga bola sepak tempatan kerana perlawanan tersebut akan menjadi pertembungan istimewa ‘INSA BERSAUDARA’.
Pertembungan tersebut akan menjadi perlawanan Mega kerana kedua-dua ‘Insa Bersaudara’ bermain di posisi yang sama iaitu pemain tengah bertahan yang pasti mampu mempengaruhi corak permainan kedua-dua buah pasukan, di samping menjadi nadi kepada perancangan kedua-dua orang jurulatih pasukan.
Natxo Insa ialah pemain profesional yang bermain di peringkat bola sepak yang tinggi. Beliau merupakan pemain penting pasukannya, iaitu Levante UD yang baru menjuarai Segunda Division dan dinaik taraf ke liga utama bola sepak Sepanyol iaitu La Liga. Oleh itu, saya berpendapat bahawa berita kehadiran Natxo pasti akan menjadi suatu berita sensasi dan kembali menghangatkan nilai populariti pasaran perpindahan pemain liga Malaysia.

Impak Natxo Insa kepada Liga Malaysia
-----------------------------------------------------------------

Liga Malaysia akan kembali mengecap popularitinya persis tiga tahun yang lalu, iaitu semasa kejayaan pasukan JDT membawa Pablo Aimar ke Johor. Walaupun nama Natxo Insa tidak segah Pablo Aimar, namun kehebatan latar belakang kariernya sudah cukup untuk membuatkan nama skuad Harimau Selatan itu kembali melonjak dan menjadi sebutan para pemerhati bola sepak di rantau ini.

Kesimpulan
--------------------

Kesimpulannya, dengan kejayaan JDT membawa masuk pemain berstatus pemain tempatan yang amat berkualiti seperti Natxo Insa, situasi ini pasti akan mengubah ‘trend’ pasaran perpindahan bola sepak liga tempatan pada masa depan. Setiap pasukan pasti akan berusaha menggunakan kelebihan pemain berstatus naturalisasi untuk mencari pemain yang berkualiti seperti Natxo Insa, malah setanding dengan kualiti yang dimiliki oleh pemain import mereka.
Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa, sebelum kehadiran Natxo Insa, rata-rata pemain naturalisasi yang di bawa masuk berada di bawah kualiti pemain asing dan tidak memberikan impak yang besar kepada pasukan kebangsaan Malaysia. Kehadiran pemain naturalisasi sememangnya berpotensi membantu jurulatih meningkatkan kualiti sesebuah pasukan kebangsaan. Sebagai contoh,kehadiran Pepe yang berasal dari Brazil, telah membantu Portugal kekal sebagai salah sebuah kuasa besar bola sepak dunia, begitu juga pemain kelahiran Brazil yang lain iaitu Diego Costa yang menyarung jersi pasukan kebangsaan Sepanyol manakal Mauro Camoranensi menukar kerakyatan Argentinanya untuk mewakili Itali.
Namun begitu, ‘trend’ ini tidak seharusnya menjadi amalan jangka panjang pasukan negara, pihak pengurusan kelab dan Persatuan Bola Sepak Malaysia harus segera melahirkan pemain tempatan yang berkualiti bagi mengangkat kembali nama bola sepak negara ke pentas dunia.
Kepada para admin page, saya memohon jasa baik anda agar tidak ‘COPY & PASTE’ artikel dan pendapat saya ini, namun saya mengizinkan anda ‘SHARE’ kepada rakan-rakan yang lain.