BERITA SUKAN

Though he was roped into the Harimau Muda B squad in 2014, the only time the former Johor FA President’s Cup player put on Malaysia’s jersey was while representing Malaysia under-22 at the invitational Hassanal Bolkiah Cup in 2014.








V SHEM, WEE KIONG MELANGKAH KE SUKU AKHIR


VIVIAN, KHE WEI TERKANDAS, PENG SOON, LIU YING TERUS MARA













SELURUH ENGLAND: CHONG WEI MARA KE SUKU AKHIR

Pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, mara ke suku akhir selepas mudah menewaskan pemain muda Taiwan, Wang Tzu Wei, dalam pusingan kedua Kejohanan Seluruh England.

Chong Wei menewaskan Tzu Wei 21-18, 21-18, dalam tempoh 39 minit selepas mengalahkan pemain Perancis, Brice Leverdez, dalam perlawanan pertama, awal pagi tadi.

Pada set pertama, Tzu Wei jelas tidak terdaya untuk menyaingi rentak Chong Wei apabila sering dikelirukan walaupun satu ketika kedua-dua pemain terikat 8-8.

Tzu Wei, bagaimanapun, sekali lagi merapatkan kedudukan 13-14 sebelum Chong Wei menjauhkan jurang sehingga memenangi set pertama 21-18. 


Selepas itu, Chong Wei nampak begitu bersahaja dalam perlawanan kedua sehingga membenarkan pemain muda itu beberapa kali mengatasi matanya.

Sedar perlu menamatkan permainan dengan segera, Chong Wei memastikan kedudukan 13-13 terikat buat kali terakhir, kemudian memenangi set kedua sekali lagi dengan 21-18. 

"Ini adalah perlawanan pertama saya bertemu dengannya (Tzu Wei), mungkin ada beberapa pukulan yang membuatkan saya terkejut," kata Chong Wei.


"Sebelum ini, saya ada menyaksikan perlawanan dia tetapi apabila masuk gelanggang, permainannya berbeza. Yang penting saya sudah menang. Saya fokus untuk perlawanan esok."

Pemain nombor satu dunia itu diramal bertemu pemain China, Tian Houwei, dalam peringkat suku akhir esok.

Tian Houwei akan bertemu pemain India, Prannoy Kumar, dalam pusingan kedua pada tengah malam nanti









PEMINAT MALAYSIA DI LUAR NEGARA LEBIH HARGAI ZULFADLI?


Zulfadli bukanlah asing buat peminat sukan badminton tempatan. Pernah mengecapi kegemilangan muncul sebagai Juara Remaja Dunia pada tahun 2011 di Taiwan, menewaskan pemain Denmark, Viktor Axelsen, 21-18, 9-21, 21-19.

Itu cerita 6 tahun lalu, kedua pemain kini meniti laluan yang berbeza sebagai pemain badminton. Axelsen semakin meningkat naik saban tahun, manakala Zulfadli masih lagi tidak kunjung tiba kegemilangan yang pernah diukirnya.

Prestasinya yang kian tenggelam membuatkan peminat tanah air kurang lagi menaruh keyakinan terhadap anak muda dari Selangor ini, ini semua boleh dilihat dalam setiap komen yang dilemparkan netizen kepadanya di ruangan media sosial Facebook Astro Arena.

" Tu la anak Melayu...Victor Axelsen dulu sama level.. tak silap menang final remaja dunia... Skg ni Victor Axelsen dah level dunia.. Hang dok level kg lagi 

"" x pyh la komen Zul... hang mmg x mampu tawan dunia badminton..

""Boleh bersara dah mat2 ni...percaya r dia xkan dapat top 10 raking punya

"Demikianlah komen-komen yang ditujukan buat Zulfadli oleh netizen yang punyai kepakaran badminton yang luas menerusi internet.

Ditambah lagi perjalanannya di Kejohanan Seluruh England kali ini terhenti di pusingan pertama, bertemu dengan juara bertahan, pemenang pingat emas olimpik sebanyak dua kali, juara dunia sebanyak lima kali, dan pelbagai lagi kejayaan dilakar oleh manusia yang bergelar Lin Dan.

Metaforanya adalah seperti pertemuan David dan Goliath, cuma bezanya David dalam cerita ini tidak berdaya nak tewaskan Goliath dan dihempap dengan teruknya. 

Itu yang terjadi kepada Zulfadli, 21- 11, 21- 12 sudah cukup menceritakan jurang antara kedua pemain ini.

Namun di sebalik episod tertewasnya Zulfadli di Barclaycard Arena, Birmingham, dia masih boleh tersenyum, memikirkan ada lagi segelintir rakyat Malaysia di bumi England ini, sanggup bersorak untuknya, memberikan kata-kata semangat di sebalik panji Jalur Gemilang meskipun tahu untuk menang menentang Lin Dan dalam pertemuan itu adalah satu perkara yang mustahil.

Mungkin itu satu perkara yang perlu difikirkan oleh peminat sukan tanah air untuk membezakan kutukan dan kritikan.

SUAREZ REBAHKAN BADAN, BARCELONA MENANG.. ITULAH BOLA SEPAK



Tahniah kepada skuad kendalian Luis Enrique di atas kejayaan mustahil dikecapi mereka selepas melakar kemenangan 6-1 ke atas Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi kedua pusingan 16,  Liga Juara-Juara Eropah, kelmarin.

Apa yang berlaku di Camp Nou cukup magis di sebalik lakonan 'memukau' Suarez, ucapan tahniah harus ditujukan kepada Barcelona kerana tidak putus asa -- meskipun pemain tengah PSG, Marco Veratti mendedahkan pemain tuan rumah mengakui sudah mengibar bendera putih -- untuk menjelmakan kebangkitan.

Jika ada yang di luar sana tidak menunjukkan sebarang minat terhadap bola sepak, pertemuan Barcelona dan PSG mampu mengubah pandangan itu.

Bola sepak kadang kala membosankan, itu adalah hakikat tetapi ketika itulah perlawanan seperti ini mula timbul.

Lupakan kebangkitan Liverpool di Istanbul dan Manchester United pada 1999 -- meskipun kedua-duanya adalah dalam final -- ini adalah ceritera sebenar!

Barcelona, ketinggalan 4-0 dalam aksi pertama, bangkit dalam aksi kedua dengan kemenangan 6-1.

Kejayaan itu turut melakar sejarah baharu dalam kejohanan elit Eropah itu apabila Barca muncul pasukan pertama untuk bangkit daripada defisit empat gol. 

Ketika papan markah elektronik memaparkan kedudukan 3-1, gergasi Sepanyol itu memerlukan tiga gol untuk mara sedangkan masa perlawanan sudah pun menyentuh minit ke-80.

Neymar bangkit dengan dua gol sebelum Sergi Roberto mengesahkan kemenangan Barcelona dengan jaringan pada saat-saat akhir permainan.

Bagaimanapun, gol kedua Neymar -- yang disempurnakan menerusi sepakan penalti -- mencetuskan perdebatan.

Pengadil Jerman, Deniz Aytekin, menghadiahkan sepakan penalti kerana memutuskan Luis Suarez -- pemain yang dilayangkan kad kuning pada minit ke-67 kerana simulasi -- telah dikasari Marquinhos.

Malangnya, ulang tayang membuktikan sebaliknya.

Umpama drama Latin yang sering diisi dengan sketsa dramatik, begitulah aksi Suarez

Bekas penyerang Liverpool itu merebahkan badannya dengan riak wajah penuh emosi meskipun tiada sentuhan daripada Marquinhos.

Aytekin, yang termakan dengan 'kebolehan' Suarez, bingkas meniup wisel dan menunjukkan isyarat sepakan penalti.

Walhal, kedudukan sepatutnya kekal 4-1 dan Barcelona seharusnya meneruskan aksi dengan 10 pemain.

Kejayaan Barcelona akan lebih indah jika tidak dicalit dengan bohong sunat Suarez

Memalukan apabila pemain sehebat Suarez sanggup memilih untuk menjadi penjahat sebenar dalam satu episod epik.

Lagipun, seseorang perlu juga tampil untuk memberi keadilan kepada PSG, kejayaan mereka -- meledak empat gol di Parc des Princes -- dalam aksi pertama bagaikan satu memori lama.

Les Parisiens harus diberikan pujian.

Mereka berjuang habis-habisan dan ketika Edinson Cavani meledak gol di laman lawan pada minit ke-62 untuk menjadikan kedudukan 3-1, mereka sebenarnya sudah pun menempah tiket ke suku akhir sebelum dirobek Barca pada saat-saat akhir.

PSG sudah tentu mengharapkan keadilan dan doa mereka mungkin akan terjawab dalam sesi undian perlawanan suku akhir nanti. 

Mana tahu, mungkin Bayern Munich menjadi pasukan bertuah?Maklumlah, bola sepak dan karma tidak boleh dipisahkan.


RAKAMAN VIDEO MAMPU BANTU PENGADIL BUAT KEPUTUSAN -- INFANTINO


Presiden FIFA, Gianni Infantino, waspada dengan penggunaan Rakaman Video Bantuan Pengadil (VARS) susulan keputusan kontroversi menghadiahkan sepakan penalti kepada Luis Suarez dalam kemenangan Barcelona dalam kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara, kelmarin

Diinspirasikan oleh Neymar, Barcelona meledak tiga gol bermula pada minit ke-88 di Camp Nou untuk melengkapkan kebangkitan paling epik dalam sejarah bola sepak Eropah dengan kemenangan agregat 6-5 ke atas Paris Saint-Germain (PSG).

Bagaimanapun, kebangkitan dramatik Barca turut termasuk dengan penalti kontroversi yang disempurnakan Neymar untuk gol kelima perlawanan dalam kemenangan 6-1, malam itu.

Ulang tayang menunjukkan Suarez merebahkan badannya meskipun tiada bentesan oleh pertahanan PSG, Marquinhos, sehingga mencetuskan kemarahan pengendali, Unai Emery, yang mengkritik pengadil, Deniz Aytekin, dalam sidang media.

FIFA telah pun memulakan percubaan terhadap penggunaan VARS tetapi Infantino menegaskan keputusan oleh Aytekin untuk menganugerahkan sepakan penalti, adalah tidak jelas.

"Sama ada kes itu adil atau tidak, kita serahkan kepada penentuan pengadil," Infantino memberitahu wartawan pada Khamis.

"Apa yang kami saksikan adalah satu perlawanan yang hebat, tidak kira apa pun keptusan di akhir perlawanan. Ini membuktikan bola sepak sukan yang hebat.

"Kami perlu berhati-hati jika mahu melaksanakan sesuatu yang menyentuh peraturan bola sepak.

"Dalam kes ini, saya tidak tahu sama ada ia kesilapan pengadil tetapi pada masa akan datang, penggunaan video mampu membetulkan perkara ini agar kami boleh memastikan perlawanan penting tidak akan ditentukan oleh kesilapan pengadil."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan