Khamis, 28 September 2017

‘Dah pelawa pun, tak datang juga’ Peminat Gelap JDT Tak Muncul!

http://kaptenledang.blogspot.my/

KUALA LUMPUR: Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,’terkilan’ apabila jemputannya untuk peminat gelap atau closet fan pasukan bola sepak Johor Darul Takzim, tidak mendapat sambutan.

 Laman Facebook Johor Southern Tigers semalam memuat naik sekeping gambar Tengku Mahkota Johor itu bersendirian di meja makan, dengan status berbunyi “Dah pelawa pun, tak datang juga”.

 Rata-rata komen di laman Facebook itu meluahkan rasa terkejut kerana sangka mereka, ia hanyalah gurauan.

http://kaptenledang.blogspot.my/

 

Tunku Ismail, atau TMJ, sebelum itu menjemput peminat gelap JDT untuk hadir ke majlis jamuan makan bertempat di Istana Bukit Pelangi. Ia dijadualkan berlangsung pada Rabu, jam 8.30 malam.

Pertemuan itu bertujuan memberi peluang kepada golongan itu meluahkan rasa tidak puas hati di samping berkongsi pendapat tentang situasi bola sepak tempatan.

Kata Tunku Ismail beliau bukan seperti sesetengah pemimpin persatuan bola sepak yang merupakan ahli politik dan hanya tahu menjanjikan piala serta “harapan palsu” setiap tahun.


“Jadi tak perlu bersusah payah bencikan JDT, jadi peminat lebih baik. Membenci tak membawa ke mana pun,” katanya dalam akaun Facebook Johor Southern Tigers.
Secara sinis beliau mengakhiri kenyataan itu dengan mengucapkan selamat maju jaya dan terima kasih atas sokongan serta sikap taat setia semua “penyokong gelapnya”.
“Semakin hari semakin minat, cuma segan sahaja hendak mengaku. Tidak mengapa, saya tidak ambil hati. Diharapkan semuanya baik-baik sahaja dan semoga terhibur menonton filem Lord of the Ring *****, dan sertai persahabatannya. Semoga Allah peliharakan anda semua,” tambah Tunku Ismail.
http://kaptenledang.blogspot.my/


FAKTA MENARIK MENGENAI JOHOR DARUL TA’ZIM


Jaringan tunggal Nazmi Faiz ketika bertemu Melaka pada perlawanan suku akhir kedua TM Piala Malaysia adalah jaringan ke-99 JDT untuk musim 2017.

http://kaptenledang.blogspot.my/

 JDT telah menjaringkan sebanyak 420 jaringan gol setakat ini (24hb September 2017) sejak melalui proses transformasi yang bermula sejak tahun 2013.

http://kaptenledang.blogspot.my/

 Stadium Larkin bakal mencatat kehadiran tertinggi penyokong buat 5 tahun berturut-turut sehingga perlawanan Liga Super 2017 selesai dan kini turut berada di kedudukan ketiga purata penonton tertinggi di Asia Tenggara.

http://kaptenledang.blogspot.my/

 Jumlah keseluruhan kemenangan JDT di Stadium Larkin adalah sebanyak 79 kali daripada 103 jumlah perlawanan melibatkan saingan Piala AFC, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

http://kaptenledang.blogspot.my/

http://kaptenledang.blogspot.my/


INTERESTING FACTS ABOUT JOHOR DARUL TA’ZIM

Nazmi Faiz’s solitary goal against Melaka in the TM Piala Malaysia quarter-final second leg was JDT’s 99th goal of the 2017 season.

http://kaptenledang.blogspot.my/

 JDT have scored 420 goals to date (September 24th 2017) since undergoing a transformation process in 2013.

http://kaptenledang.blogspot.my/

 The Larkin Stadium is set to record the highest average crowd attendance for five years running once the 2017 Super League season concludes and now was the third highest average crowd attendance in Southeast Asia.

http://kaptenledang.blogspot.my/

 JDT’s total wins at the Larkin Stadium are 79 out of 103 games involving the AFC Cup, Super League, FA Cup and Malaysia Cup.

http://kaptenledang.blogspot.my/

http://kaptenledang.blogspot.my/ 
https://www.facebook.com/KaptenLedang/