Halaman
Laman utama
JADUAL JDT 2017
BERITA SUKAN
Selasa, 11 Disember 2018
Harimau Malaya pilih laluan berliku di Hanoi
SAFAWI RASID menjadi penyelamat apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan buat Harimau Malaya bagi mengikat Vietnam 2-2 dalam aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini sebentar tadi
Skuad Harimau Malaya berdepan laluan berliku untuk menjulang trofi Piala AFF selepas terikat 2-2 dalam aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini sebentar tadi.
Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Tan Cheng Hoe perlu meraih kemenangan besar di Hanoi, Sabtu ini untuk mengatasi kelebihan jaringan yang dimiliki Vietnam bagi mengulangi pencapaian 2010.
Dalam aksi hari ini, Harimau Malaya dikejutkan seawal minit ke-21 hasil jaringan Nguyen Huy Hong yang berjaya menyudahkan hantaran pantas Phan Van Duc sebelum dibolosi buat kali kedua, tiga minit kemudian hasil jaringan Pham Duc Huy yang menerima hantaran Van Duc.
Skuad Cheng Hoe bagaimanapun tidak berputus asa apabila berjaya merapatkan jurang menerusi Shahrul Saad berjaya menanduk masuk bola ke dalam gawang pada minit ke-36 berpunca daripada sepakan Syamer Kutty Abba.
Safawi Rasid menggembirakan 88,000 penyokong yang hadir apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-61 menerusi rembatan dari luar kotak penalti yang berjaya menewaskan penjaga gawang, Dang Van Lam.
Khamis, 6 Disember 2018
Perjuangan Harimau Malaya belum selesai
PEMAIN
Harimau Malaya diingatkan terus fokus dan memberi persembahan terbaik pada dua aksi final Piala AFF Suzuki 2018.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, perjuangan skuad negara masih belum selesai kerana mereka perlu menempuh satu lagi halangan sebelum meraih kejuaraan buat kali kedua selepas edisi 2010.
Hamidin berkata demikian menerusi entri terbaharu dalam laman Facebook FAM; FAM official.
Perlawanan akhir akan menggunakan format timbal balik dengan final pertama berlangsung pada 11 Disember manakala aksi timbal balik 15 Disember ini.
Pada masa sama, Hamidin turut berterima kasih kepada semua penyokong skuad negara terutamanya ekor Harimau Malaya, Ultras Malaya yang hadir ke Stadium Rajamangala di Bangkok, malam semalam.
Malaysia layak ke final walaupun seri 2-2 menentang juara bertahan, Thailand pada aksi separuh akhir kedua di Bangkok.
Keputusan itu sudah mencukupi untuk skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe layak ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.
Untuk rekod, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum ini.
Menanti Malaysia di final adalah pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir antara Vietnam dan Filipina.
Rajevac tabik Harimau Malaya
PENGENDALI Thailand, Milovan Rajevac mengakui skuad Harimau Malaya memang berhak untuk beraksi di pentas akhir Piala AFF 2018.
Ini kerana, katanya Malaysia lebih bersemangat dan agresif untuk menyingkirkan mereka dalam kempen kali ini selepas seri 2-2 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional Rajamangala, malam tadi.
“Saya tidak berpuas hati kerana kami tidak layak, tetapi ini adalah sebahagian daripada pengalaman buat pemain.
“Tahniah buat Malaysia kerana mereka memang berhak ke pentas akhir. Malaysia menunjukkan kesungguhan, agresif untuk mara,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
Thailand, juara lima kali seharusnya boleh mengecewakan Malaysia, tetapi penyerang sensasi mereka, Adisak Kraisorn gagal menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan di babak kedua.
Dengan kedudukan terikat 2-2 selepas 90 minit permainan, skuad kendalian Tan Cheng Hoe layak ke pentas akhir buat kali keempat, menerusi peraturan gol di tempat lawan.
“Kami memiliki peluang menerusi sepakan penalti, tetapi gagal mengambil peluang itu dengan baik, tetapi ini boleh berlaku dalam bola sepak,” katanya.
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catatan (Atom)