Selasa, 25 April 2017

Harimau Malaya beraksi di Larkin

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin bakal menjadi gelanggang buat skuad Harimau Malaya dalam mengharungi kempen Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2019 bermula Jun depan.
Menurut Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, pemilihan dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk kemudahan terbaik yang dimiliki gelanggang kelab Johor Darul Ta'zim (Johor DT) itu.
“Kita akan bermain pada perlawanan kedua kelayakan menentang Lubnan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 13 Jun ini. Kita sudah menghantar surat kepada AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) kerana sebelum ini kita mahu menggunakan Stadium Shah Alam dan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi saingan kelayakan.
"Semua perlawanan di tempat sendiri Harimau Malaya akan berlangsung di Larkin. Selain kemudahan yang baik, kita ada strategi tersendiri dengan menggunakan stadium di Larkin ini tapi saya tidak boleh mendedahkannya," katanya kepada pemberita pada sidang media Mesyuarat Agung Tahunan ke-62 Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) sebentar tadi.
Malaysia diundi bersama Korea Utara, Lubnan dan Hong Kong dalam Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019.
Mereka akan mengharungi tiga perlawanan di laman sendiri menentang Lubnan pada 13 Jun, Hong Kong (5 September) dan Korea Utara (14 November).
Bagaimanapun jika perlawanan pertama dengan Korea Utara 8 Jun ini diadakan digelanggang berkecuali dan bukannya di Pyongyang maka aksi pada 14 November itu turut akan berlangsung di gelanggang berkecuali.

Khamis, 20 April 2017

Piala AFC: JDT layak ke pusingan kalah mati

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati saingan Piala AFC selepas menewaskan Beoungket Angkor FC 3-0 di Stadium Nasional Olimpik, Phnom Penh, sebentar tadi. 

Kemenangan itu menyaksikan JDT kekal di tangga kedua Kumpulan F dengan mengumpul 10 mata dan dua mata di belakang pendahulu, Global FC. 

Beoungket Angkor pula berada di tangga ketiga kumpulan selepas hanya meraih empat mata dan sah mengiringi pasukan di kedudukan tercorot, Magwe FC tersingkir daripada saingan walaupun masih berbaki satu perlawanan. 

Dalam aksi malam tadi, pengendali JDT, Benjamin Mora melakukan tindakan berani dengan tidak menyenaraikan ramai tonggak utama pasukan. 

Bagaimanapun, ia tidak menjejaskan sasaran JDT untuk mencipta kemenangan selepas Safawi Rasid meledak gol pembukaan seawal minit kelapan. 

Nazmi Faiz Mansor menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-26 hasil sepakan lambung yang menarik selepas kesilapan penjaga gol, Sou Yaty yang keluar dari posisinya. 

Seminit sebelum tamat separuh masa pertama, JDT mendapat peluang terbaik untuk menambah gol ketiga selepas dihadiahkan sepakan penalti, namun sepakan Azamuddin Akil dinafikan Yaty. 

Beoungket Angkor cuba bangkit dengan beberapa gerakan berbahaya di babak kedua namun gagal memecahkan kebuntuan. 

Sebaliknya, ketika perlawanan berbaki 10 minit, Mora dilihat masih belum puas apabila membawa masuk penyerang berbisa, Gabriel Guerra dan usaha itu berhasil apabila bekas pemain PKNS FC itu meledak gol ketiga JDT pada masa tambahan.



Kedudukan terkini Group F.


Rabu, 19 April 2017

JDT tak ambil mudah Beoungket Angkor FC

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) enggan mengambil mudah pertembungan menentang Beoungket Angkor FC pada aksi pusingan kedua Kumpulan F Piala AFC di Stadium Nasional Olimpik di Phnom Penh, Kemboja, . 

Walaupun pada aksi pusingan pertama skuad kendalian Benjamin Mora mudah menewaskan anak didik John McGylinn 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 21 Februari, namun itu cerita lama dan kelab dari Kemboja itu bakal tampil dengan corak permainan berbeza. 

Mora perlu membentuk barisan mantap bukan sahaja untuk pertembungan saingan Piala AFC tetapi kesebelasan terbaik bagi mengharungi aksi suku akhir kedua Piala FA menentang Pahang di laman sendiri, Ahad ini. 

"Kami ada dua misi getir pada minggu ini, pertama mencari tiga mata apabila berdepan Beoungket Angkor FC dan selang beberapa hari kami akan berdepan Pahang dalam usaha memburu kemenangan tatkala ketinggalan 1-3 pada aksi suku akhir pertama. 

"Bagi pertembungan menentang kelab dari Kemboja itu, saya tidak dapat menggunakan khidmat Amirul Hadi Zainal yang digantung satu perlawanan selepas mengumpul dua kad kuning dan tempatnya akan digantikan sama ada Nazmi Faiz Mansor atau Shakir Shaari. 

"Ahmad Hazwan (Bakri) yang tidak diturunkan sejak dua perlawanan lalu akibat kecederaan, kini tampak pulih sepenuhnya dan mungkin berada dalam kesebelasan utama," katanya.

 Mora menegaskan skuad Harimau Selatan sudah berada di Phnom Penh sejak empat hari lalu dan turut membawa 23 pemain bagi menjalani sesi latihan bukan sahaja untuk saingan Piala AFC tetapi juga persiapan menentang Pahang, nanti. 

Beliau berkata, beberapa pemain akan direhatkan bagi memastikan mereka bersedia untuk aksi Piala FA dan ia penting bagi memburu slot ke separuh akhir malah kesebelasan terbaik juga akan dibentuk apabila berdepan Beoungket Angkor FC. 

"Saya kena bijak untuk membentuk skuad yang seimbang bagi aksi Piala AFC dan Piala FA malah persiapan berjalan seperti biasa kerana ia penting bagi mengekalkan momentum. "Apa pun kami harus berhati-hati dan turun dengan strategi lebih ampuh kerana kemenangan amat penting pada dua aksi itu nanti dan juga harus pemain beraksi dengan tenang tanpa membuat kesilapan mudah," kata Mora.

RASMI: SENARAI PENGERUSI DAN TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA FAM 2017-2021

FAM telah mengumkan senarai lengkap individu yang akan menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi untuk Jawatankuasa FAM 2017-2021.
Perkara itu diumumkan dalam siaran rasmi di laman rasmi FAM semalam. Untuk makluman senarai ini telah dipilih ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Kota Kinabalu tempoh hari.
Menurut Dato Hamidin Haji Mohd Amin, ada beberapa senarai yang masih tidak lengkap pada tempoh hari.
Jadi, dalam pengumuman yang dibuat oleh Setiausaha Agung FAM itu, beliau mengeluarkan senarai lengkap untuk kesemua jawatankuasa FAM bagi penggal baru 2017-2021.
Ada 3 Jawantankuasa utama yang dibahagikan kepada beberapa sub jawatan di bawahnya. 3 jawatankuasa utama itu adalah:
1. Jawatankuasa Tetap FAM
2. Jawatankuasa Kehakiman FAM
3. Perlesenan Kelab
Berikut adalah senarainya:
A. Jawatankuasa Tetap FAM
1. Jawatankuasa Darurat
Pengerusi: DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
2. Jawatankuasa Kewangan
Pengerusi: DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
3. Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan
Pengerusi: DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
4. Jawatankuasa Pertandingan Tempatan
Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi
Timbalan Pengerusi: Mohd Firdaus Mohamed
5. Jawatankuasa Undang-Undang Dan Peraturan
Pengerusi: Datuk Baljit Singh Sidhu
Timbalan Pengerusi: Dato’ Aminuddin Omar
6. Jawatankuasa Pertandingan Antarabangsa
Pengerusi: Mohd Joehari Mohd Ayob
Timbalan Pengerusi: Dato’ S. Sivasundram
7. Jawatankuasa Pengadil
Pengerusi: Subkhiddin Haji Mohd Salle
Timbalan Pengerusi: Dato’ Aminuddin Omar
8. Jawatankuasa Audit Dalaman
Pengerusi: Dato’ Haji Ismail Karim
Timbalan Pengerusi: Shafizah Umamah Abdul Mutalib
9. Jawatankuasa Bola Sepak Wanita
Pengerusi: Dato’ Suraya Yaacob
Timbalan Pengerusi: Shafizah Umamah Abdul Mutalib
10. Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan Bola Sepak Belia
Pengerusi: Dato’ Sri Subahan Kamal
Timbalan Pengerusi: Dato’ Jefferey Low Han Chau
11. Jawatankuasa Futsa & Bola Sepak Pantai
Pengerusi: Datuk Haji Rosmadi Ismail
Timbalan Pengerusi: Supt. Md Dali Wahid
12. Jawatankuasa Perubatan Sukan
Pengerusi: Dato’ Abdul Ghani Hassan
Timbalan Pengerusi: Datuk Mohd Hisamuddin Yahaya
13. Jawatankuasa Status
Pengerusi: Mohd Joehari Mohd Ayob
Timbalan Pengerusi: Supt. Md Dali Wahid
14. Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam
Pengerusi: Christopher Raj Aralanthu
Timbalan Pengerusi: Dato’ Suraya Yaacob
15. Jawatankuasa Tiket & Pintu
Pengerusi: DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
Timbalan Pengerusi: Dato’ Haji Ismail Karim
16. Jawatankuasa Keselamatan
Pengerusi: Dato’ Sri Muhammad Sabtu Osman
Timbalan Pengerusi: SAC Dato’ Aziman Alias
17. Jawatankuasa Intergriti
Pengerusi: Tan Sri Dato’ Sri Dr. Aseh Haji Che Mat
Timbalan Pengerusi: Dato’ Sri Mohd Mokhtar Haji Mohd Shariff
18. Jawantankuasa Pemasaran
Pengerusi: Dato’Sri Subahan Kamal
Timbalan Pengerusi: Christopher Raj Aralanthu
B. Jawatankuasa Kehakiman FAM
1. Jawatankuasa Tatatertib
Pengerusi: Datuk Baljit Singh Sidhu
Timbalan Pengerusi: Dato’ Dr. Abd Shukor Ahmad
2. Jawatankuasa Rayuan
Pengerusi: Dato’ Sri Mohd Mokhtar Haji Mohd Shariff
Timbalan Pengerusi: CP Mahendran
Perlesenan Kelab
1. First Instance Body
Pengerusi: Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif
2. Badan Rayuan
Pengerusi: Dr. Wirdati Mohd Radzi
Kami di semuanyaBOLA mengucapkan selamat bertugas kepada semua yang telah dilantik. Diharap anda semua mampu memberikan sinar baru kepada bola sepak negara!

Isnin, 17 April 2017

JANGAN MENGALAH TMJ..TUNKU BOLEH!

Isu panas berkaitan kekalahan kedah semalam nampaknya masih belum reda. TMJ pun sudah beri kenyataan tentang hal tersebut. Ada juga fans JDT yg minta supaya TMJ lepaskan jawatan Presiden FAM dan pulang ke JDT. Admin paham korang tak sanggup tgk TMJ di hina di keji dan di fitnah macam2.. tp pada admin biarlah TMJ selesaikan tugasnya di FAM dulu. Kita tahu TMJ bukan org yang akan melepaskan tanggungjawabnya begitu saja. TMJ akan komited dgn apa yang dilakukan hingga mendatangkan hasil seperti yang beliau lakukan di JDT.
Come on geng..kita support TMJ di FAM sebagaimana kita support dia di JDT. Biarlah org nak mengeji apa sekalipun.. Dia lah harapan bolasepak Malaysia akan datang. Walaupun mungkin TMJ takkan lama di FAM..tapi admin yakin TMJ akan melangkah pergi dari FAM bila semua janjinya tertunai.

Sabtu, 15 April 2017

Exmobile Ola Johor DT Special Edition


Exmobile Ola Edisi Johor Darul Takzim Dilancarkan – Berharga RM599

Setelah beberapa teaser diperlihatkan, peranti pintar Exmobile Ola Johor DT Special Edition akhirnya dilancarkan. Peranti kelas permulaan ini dilengkapi skrin 5.0″ HD, pemproses MediaTek MT6737. RAM 2GB dan storan 16 GB, Kamera utamanya sebesar 8-Megapixel dan kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel. Sebuah bateri sebesar 2000 mAh mengusai peranti yang menggunakan Android Marshmallow ini.
Sungguhpun ia sebuah peranti kelas permulaan, telefon pintar ini dilengkapi pengimbas cap jari pada panel belakang. Ia turut dilengkapi slot untuk dwi-SIM nano dan menyokong rangkaian LTE. Peranti ini sudah mula dijual di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos ini pada harga amat mampu milik RM 599.
Seperti pada namanya, peranti ini hadir hasil kerjasama dengan pihak Exmobile, salah satu syarikat telefon pintar tempatan yang mempunyai beberapa penawaran telefon pintar. Edisi JDT ini adalah lebih kepada penjenamaan, seperti mana yang dilakukan oleh beberapa syarikat pengeluar lain melalui telefon pintar mereka – sekaligus membolehkan peminat mendapatkan telefon pintar dengan penjenamaan khusus ini.
Buat masa ini, kami masih kurang pasti sama ada ia adalah sekadar penjenamaan diluar sahaja, ataupun turut mempunyai kandungan khusus JDT yang disertakan pada telefon pintar ini. Beberapa gambar pada laman Dfaro memperlihatkan seumpama ia turut menyertakan gambar latar JDT khusus bersama-sama dengannya.
Bagi anda yang berminat, sudah boleh mendapatkan telefon pintar jDT ini secara rasmi hari ini pada harga RM599.


Jumaat, 14 April 2017

MENGAPA GABRIEL GUERRA DAN S. KUNANLAN SAH DITURUNKAN KETIKA MENENTANG KELANTAN?

Susulan kemenangan 3-2 JDT menentang Kelantan di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bharu pada 12 April 2017 lepas, ramai peminat bola sepak tempatan secara amnya dan penyokong Kelantan secara khususnya mempunyai soalan kepada pengelola liga, Football Malaysia LLP.
Tak cukup dengan dakwaan bahawa pengadil perlawanan, Muhd Nazmi Nasharudin bertindak berat sebelah, beberapa kumpulan peminat bola sepak tempatan kemudiannya mempersoalkan keputusan JDT menurunkan Gabriel Guerra dan S. Kunanlan dalam perlawanan tersebut.
Latar belakang penangguhan perlawanan
Untuk pengetahuan anda, perlawanan Kelantan vs JDT pada 12 April 2017 lepas merupakan perlawanan ke-3 Liga Super (LS3) yang dijadualkan semula.
Perlawanan ini yang pada mulanya dijadualkan berlangsung pada 4 Februari 2017 ditangguhkan oleh FMLLP atas sebab ‘agenda nasional’ selepas JDT dijadualkan beraksi menentang Gamba Osaka dalam play-off AFC Champions League 2017 pada 7 Februari 2017.

JDT tewas 0-3 kepada tuan rumah, Gamba Osaka dalam perlawanan tersebut.
Penangguhan perlawanan ini menimbulkan rasa tak puas hati bekas Pengerusi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan sebarang penundaan memerlukan permohonan 14 hari lebih awal.
Guerra dan Kunanlan tak boleh bermain?
‘Isu’ Gabriel Guerra dan S. Kunanlan yang tak sepatutnya diturunkan ketika menentang Kelantan pada 12 April 2017 tempohari ditimbulkan oleh beberapa kumpulan peminat bola sepak tempatan dan mula menjadi viral di media sosial sejak semalam.
Menurut mereka Gabriel Guerra tidak layak diturunkan kerana pada tarikh asal LS3 (4 Februari 2017), penyerang kelahiran Argentina ini masih bergelar pemain JDT II.
S. Kunanlan pula dikatakan tidak layak diturunkan kerana menerima kad merah (2 kad kuning dalam perlawanan sama) ketika menentang Kedah dalam aksi Piala Sumbangsih 2017.
Persoalannya sekarang; adakah isu yang ditimbulkan ini ada kebenarannya?
Beza penangguhan (postponement) dan penghentian (abandonment)
Untuk menjelaskan isu Guerra dan Kunanlan yang boleh diturunkan ketika menentang Kelantan, kita perlu tahu beza antara perlawanan yang ditangguhkan (postponement) dengan perlawanan yang dihentikan (abandonment).
(i) Perlawanan yang ditangguhkan (postponement)
Perlawanan belum dimulakan. Boleh memakai mana-mana pemain yang sah diturunkan pada tarikh baru perlawanan.
Contoh: Perlawanan A vs B sepatutnya dilangsungkan pada Mei 2017. Tetapi ia ditangguhkan ke tarih baru, iaitu Julai 2017. Jendela perpindahan pemain pula dibuka pada Jun 2017.
Pasukan A dan B boleh menurunkan pemain yang baru dibeli semasa jendela perpindahan dalam perlawanan yang ditangguhkan ke Julai 2017 tersebut.
(ii) Perlawanan yang dihentikan (abandonment)
Perlawanan sudah dimulakan. Senarai kesebelasan utama dan simpanan untuk kedua-dua pasukan sudah dikeluarkan.
Contoh: Perlawanan A vs B telah dilangsungkan pada Mei 2017. Tetapi ia dihentikan pada minit ke-75 kerana (contohnya) hujan lebat. Perlawanan dijadualkan disambung semula (dari minit ke-75) ke tarikh baru, iaitu Julai 2017. Jendela perpindahan pemain pula dibuka pada Jun 2017.
Pasukan A dan B mesti menurunkan pemain sama yang beraksi ketika perlawanan dihentikan pada minit ke-75 pada Mei 2017.
Kelantan vs JDT bukan perlawanan yang dihentikan
Perlawanan Kelantan vs JDT pada 12 April 2017 lepas merupakan perlawanan yang ditangguhkan. Ini bermakna mengikut peraturan liga, JDT BOLEH menurunkan Gabriel Guerra dan S. Kunanlan dalam perlawanan tersebut.
Malah jika ada peminat bola sepak tempatan yang menggunakan logik ‘Kunanlan tak boleh diturunkan kerana sepatutnya digantung selepas menerima kad merah ketika LS1 (vs Kedah)’, ia mudah dipatahkan.
Ini kerana hukuman kepada pemain yang mengutip 2 kad kuning dalam satu perlawanan hanyalah penggantungan 1 perlawanan. Kunanlan sudah pun menjalani hukuman tersebut ketika LS2 (vs FELDA United).
Sementara itu, perlawanan 100Plus Liga Premier antara UiTM vs Negeri Sembilan pada 26 Januari 2017 lepas merupakan contoh perlawanan yang dihentikan.
Selepas 32 minit perlawanan berlangsung, pengadil mengambil keputusan untuk menghentikan perlawanan kerana cuaca buruk.
Perlawanan disambung semula pada 7 Mac 2017, bermula dari minit ke-32.
Mengikut peraturan liga, UiTM dan Negeri Sembilan tak boleh menurunkan:
– pemain yang tak berada dalam start list (kesebelasan utama dan simpanan)
– pemain yang dikeluarkan padang sebelum minit ke-32
– pemain yang digantung pada 26 Januari 2017
– dan pemain yang belum didaftarkan dalam pasukan pada 26 Januari 2017.

Tak patut penalti

Kota Bharu: Kelantan sedia menyerahkan rakaman video kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai bukti keputusan pengadil memberikan penalti kepada Johor Darul Ta’zim (Johor DT) malam kelmarin, sebagai tidak tepat.
Bagaimanapun, barisan kejurulatihan The Red Warriors (TRW) akan berbincang dengan pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sebelum mengemukakan rakaman itu kepada badan induk berkenaan.
Sepakan penalti itu dihadiahkan pengadil Md Nazmi Nasaruddin selepas import Johor DT Gonzalo Gabriel Cabrera dijatuhkan pertahanan Kelantan Mamadou Danso dan keputusan itu pantas menimbulkan rasa tidak puas hati kira-kira 15,000 penyokong di Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu.
Pengendali Kelantan Zahasmi Ismail yang jelas kecewa menganggap keputusan pengadil berkenaan menjejaskan rentak permainan anak buahnya.
Katanya, walaupun selesa menguasai 20 minit babak pertama, rentak Kelantan semakin tidak teratur selepas dibedil dua kali oleh Johor DT dalam tempoh seminit.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

FAM GUNA PENGADIL JEPUN

Elak kontroversi termasuk insiden penyokong Kelantan mengamuk.

FAM mahu guna khidmat pengadil luar negara


KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) untuk menggunakan khidmat pengadil luar negara bagi mengadili perlawanan besar dan penting selepas ini.


Keputusan itu diambil badan induk bola sepak negara itu susulan laporan beberapa mutu pengadilan yang dilihat kurang tepat sehingga menimbulkan kontroversi termasuklah insiden yang berlaku pada aksi antara Kelantan bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam. 

Presidennya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, langkah terbabit perlu diambil bagi mengelak masalah sama berulang sehingga banyak pihak menuding jari selain membidas tanggapan penyokong bola sepak tempatan yang sering menuduh JDT 'membeli' pengadil untuk meraih kemenangan. 

"Saya sudah mengarahkan pihak Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) untuk melihat semula perjanjian yang kami ada dengan JFA bagi membolehkan khidmat pengadil luar digunakan untuk perlawanan besar dan penting. 

"Jika ada yang mengatakan JDT menang kerana saya adalah Presiden FAM, saya sudah memenangi tujuh piala buat JDT dan melawan sistem sebelum menjadi Presiden FAM sebelum ini, " katanya menerusi akaun Facebook, Football Association of Malaysia (Official), hari ini. 

Sementara itu, ketika diminta mengulas mutu pengadilan antara aksi Kelantan bertemu JDT, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh berpendapat pengadil perlawanan, Mohd Nazmi Nasaruddin sudah membuat setiap keputusan pada perlawanan terbabit dengan tepat. 

Ini kerana katanya, pengadil perlawanan memiliki sudut pandangan jauh lebih baik berbanding penyokong membolehkan mereka membuat keputusan sewajarnya selepas meneliti setiap insiden dengan baik.

"Setiap pengadil perlu bergerak mengikut pergerakan bola kerana mereka perlu berada paling hampir dengan kedudukan bola. Jadi mereka dapat melihat insiden dengan jelas termasuklah memberikan sepakan penalti mahupun melayangkan kad merah.

"Ini berbeza berbanding penyokong yang hanya ada satu sudut untuk melihat insiden yang berlaku. Apapun, kita perlu menghormati setiap keputusan yang sudah diambil oleh pengadil," katanya.

ALISTAIR EDWARD BIDAS PIHAK PERSOAL "GENTLEMEN'S AGREEMENT" JDT

Pengarah Sukan JDT, Alistair Edward hari ini membidas sesetengah pihak yang tidak memahami perjanjian “Gentlemen’s Agreement” yang dimeterai di antara JDT dan beberapa pasukan lain di Liga Malaysia.
Dalam satu entri di laman Facebook rasmi JOHOR Southern Tigers, Alistair Edward memberi penjelasan membabitkan perjanjian yang melibatkan perpindahan  empat pemain daripada kelab JDT pada awal musim Liga Malaysia 2017.
Amri Yahya (Melaka United), Safee Sali (PKNS) serta Jazasrin Jamaluddin dan Nazrin Nawi (Perak) berpindah daripada JDT dengan “Gentlemen’s Agreement” atas sebab-sebab tertentu yang berkaitan dengan bayaran perpindahan.
Amri Yahya yang menyertai JDT pada musim 2014 berpindah ke Melaka United pada musim ini setelah kontrak beliau tamat dengan juara AFC 2015 itu musim lalu.
Bagaimanapun, disebabkan Melaka United tidak mampu untuk membayar gaji penuh kepada Amri, JDT mengambil inisiatif untuk membayar separuh daripada gaji Amri di Melaka United.
Sebagai balasan, JDT dan Melaka United mempunyai perjanjian untuk tidak menurunkan Amri Yahya dalam perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan.
Perjanjian sama turut dilakukan untuk 3 pemain lain yang bersama Perak FA dan pasukan PKNS.
Perpindahan Jasazrin Jamaluddin dan Nazrin Nawi ke Perak F.A dilaporkan melibatkan yuran perpindahan berjumlah RM1.2 juta.
Bagaimanapun, Perak F.A tidak dapat memenuhi bayaran dan meminta jumlah tersebut dikurangkan kepada RM400,000.
JDT bersetuju untuk meneruskan perpindahan kedua pemain tersebut dengan syarat yang sama pada Amri Yahya di Melaka United.
Safee Sali yang dilepaskan ke PKNS musim ini turut dilaporkan mengalami situasi yang sama dengan Jasazrin dan Nazrin di Perak F.A.
PKNS hanya mampu melunaskan separuh daripada yuran perpindahan yang dipinta oleh JDT.
Perjanjian secara “Gentlemen’s Agreement” tersebut menyebabkan kempat-empat pemain tidak dapat diturunkan oleh pasukan masing-masing ketika menentang JDT dalam perlawanan Liga Super, Piala F.A dan Piala Malaysia.
Bagaimanapun, Alistair Edward menjelaska perjanjian “Gentlemen’s Agreement” itu akan terbatal jika pasukan-pasukan tersebut melunaskan pampasan sepertimana yang terkandung dalam perjanjian awal.
Gentlemen’s Agreement” bukanlah satu perjanjian yang asing dalam bola sepak Eropah.
Gentlemen’s Agreement” kebanyakannya melibatkan perpindahan pemain secara pinjaman. Bagaimanapun, ia turut diamalkan oleh kelab di Eropah untuk perpindahan tetap.
Tim Howard (Man Utd ke Everton) dan Steve Kaaba (Sheffield United ke Watford) adalah antara perjanjian tetap yang memasukkan “Gentlemen’s Agreement” ke dalam klausa perpindahan.
Di dalam kes melibatkan keempat-empat bekas pemain JDT ini, keberadaan mereka di pasukan turut disamakan seperti klausa yang diamalkan di Eropah sehinggalah pampasan penuh dibayar kepada kelab asal, JDT.
Buat masa ini, JDT masih menjadi parents club untuk pemain-pemain tersebut sehingga kontrak mereka dengan JDT tamat ataupun ditebus.

Khamis, 13 April 2017

PKNS ke Larkin tanpa kelibat Safee


PENGENDALI PKNS FC, E Elavarasan mengesahkan pasukannya bakal beraksi tanpa kelibat Safee Sali menentang  Johor Darul Ta’zim (JDT)  dalam  aksi Liga Super  di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu ini.

Kata Elavarasan, beliau terpaksa mengetepikan bekas  pemain JDT itu kerana gentlemen’s agreement antara pasukan itu dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Disebabkan terdapat gentlemen’s agreement antara TMJ dan pasukan ini, Safee tidak akan bermain menentang kelab asalnya seperti yang telah terjadi kepada Amri Yahyah (Melaka United).

“Memang sedikit terasa kehilangannya, tetapi apa jua situasi kami perlu harungi perlawanan itu,” katanya.

Tambah memeritkan, PKNS turut akan kehilangan penyerang importnya, Patrick Ronaldinho Wleh yang digantung perlawanan setelah mengumpul tiga kad kuning.

“Kita menghadapi sedikit masalah di bahagian serangan kerana kehilangan kedua-dua penyerang utama.
“Mungkin Lucas Sebastian Espindola akan diletakkan di bahagian serangan. Kita akan tengok dulu bagaimana percaturan beberapa hari sebelum perlawanan,” katanya.

Walaupun dibayangi ketumpulan di bahagian serangan namun Elavarasan tetap yakin bahawa pemain The Red Ants  mampu mencipta kejutan sekurang-kurangnya meraih satu mata berharga

KEVIN RAMALINGAM: "LESEN KELAB, BUAT! ATAU TIDAK BOLEH BERMAIN LIGA SUPER!"

Dalam hebahan di laman sesawang FAM semalam, Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam telah memberikan amaran keras kepada 11 pasukan Liga Super yang masih belum ada lesen kelab.
Dipetik dari sumber Bernama; menurut Kevin, hanya pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) telah memperoleh pelesenan kelab seperti yang disyaratkan oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).
Langkah pro-aktif ini diambil oleh FMLLP untuk memastikan hasrat penswastaan Liga Malaysia pada musim hadapan dapat direalisasikan.
Dalam artikel yang dikeluarkan semuanyaBOLA pada 12 April 2017, kami telah menerangkan terperinci kriteria yang diperlukan untuk penswastaan berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan oleh FMLLP
Kevin Ramalingam menyatakan ada perkembangan positif pada tahun ini. Dimana sebahagian besar pasukan di kelab di Liga Super sudah berada di tahap 60% sehingga 80% untuk mencapai perlesenan.
Beliau menambah:
“Cuma ada beberapa pasukan sahaja lagi yang dilihat bersikap sambil lewa dalam mendapatkan pelesenan kelab yang merupakan antara inisiatif kita dalam memartabatkan kualiti Liga Malaysia.”
Namun Kevin enggan mendedahkan pasukan-pasukan sambil lewa tersebut. Tetapi beliau berharap pasukan-pasukan tersebut lebih serius dalam hal ini.
Bagi pasukan yang gagal memiliki Lesen Kelab sebelum tarikh tutup pada Oktober pula, mereka masih boleh mengemukakan rayuan kepada FMLLP.
FMLLP akan mempertimbangkan rayuan dan jika layak, mereka akan diberikan lesen sementara.
Bagi pasukan Liga Perdana pula, mereka wajib memiliki lesen pada 2019 untuk bermain dalam liga musim 2020.