Ahad, 23 Julai 2017

Bagai pinang dibelah dua


ISTANA Johor melalui Pejabat Media Diraja menyiarkan gambar Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama bakal suaminya, Dennis Muhammad Abdullah.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, malam tadi, Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad bakal melangsungkan perkahwinan pada 14 Ogos ini.

Gambar yang disiarkan itu diambil minggu lalu dengan pasangan berkenaan berpakaian tradisi Melayu dan pakaian kasual di Istana Bukit Serene.
Majlis perkahwinan mereka diumumkan 15 Julai lalu dengan istiadat pertunangan bakal diadakan di Istana Bukit Serene, pada kira-kira 10 pagi, 14 Ogos.
"Ia diikuti istiadat nikah dan upacara bersanding yang akan diadakan pada kira-kira 8 malam, hari sama, di Bilik Singgahsana, Istana Besar.
Tunku Tun Aminah yang lahir pada 8 April 1986 adalah anakanda kedua daripada enam beradik.
Tunku Tun Aminah juga satu-satunya anak perempuan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Menurut kenyataan itu, bakal suami Tunku Tun Aminah atau nama asal Dennis Verbaas dilahirkan pada 1 Mei 1989, di Lisse, berhampiran Amsterdam, Belanda.


Sabtu, 22 Julai 2017

Presiden FAM Beri Penjelasan Kenapa Dollah Salleh Dihukum Gantung 18 Bulan

Hari ini kita dikejutkan dengan berita jurulatih Pahang iaitu Dollah Salleh digantung FAM kerana mengecam tindakan pengadil.

Ianya berlaku ketika perlawanan Liga Super melibatkan FELDA United menentang Pahang di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Ketika itu, Dollah menyatakan yang perlawanan itu seolah telah diatur untuk tidak membenarkan Pahang memenanginya kepada media.

Hasil dari tindakan itu, Dollah telah digantung dari sebarang aktiviti bola sepak anjuran FAM selama 18 bulan dan juga didenda RM30 ribu.

Tindakan FAM itu menimbulkan pelbagai reaksi, namun Presiden FAM pantas memberikan respon mengenai hukuman tersebut.

Dalam sebuah sidang media yang diadakan, Presiden FAM ditanya mengapa Dollah dihukum FAM kerana mengecam pengadil sedangkan ada saja jurulatih lain yang berbuat demikian?
Dan ini adalah respon Presiden FAM:

“Tiada masalah untuk mengutuk pengadil tetapi cukuplah mengutuk prestasi pengadil sahaja.
“Bukannya dengan secara terus mengatakan FAM mengatur perlawanan. Kalau FAM mengatur perlawanan, sudah lama JDT menang Piala Sumbangsih dan juga Piala FA.”

Pergantungan Dollah bakal bermula pada 21 Julai 2017 hingga 20 April 2018 untuk fasa pertama dan 21 April 2018 hingga 20 Januari 2019 untuk fasa kedua.

Rabu, 5 Julai 2017

Goal highlights JDT (4)-(0) Sarawak • Piala Malaysia 2017 • 04 Julai 2017 #PM1 2017

Rangkuman dan aksi-aksi menarik Perlawanan Piala Malaysia 2017 diantara pasukan Johor Darul Ta'zim menentang Sarawak pada 4hb Julai 2017 di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin. Luaskan Kuasamu Johor.