Halaman
Laman utama
JADUAL JDT 2017
BERITA SUKAN
Jumaat, 16 Mac 2018
4 pemain yang berada di bawah naungan Jorge Mendes
Dalam perlawanan Piala AFC antara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Tampines Rovers semalam, kelihatan
super agent
bola sepak, Jorge Mendes hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Kehadiran ejen kepada Cristiano Ronaldo dan David De Gea ini nyata menjadi perhatian peminat yang datang ke stadium. Kehadiran beliau juga menimbulkan tanda tanya. Adakah pembaziran yang akan dilakukan oleh JDT akan melibatkan pemain di bawah ejen terbaik di dunia bola sepak ketika ini ?
Jika benar, di sini kami senaraikan
4 pemain
yang berada di bawah naungan Jorge Mendes yang berkemungkinan menarik minat JDT bagi menandatangani mereka untuk memperkuatkan pasukan
1. Ezequiel Garay
Pemain kebangsaan Argentina ini bermain untuk Valencia bagi musim 2017/2018. Garay pernah bermain bersama kelab gergasi dunia seperti Real Madrid dan Benfica. Jika JDT mahu menggantikan Marcos Antonio, Garay dilihat calon yang sesuai.
2. Pizzi
Luis Miguel Afonso Fernandes atau yang lebih dikenali sebagai Pizzi ini bermain untuk pasukan Benfica musim ini. Pemain tengah berusia 28 tahun ini pernah bermain bersama Atletico Madrid dan berjaya membuat 9 penampilan bersama skuad kebangsaan Portugal. Pizzi dilihat pemain yang sesuai untuk menggantikan Harris Harun di bahagian tengah JDT.
3. Carlos Vela
Carlos Vela bermain untuk pasukan Los Angeles FC di saingan Major League Soccer. Beliau pernah bermain bersama Arsenal dan Real Sociedad sebelum menyertai Long Angeles. Vela dilihat sebagai pengganti yang sesuai jika JDT sudah tidak mahukan khidmat Luciano Figueroa.
4. Nani
Siapa yang tidak kenal dengan pemain yang satu ini. Beliau pernah bermain bersama-sama Cristiano Ronaldo di Sporting Lisbon dan Manchester United. Musim ini, beliau bermain bersama Lazio secara pinjaman daripada Valencia. Jika JDT sudah tidak mahukan khidmat Gonzalo Cabrera, Nani dilihat pemain berprofil tinggi yang sesuai untuk mengambil tempat Cabrera.
Senarai 4 pemain di bawah naungan Jorge Mendes yang boleh diberikan perhatian oleh JDT untuk dimasukkan dalam senarai pembaziran mereka. Keempat-empat pemain di atas mampu untuk membuatkan JDT menjadi pasukan yang digeruni di pentas bola sepak Asia.
Luaskan Kuasamu Johor
Isnin, 12 Mac 2018
JDT PERLU MENANG BAKI PERLAWANAN
PIALA AFC 2018 | JDT VS TAMPINES ROVERS
Saksikan perlawanan antara Johor Darul Ta'zim menentang Tampines Rovers dalam perlawanan Piala AFC 2018 yang akan berlangsung pada Rabu ini, 14hb Mac 2018 di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin jam 8.45 malam.
JDT mesti menang baki ketiga-tiga perlawanan untuk menjamin kedudukan selaku juara kumpulan ( H ) dan mara secara automatik ke peringkat seterusnya. Jika berakhir tempat ke 2 kumpulan, JDT terpaksa menunggu keputusan dari kumpulan ( Zon ASEAN ) lain kerana hanya satu sahaja pasukan terbaik ditempat kedua akan layak ke pusingan berikutnya.
Untuk rekod semasa JDT telah menjaringkan 78 gol ( Piala AFC ) dan belum pernah tewas dilaman sendiri ( Larkin ) sejak menyertai saingan Piala AFC pada musim 2015.
Selasa, 6 Mac 2018
Tampines Rovers 0 - 0 Johor DT (Highlight) - AFC CUP 2018 - 6/3/2018
Ahad, 4 Mac 2018
JDT VS Sabah 2018
Piala FA Gol Highlight Sabah 1-2 JDT
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catatan (Atom)