Halaman
Laman utama
JADUAL JDT 2017
BERITA SUKAN
Sabtu, 11 Mac 2017
Elak aib- JDT vs UiTM
Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Benjamin Mora menyifatkan UiTM FC pasukan berbahaya dan perlu berhati-hati apabila mereka bertemu pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Larkin, malam ini.
Malah Mora menegaskan tiada istilah pasukan lemah pada saingan kalah mati itu ketika mana-mana pasukan yang layak ke pusingan itu akan beraksi bermati-matian bagi memburu kemenangan.
Yang pasti, persiapan rapi dilakukan pengendali muda dari Mexico itu dengan mempertaruhkan semula Marcos Antonio, S Kunanlan, Gonzalo Cabrera dan penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan yang direhatkan ketika skuad Harimau Selatan menentang kelab Myanmar, Magwe FC pada aksi Kumpulan F Piala AFC, Selasa lalu.
“Walaupun selaku juara bertahan, kami tidak boleh leka dan kena berjaga-jaga, malah tidak boleh menganggap pasukan itu lemah, sebaliknya perlu ingat semua pasukan adalah terbaik dan mampu beri tentangan sengit.
“Menentang UiTM bukan mudah dan saya perlu membuat persiapan rapi kerana ia perlawanan kalah mati. Oleh itu saya akan menerapkan falsafah permainan yang lebih mantap,” katanya.
Pada pusingan kedua, Johor DT menewaskan FELDA United 2-0 manakala UiTM seri 1-1 dengan pendahulu Liga Perdana, Negeri Sembilan, baru-baru i
ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan