Halaman
Laman utama
JADUAL JDT 2017
BERITA SUKAN
Sabtu, 25 Mac 2017
Kuala Lumpur: Datuk Seri Afandi Hamzah mengakui tidak kecewa dengan keputusan Kongres Pemilihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kali ke-53 sebentar tadi apabila dirinya tewas kepada dua pencabar lain bagi kerusi Timbalan Presiden FAM.
Menerusi undian itu, beliau sekadar meraih enam undi dengan Datuk Wira Yusoff Mahadi (33 undi) dan Datuk Seri Subahan Kamal (37 undi) masing-masing mendapat jumlah tertinggi.
"Saya mengucapkan tahniah kepada mereka berdua di atas kemenangan ini.
"Selepas ini saya akan kembali ke KAFA (Persatuan Bolasepak Kelantan) dan membantu persatuan kerana bola sepak adalah minat saya," katanya ketika ditemui sebentar tadi.
Selain menjawat jawatan selaku Timbalan Presiden sebelum ini, Afandi juga memangku tugas-tugas Presiden selepas Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meletakkan jawatannya dua tahun lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan