Halaman
Laman utama
JADUAL JDT 2017
BERITA SUKAN
Rabu, 8 Mac 2017
Magwe FC vs JDT: 4 aspek yang perlu diperbaiki
Pada 7 mac 2017, JDT berkunjung ke
Youth training centre
, Myanmar bagi menghadapi pasukan Magwe FC dalam saingan piala AFC 2017. Terlalu banyak untuk diperkatakan, memandangkan game langsung tidak berpihak kepada JDT, yang rata-ratanya membuat total rotation bagi menghadapi juara
MFF Cup
2016 itu. Hasilnya, JDT membawa pulang satu mata daripada perlawanan itu. Berikut analisis kami dan kami tekankan 4 aspek yang perlu diperbaiki untuk perlawanan yang akan datang.
1.
Posession
dan kesilapan hantaran
Pada awal permainan, JDT hanya melakukan intensiti secara sederhana, dan game nampak lebih seimbang. Namun, ketika Hasbullah dikeluarkan kerana kad merah pada minit ke 11, segala gerakan dan passing yang dibuat JDT menjadi serba tidak kena. Walaupun kekurangan seorang pemain, JDT tidak kerap melakukan serangan dan hanya lebih kepada fullback defensive. Hasilnya gol pada minit ke 27 terhasil dari cutback Chanturu kepada Gopinathan. Namun, banyak kehilangan bola akibat kesilapan hantaran dan terpaksa bermain secara full defensive.
Walaupun full rotation dibuat oleh Mora, kebanyakan player gugup dan mudah buntu, lagi-lagi bila bermain pada suhu 37°C dan ditekan pemain lawan. Akibatnya, seorang demi seorang pemain JDT melakukan simple error dan buntu mencari ahli pasukan lain, seterusnya dipintas oleh pihak lawan. Kesalahan ini tampak ketara di bahagian midfielder dan defender. Oleh itu, pemain JDT seharusnya lebih tenang dan serap tekanan agar tidak melakukan kesilapan mudah dalam perlawanan.
2. Posisi pemain
Amirulhadi atau Yol, dipersalahkan oleh penyokong JDT kerana menjadi penyebab pemain Magwe FC, S. Sylla menghasilkan gol pada minit ke-88. Namun, kami tidak menyalahkan Yol oleh kerana posisi Yol bukannya DMF, sepatutnya beliau CMF seperti yang sudah kami nyatakan sebelum ini.
Namun, Yol seharusnya boleh mempertahankan bola lebih baik, bukan sekadar melihat S. Sylla melepaskan diri dan menjaringkan gol. Nampaknya Yol masih belum sesuai berada di posisi pertahanan terakhir. Dia seharusnya diletakkan pada tempat yang lebih sesuai. Meletakan Safawi di bahagian tengah juga tidak mendatangkan apa-apa yang membanggakan.
3.
Ball watching
Ini sudah menjadi masalah utama dalam pasukan JDT. Masih perlu diperbaiki. Setiap pemain JDT seharusnya lebih peka untuk mengembalikan bola agar tidak kalah dalam posession ball. Masalah ini juga menghukum JDT pada minit ke 88, sehinggakan pemain Magwe FC lebih menguasai permainan dari minit 30 sehinggalah tamatnya perlawanan. Rasanya Mora lebih fokus terhadap masalah ini kerana tiap-tiap permainan ia menjadi duri dalam daging pasukan.
4. Persefahaman
Ya, kesilapan ini memang ketara, memandangkan pemain yang diturunkan antara yang belum penah muncul perlawanan sebelum ini. Malah, pivot dalam perlawanan kali ini tidak berfungsi sebagai playmaking dalam membentuk satu midfielding yang ampuh. Jadi, Mora seharusnya bijak melakukan
rotation
, bukan menurunkan pemain yang sama untuk empat perlawanan berturut-turut dan melakukan
full rotation
untuk perlawanan seterusnya. Sepatutnya Mora menurunkan keyplayer, dan membuat rotation untuk pemain lain.
Kesimpulan
Apa-apa pun tahniah buat Mora kerana berani mempertaruhkan pemain muda seperti Safawi dan Hasbullah. Diharap kesilapan-kesilapan mudah diambil perhatian Mora untuk mengembalikan kemenangan pada JDT seterusnya mengembalikan piala AFC ke negeri Johor.
Secara keseluruhan, JDT sudah pun kalah dalam perlawanan ini namun atas faktor nasib JDT dapat mencuri satu mata. Nasib tidak akan selalu berpihak kepada JDT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan