Selasa, 25 April 2017

Harimau Malaya beraksi di Larkin

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin bakal menjadi gelanggang buat skuad Harimau Malaya dalam mengharungi kempen Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2019 bermula Jun depan.
Menurut Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, pemilihan dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk kemudahan terbaik yang dimiliki gelanggang kelab Johor Darul Ta'zim (Johor DT) itu.
“Kita akan bermain pada perlawanan kedua kelayakan menentang Lubnan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 13 Jun ini. Kita sudah menghantar surat kepada AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) kerana sebelum ini kita mahu menggunakan Stadium Shah Alam dan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi saingan kelayakan.
"Semua perlawanan di tempat sendiri Harimau Malaya akan berlangsung di Larkin. Selain kemudahan yang baik, kita ada strategi tersendiri dengan menggunakan stadium di Larkin ini tapi saya tidak boleh mendedahkannya," katanya kepada pemberita pada sidang media Mesyuarat Agung Tahunan ke-62 Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) sebentar tadi.
Malaysia diundi bersama Korea Utara, Lubnan dan Hong Kong dalam Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019.
Mereka akan mengharungi tiga perlawanan di laman sendiri menentang Lubnan pada 13 Jun, Hong Kong (5 September) dan Korea Utara (14 November).
Bagaimanapun jika perlawanan pertama dengan Korea Utara 8 Jun ini diadakan digelanggang berkecuali dan bukannya di Pyongyang maka aksi pada 14 November itu turut akan berlangsung di gelanggang berkecuali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan