Khamis, 13 April 2017

KEVIN RAMALINGAM: "LESEN KELAB, BUAT! ATAU TIDAK BOLEH BERMAIN LIGA SUPER!"

Dalam hebahan di laman sesawang FAM semalam, Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam telah memberikan amaran keras kepada 11 pasukan Liga Super yang masih belum ada lesen kelab.
Dipetik dari sumber Bernama; menurut Kevin, hanya pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) telah memperoleh pelesenan kelab seperti yang disyaratkan oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).
Langkah pro-aktif ini diambil oleh FMLLP untuk memastikan hasrat penswastaan Liga Malaysia pada musim hadapan dapat direalisasikan.
Dalam artikel yang dikeluarkan semuanyaBOLA pada 12 April 2017, kami telah menerangkan terperinci kriteria yang diperlukan untuk penswastaan berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan oleh FMLLP
Kevin Ramalingam menyatakan ada perkembangan positif pada tahun ini. Dimana sebahagian besar pasukan di kelab di Liga Super sudah berada di tahap 60% sehingga 80% untuk mencapai perlesenan.
Beliau menambah:
“Cuma ada beberapa pasukan sahaja lagi yang dilihat bersikap sambil lewa dalam mendapatkan pelesenan kelab yang merupakan antara inisiatif kita dalam memartabatkan kualiti Liga Malaysia.”
Namun Kevin enggan mendedahkan pasukan-pasukan sambil lewa tersebut. Tetapi beliau berharap pasukan-pasukan tersebut lebih serius dalam hal ini.
Bagi pasukan yang gagal memiliki Lesen Kelab sebelum tarikh tutup pada Oktober pula, mereka masih boleh mengemukakan rayuan kepada FMLLP.
FMLLP akan mempertimbangkan rayuan dan jika layak, mereka akan diberikan lesen sementara.
Bagi pasukan Liga Perdana pula, mereka wajib memiliki lesen pada 2019 untuk bermain dalam liga musim 2020.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan