Halaman
Laman utama
JADUAL JDT 2017
BERITA SUKAN
Khamis, 31 Mei 2018
Johor Darul Ta’zim Mahu Ikat Fernando Marquez
Pasukan Johor Darul Ta’zim nampaknya sudah hilang sabar dengan prestasi dua pemain import baru mereka, Harry Novillo dan Jorge Santos Silva dalam tiga perlawanan terakhir. Dan baru-baru ini, mereka semakin hampir untuk mengikat penyerang dari Argentina, Fernando Marquez bagi menggantikan salah seorang daripada dua pemain tersebut.
Perkara ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan daripada Mundo D–La Voz yang mengatakan Marquez yang dijadualkan pulang ke Belgrano setelah beraksi secara pinjaman bersama Defensa y Justicia akan beraksi untuk Johor Darul Ta’zim.
Jika benar
Marquez
akan beraksi untuk JDT, maka mereka harus membuang salah satu pemain sama ada Novillo ataupun Jorge Silva bagi memberi ruang kepada Marquez.
Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan bahawa kelab mungkin akan melepaskan Novillo dan Jorge Silva kerana persembahan kedua-dua pemain ini tidak mencapai
standard
yang ditetapkan.
Walaupun telah menandatangani pemain dengan nilai
jutaan
ringgit, akan tetapi jika pemain tersebut tidak bermain dengan baik dan sama tarafnya dengan pemain tempatan, pemain tersebut harus dilepaskan.
Setakat ini, Novillo berjaya menjaringkan satu gol ketika JDT seri dengan pasukan Selangor manakala Jorge Silva pula masih lagi bergelut untuk menjaringkan gol dalam tiga perlawanan. Satu pencapaian yang kurang memuaskan memandangkan kedua-dua pemain ini diberi harapan tinggi untuk memperkuatkan barisan serangan JDT.
Jika JDT mahu melepaskan hanya satu pemain antara Novillo dan Jorge Silva, maka berkemungkinan besar mereka akan melepaskan Jorge Silva bagi memberi laluan kepada Fernando Marquez mengisi posisi sebagai penyerang utama pasukan.
Akan tetapi, jika JDT mahu melepaskan kedua-dua pemain, maka mereka perlu mencari seorang lagi pemain bagi mengisi tempat yang ditinggakan oleh Novillo.
Apa pendapat anda mengenai khabar yang mengatakan JDT semakin hampir untuk mengikat Fernando Marquez sebagai penyerang import baru mereka ? Adakah Marquez pemain yang sesuai untuk mengetuai barisan serangan JDT ?
Atau mereka perlu mencari penyerang yang lebih berkaliber dan mempunyai rekod yang baik bagi mengisi posisi serangan ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan