Halaman
Laman utama
JADUAL JDT 2017
BERITA SUKAN
Ahad, 7 Julai 2019
Harimau Selatan baham Seladang
BUKAN MUDAH TEWASKAN PASUKAN YANG KENTAL SEPERTI PERAK – FIGUEROA
Kejayaan kelab Johor Daril Ta’zim (JDT) menumbangkan pasukan Perak 3-0 di hadapan 11,200 penyokong mereka menggembirakan pengurus JDT, Luciano Figueroa. Kemenangan itu sungguh manis ketana bukan mudah sesebuah pasukan untuk menang di Stadium Perak.
“Kami sangat gembira kerana kami berjaya melakukan tugasan dengan baik. Menjaringkan tiga gol ketika menentang Perak bukan sesuatu yang mudah kerana mereka merupakan pasukan yang kental.” kata Figueroa.
Dua gol JDT dijaringkan oleh Leandro Velazquez dan satu oleh pemain gantian, Akhyar Rashid yang hanya memerlukan 3 minit berada di atas padang. JDT berada di atas Pahang dengan kelebihan 16 mata dan Pahang masih kekurangan satu perlawanan.
Figueroa turut memuji beberapa pemain kerana beraksi cemerlang terutama apabila tugasan diberi dengan posisi yang berlainan.
“Kami berjaya membawa pulang tiga mata ke Johor, oleh itu saya perlu mengucapkan tahniah kepada para pemain. Beberapa pemain telah beraksi di posisi yang berbeza dan mereka telah melakukannya dengan baik.”
Dua gol Leandro adalah hasil bantuan (assists) dari Safawi Rasid dan Nazmi Faiz turut membuat assist kepada Akhyar untut gol ketiga JDT.
Komitmen dan kesungguhan pemain jelas walaupun mereka sudah menjuarai Liga Super musim ini. Mereka bersemangat mengejar satu lagi rekod iaitu menghabiskan saingan Liga Super tanpa tewas seperti pada musim 2016.
“Para pemain di JDT tahu bahawa kami perlu memberi 150% dalam setiap perlawanan dan cuba untuk memenangi setiap perlawanan. Itulah falsafah kelab dan kami tidak akan mengubahnya.” jelas pengurus JDT.
Kami sangat gembira kerana kami berjaya melakukan tugasan dengan baik. Menjaringkan tiga gol ketika menentang Perak bukan sesuatu yang mudah kerana mereka merupakan pasukan yang kental.
Kami berjaya membawa pulang tiga mata ke Johor, oleh itu saya perlu mengucapkan tahniah kepada para pemain. Beberapa pemain telah beraksi di posisi yang berbeza dan mereka telah melakukannya dengan baik.
Para pemain di JDT tahu bahawa kami perlu memberi 150% dalam setiap perlawanan dan cuba un
tuk memenangi setiap perlawanan. Itulah falsafah kelab dan kami tidak akan mengubahnya. Kami perlu meneruskannya dan berusaha untuk mengekalkan ‘winning mentality’ ini serta apa yang DYAM Tunku Mahkota Johor mahukan untuk kelab.
Luciano Figueroa, Pengurus Kelab Boalsepak Johor Darul Ta'zim
PERAK 0-3 JDT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan