Seorang penulis bebas iaitu Hairi Mohd telah menulis mengenai 
kehadiran Natxo Insa dan kesannya kepada JDT dan juga kepada bola sepak 
Malaysia.
Jom baca tulisan beliau!
Jawapan kepada taktikal Benjamin Mora
Ignacio ‘Natxo’ Insa Bohigues atau dikenali sebagai Natxo Insa 
yang baru sahaja berjaya ditandatangani oleh pasukan JDT daripada 
Levante merupakan seorang pemain tengah bertahan (defensive midfielder).
 
Oleh itu beliau pasti akan diberikan peranan untuk bermain 
sebagai ‘pivot’ pasukan dalam sistem 4-3-3 atau double ‘pivot’ dalam 
sistem 4-2-3-1 yang pernah dibentuk oleh Benjamin Mora. 
Sebelum kehadiran Natxo Insa, JDT telah membawa masuk seorang 
pemain asing baharu iaitu Mohammed Ghaddar yang merupakan seorang 
penyerang tulen.
Memandangkan Ghaddar cenderung untuk melancarkan serangan 
secara individu ke arah pintu gol pihak lawan, kehadiran Insa mungkin 
akan memberikan lesen penuh kepada Mora untuk kembali menggunakan 
strategi asal JDT yang mula-mula dipraktikkannya semasa perlawanan Piala
 Sumbangsih pada awal musim iaitu 4-2-3-1. 
Mora pernah mengatakan bahawa masalah JDT ialah mereka tidak 
mempunyai penyerang tulen dan pemain tengah bertahan mereka pula kurang 
pengalaman. 
Oleh itu kemungkinan besar, Mora akan kembali meletakan Safiq 
Rahim untuk bergandingan dengan Gabriel Guerra dan Gonzalo Cabrera di 
belakang Ghaddar manakala Ghaddar diberikan posisi penyerang tunggal. 
Manakala Insa akan diberikan peranan mengemudi bahagian tengah 
bertahan bersama-sama dengan seorang lagi pemain muda JDT iaitu Afiq 
Fazail.
Fungsi Insa dalam usaha mengukuhkan barisan pertahanan JDT 
Tiada perubahan yang ketara dijangka akan berlaku terhadap 
barisan pertahanan JDT kerana mereka masih lagi mengekalkan status 
sebagai pasukan yang paling sedikit dibolosi oleh mana-mana pasukan 
dalam Liga Super. 
Namun, perubahan yang ketara dijangka akan berlaku terhadap keupayaan JDT untuk menangkis serangan pihak lawan. 
Kehadiran Insa pasti akan mengetatkan lagi barisan pertahanan 
JDT, kerana pengalaman dan kecemerlangannya bersama Levante akan 
membantu JDT menyerap asakan-asakan pihak lawan dan beliau juga 
berkeupayaan untuk turun dengan segera bagi membantu pasukan membentuk 
barisan pertahanan yang ampuh.
Nilai Natxo Insa kepada JDT dan Harimau Malaya
Saya ingin memetik kenyataan daripada laman sosial rasmi JDT 
yang menyatakan bahawa, “pastinya mempunyai pemain yang berpengalaman 
luas dan bermain di tahap yang tinggi ini sebagai pemain tempatan adalah
 satu kelebihan besar”. 
Oleh itu terdapat isyarat yang jelas daripada pihak JDT iaitu 
Insa akan didaftarkan sebagai pemain tempatan, memandangkan beliau 
merupakan pemain berstatus pemain kacukan tempatan kerana neneknya 
mempunyai pertalian darah dengan negara ini. 
Tambahan pula adik kandung kepada Natxo, iaitu Kiko Insa telah 
berjaya didaftarkan oleh pasukan Pahang sebagai pemain tempatan . 
Justeru, bukanlah menjadi suatu perkara mustahil buat Natxo untuk 
mengambil langkah yang sama.
Saya berpendapat bahawa, kehadiran Natxo Insa ke dalam kancah 
bola sepak Malaysia sebagai pemain tempatan merupakan suatu usaha 
‘serampang dua mata’ Tunku Mahkota Johor yang merupakan pemilik kelab 
JDT dan juga presiden FAM.
Kemasukan Insa bakal memperkuatkan pasukan JDT dan secara tidak
 langsung akan mengisi ruang kelemahan pada bahagian tengah skuad 
Harimau Malaya. 
Sesungguhnya kehadiran Insa akan memudahkan tugas ketua 
jurulatih Harimau Malaya, iaitu Nelo Vingada untuk mencari pemain 
‘pivot’ yang paling sesuai bagi skuad negara.
Kembalinya Harris Harun ke JDT
Laman sosial rasmi JDT juga ada menyebut bahawa Harris Harun 
akan kembali menyarung jersi JDT pada tahun 2018, manakala tiada 
penyingkiran pemain import akan dilakukan oleh JDT semasa jendela 
perpindahan pemain kali kedua ini. 
Penyataan rasmi ini menguatkan lagi teori saya bahawa Insa 
telah menerima status pemain tempatan kerana kini JDT telah mempunyai 
empat orang pemain asing iaitu Mohammed Ghaddar, Gabriel Guerra, Gonzalo
 Cabrera dan Marcos Antonio. 
Maka jika kehadiran Insa tidak akan menggugat kedudukan empat 
orang pemain asing yang sedia ada, maka penganugerahan status pemain 
tempatan ialah penyelesaian yang ideal untuk membenarkan Insa 
didaftarkan dalam skuad JDT bagi musim ini. 
Namun begitu harus diingat, dengan kembalinya Harris Harun ke 
JDT pada musim hadapan maka salah seorang daripada empat pemain asing 
JDT akan terpaksa disingkirkan melainkan terdapat perubahan dalam 
peraturan liga Malaysia (5 pemain asing) pada musim akan datang.
Menurut laman JST lagi, kehadiran Insa akan menguatkan bahagian
 tengah pasukan melalui formasi gabungan tiga pemain tengah iaitu Safiq,
 Insa dan Harris.
Melalui informasi ini, jelas bahawa pasukan JDT tidak akan sama
 sekali kembali menggunakan taktikal 4-4-2 yang pernah digunakan oleh 
Mario Gomez. 
Saya percaya bahawa JDT akan kekal dengan sistem pemain tengah bertiga yang dipraktikan oleh Mora sejak awal musim ini lagi.
Pertembungan ‘Insa Bersaudara’ 
Selain itu kesan kehadiran Insa dalam skuad JDT, persaingan di 
antara pasukan JDT dengan musuh tradisinya iaitu pasukan Pahang akan 
bertambah rancak. 
Pertembungan di antara dua gergasi tersebut bakal menjadi suatu
 pertembungan klasik yang ditunggu-tunggu oleh para peminat liga bola 
sepak tempatan kerana perlawanan tersebut akan menjadi pertembungan 
istimewa Insa Bersaudara.
Pertembungan tersebut akan menjadi perlawanan mega kerana 
kedua-dua ‘Insa Bersaudara’ bermain di posisi yang sama iaitu pemain 
tengah bertahan yang pasti mampu mempengaruhi corak permainan kedua-dua 
buah pasukan di samping menjadi nadi kepada perancangan kedua-dua orang 
jurulatih pasukan.
Natxo Insa ialah pemain profesional yang bermain di peringkat 
bola sepak yang tinggi. Beliau merupakan pemain penting pasukannya, 
iaitu Levante UD yang baru menjuarai Segunda Division dan dinaik taraf 
ke liga utama bola sepak Sepanyol iaitu La Liga.
 Oleh itu, saya berpendapat bahawa berita kehadiran Natxo pasti
 akan menjadi suatu berita sensasi dan kembali menghangatkan nilai 
populariti pasaran perpindahan pemain liga Malaysia. 
Impak Natxo Insa kepada Liga Malaysia
Liga Malaysia akan kembali mengecap popularitinya persis tiga 
tahun yang lalu, iaitu semasa kejayaan pasukan JDT membawa Pablo Aimar 
ke Johor. 
Walaupun nama Natxo Insa tidak segah Pablo Aimar, namun 
kehebatan latar belakang kariernya sudah cukup untuk membuatkan nama 
skuad Harimau Selatan itu kembali melonjak dan menjadi sebutan para 
pemerhati bola sepak di rantau ini.
IMPAK PERPINDAHAN NATXO INSA KE PASUKAN JDT.
====================================
Kehadiran Natxo Insa: jawapan kepada taktikal Benjamin Mora
--------------------------------------------------------------------------
    Ignacio 'Natxo' Insa Bohigues atau dikenali sebagai Natxo Insa yang 
baru sahaja berjaya ditandatangani oleh pasukan JDT daripada Levante UD 
 merupakan seorang pemain tengah bertahan (defensive midfielder). Oleh 
itu beliau pasti akan diberikan peranan untuk bermain sebagai ‘pivot’ 
pasukan dalam sistem 4-3-3 atau double 'pivot' dalam sistem 4-2-3-1 yang
 pernah dibentuk oleh jurulatih Benjamin Mora. Sebelum kehadiran Natxo 
Insa, JDT telah membawa masuk seorang pemain asing baharu, iaitu 
Mohammed Ghaddar yang merupakan  seorang penyerang tulen.
    
Memandangkan Mohammed Ghaddar cenderung untuk melancarkan serangan 
secara individu ke arah pintu gol pihak lawan, kehadiran Natxo Insa 
mungkin akan  memberikan lesen penuh kepada jurulatih Benjamin Mora 
untuk kembali  menggunakan strategi asal JDT yang mula-mula 
dipraktikkannya semasa perlawanan Piala Sumbangsih pada awal musim iaitu
 4-2-3-1. 
    Jurulatih Benjamin Mora pernah mengatakan bahawa 
masalah JDT ialah mereka tidak mempunyai penyerang tulen dan pemain 
tengah bertahan mereka pula kurang pengalaman. Oleh itu, kemungkinan 
besar, jurulatih Benjamin Mora akan kembali meletakan Safiq Rahim untuk 
bergandingan dengan Gabriel Guerra dan Gonzalo Cabrera di belakang 
Mohammed Ghaddar manakala Ghaddar diberikan posisi penyerang tunggal. 
Manakala Natxo Insa akan diberikan peranan mengemudi bahagian tengah 
bertahan bersama-sama dengan seorang lagi pemain muda JDT iaitu Afiq 
Fazail. 
Fungsi Natxo Insa dalam usaha mengukuhkan barisan pertahanan JDT 
---------------------------------------------------------------------------
    Tiada perubahan yang ketara dijangka akan berlaku terhadap barisan 
pertahanan JDT kerana mereka masih lagi mengekalkan status sebagai 
pasukan yang paling sedikit dibolosi oleh mana-mana pasukan dalam Liga 
Super Malaysia. Namun, perubahan yang ketara dijangka akan berlaku 
terhadap keupayaan JDT untuk menangkis serangan pihak lawan. Kehadiran 
Natxo Insa pasti akan mengetatkan lagi barisan pertahanan JDT, kerana 
pengalaman dan kecemerlangannya  bersama Levante UD akan membantu JDT 
menyerap asakan-asakan pihak lawan dan beliau juga berkeupayaan untuk 
turun dengan segera bagi membantu pasukan membentuk barisan pertahanan 
yang ampuh.
Nilai Natxo Insa kepada JDT dan Harimau Malaya
----------------------------------------------------------------------
     Saya ingin memetik kenyataan daripada laman sosial rasmi JDT yang 
menyatakan bahawa “Pastinya mempunyai pemain yang berpengalaman luas dan
 bermain di tahap yang tinggi ini sebagai pemain tempatan adalah satu 
kelebihan besar”. Oleh itu terdapat isyarat yang jelas daripada pihak 
JDT iaitu Natxo Insa akan didaftarkan sebagai pemain tempatan, 
memandangkan beliau merupakan pemain berstatus pemain kacukan tempatan 
kerana neneknya mempunyai pertalian darah dengan negara ini. 
    
Tambahan pula adik kandung kepada Natxo, iaitu Kiko Insa telah berjaya 
didaftarkan oleh pasukan Pahang sebagai pemain tempatan . Justeru, 
bukanlah menjadi suatu  perkara mustahil buat Natxo untuk mengambil 
langkah yang sama.
 Saya berpendapat bahawa, kehadiran Natxo ke 
dalam kancah bola sepak Malaysia sebagai pemain tempatan merupakan suatu
 usaha ‘serampang dua mata’ DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni 
Sultan Ibrahim yang merupakan pemilik kelab JDT dan juga presiden 
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
    Kemasukan Natxo bakal 
memperkuatkan pasukan JDT dan secara tidak langsung akan mengisi ruang 
kelemahan pada bahagian tengah skuad Harimau Malaya. Sesungguhnya 
kehadiran Natxo Insa akan memudahkan tugas ketua jurulatih Harimau 
Malaya, iaitu ‘The Professor’ Nelo Vingada untuk mencari pemain ‘pivot’ 
yang paling sesuai bagi skuad negara.
Kembalinya Harris Harun ke JDT 
-----------------------------------------------------
    Laman sosial rasmi JDT iaitu Johor Southern Tiger juga ada menyebut 
bahawa Harris Harun akan kembali menyarung jersi JDT pada tahun 2018, 
manakala tiada penyingkiran pemain import akan dilakukan oleh JDT semasa
 jendela perpindahan pemain kali kedua ini. Penyataan rasmi ini 
menguatkan lagi teori saya bahawa Natxo Insa telah menerima status 
pemain tempatan kerana kini JDT telah mempunyai empat orang pemain asing
 iaitu Mohammed Ghaddar, Gabriel Guerra, Gonzalo Cabrera dan Marcos 
Antonio. 
    Maka, jika kehadiran Natxo Insa tidak akan menggugat
 kedudukan empat orang pemain asing yang sedia ada, maka penganugerahan 
status pemain tempatan ialah penyelesaian yang ideal untuk membenarkan 
Natxo Insa didaftarkan dalam skuad JDT bagi musim ini. Namun begitu, 
harus diingat, dengan kembalinya Harris Harun ke JDT pada musim hadapan,
 maka salah seorang daripada empat pemain asing JDT akan terpaksa 
disingkirkan melainkan terdapat perubahan dalam peraturan liga Malaysia 
(5 pemain asing) pada musim akan datang.
    Menurut laman sosial 
‘Johor Southern Tiger’ lagi, kehadiran Natxo Insa akan menguatkan 
bahagian tengah pasukan melalui formasi gabungan tiga pemain tengah 
iaitu Safiq Rahim, Natxo Insa dan Harris Harun. Melalui informasi ini, 
jelas bahawa pasukan JDT tidak akan sama sekali kembali menggunakan 
taktikal 4-4-2 yang pernah digunakan oleh Mario Gomez. Saya percaya 
bahawa JDT akan kekal dengan sistem pemain tengah bertiga yang 
dipraktikan oleh Coach Benjamin Mora sejak awal musim ini lagi.
Pertembungan ‘Insa Bersaudara’ 
-----------------------------------------------------
    Selain itu, kesan kehadiran Natxo Insa dalam skuad JDT, persaingan 
di antara pasukan JDT dengan musuh tradisinya, iaitu pasukan Pahang akan
 bertambah rancak. Pertembungan di antara dua gergasi tersebut bakal 
menjadi suatu pertembungan klasik yang ditunggu-tunggu oleh para peminat
 liga bola sepak tempatan kerana perlawanan tersebut akan menjadi 
pertembungan istimewa ‘INSA BERSAUDARA’.
    Pertembungan tersebut
 akan menjadi perlawanan Mega kerana kedua-dua ‘Insa Bersaudara’ bermain
 di posisi yang sama iaitu pemain tengah bertahan yang pasti mampu 
mempengaruhi corak permainan kedua-dua buah pasukan, di samping menjadi 
nadi kepada perancangan kedua-dua orang jurulatih pasukan.
    
Natxo Insa ialah pemain profesional yang bermain di peringkat bola sepak
 yang tinggi. Beliau merupakan pemain penting pasukannya, iaitu Levante 
UD yang baru menjuarai Segunda Division dan dinaik taraf ke liga utama 
bola sepak Sepanyol iaitu La Liga. Oleh itu, saya berpendapat bahawa 
berita kehadiran Natxo pasti akan menjadi suatu berita sensasi dan  
kembali menghangatkan nilai populariti pasaran perpindahan pemain liga 
Malaysia. 
Impak Natxo Insa kepada Liga Malaysia
-----------------------------------------------------------------
    Liga Malaysia akan kembali mengecap popularitinya persis tiga tahun 
yang lalu, iaitu semasa kejayaan pasukan JDT membawa Pablo Aimar ke 
Johor. Walaupun nama Natxo Insa tidak segah Pablo Aimar, namun kehebatan
 latar belakang kariernya sudah cukup untuk membuatkan nama skuad 
Harimau Selatan itu  kembali melonjak dan menjadi sebutan para pemerhati
 bola sepak di rantau ini.
Kesimpulan
--------------------
    Kesimpulannya, dengan kejayaan JDT membawa masuk pemain berstatus 
pemain tempatan yang amat berkualiti seperti Natxo Insa, situasi ini 
pasti akan mengubah ‘trend’ pasaran perpindahan bola sepak liga tempatan
 pada masa depan. Setiap pasukan pasti akan berusaha menggunakan 
kelebihan pemain berstatus naturalisasi untuk mencari pemain yang 
berkualiti seperti Natxo Insa, malah setanding dengan kualiti yang 
dimiliki oleh pemain import  mereka. 
    Tidak keterlaluan untuk 
dikatakan bahawa, sebelum kehadiran Natxo Insa, rata-rata pemain 
naturalisasi yang di bawa masuk berada di bawah kualiti pemain asing dan
 tidak memberikan impak yang besar kepada pasukan kebangsaan Malaysia. 
Kehadiran pemain naturalisasi sememangnya berpotensi membantu jurulatih 
meningkatkan kualiti sesebuah pasukan kebangsaan. Sebagai 
contoh,kehadiran Pepe yang berasal dari Brazil, telah membantu Portugal 
kekal sebagai salah sebuah kuasa besar bola sepak dunia, begitu juga 
pemain kelahiran Brazil yang lain iaitu Diego Costa yang menyarung jersi
 pasukan kebangsaan Sepanyol manakal Mauro Camoranensi menukar 
kerakyatan Argentinanya untuk mewakili Itali. 
   Namun begitu, 
‘trend’ ini tidak seharusnya menjadi amalan jangka panjang pasukan 
negara, pihak pengurusan kelab dan Persatuan Bola Sepak Malaysia harus 
segera melahirkan pemain tempatan yang berkualiti bagi mengangkat 
kembali nama bola sepak negara ke pentas dunia.
 Kepada para admin
 page, saya memohon jasa baik anda agar tidak ‘COPY & PASTE’ artikel
 dan pendapat saya ini, namun saya mengizinkan anda ‘SHARE’ kepada 
rakan-rakan yang lain.