Selasa, 16 Mei 2017

Perbelanjaan Semusim Pasukan Dalam Liga Malaysia Hampir RM10 juta.

                                                           Kos Pengurusan Pasukan Liga Malaysia

Bukan murah harga menguruskan sebuah pasukan dalam Liga Malaysia 2016. Perbelanjaannya hampir RM10 juta, itu harga maksima untuk mengurus pasukan dalam Liga Perdana.
Manakala kos mengurus pasukan Liga Super lagi tinggi, dianggarkan dari RM 14 juta – RM18 juta.
Umum tahu, KAFA mendapat tajaan dari DS Vida sebanyak RM20 juta untuk menguruskan The Red Warriors selama 2 musim. Ini bermakna hanya RM10 juta sahaja yang boleh digunakan untuk satu musim.
RM10 juta masih jumlah yang kecil buat sebuah pasukan dalam Liga Super.
Gaji pemain menyumbang kepada perbelanjaan yang sangat besar dalam sesebuah pasukan. Hampir separuh dari kos keseluruhan pasukan digunakan untuk pembayaran pemain.
Berdasarkan laporan Utusan Online, gaji minum seorang pemain tempatan dalam pasukan Liga Super ialah RM8000/sebulan. Manakala gaji minimum seorang pemain import dalam Liga Super ialah RM110,000/sebulan.
Kebanyakkan pasukan dalan Liga Malaysia masih lagi diuruskan oleh persatuan bola sepak negeri (FA). Dana FA negeri pula adalah dari bajet kerajaan negeri. Sudah tentu bajet yang diperuntukkan tidak banyak.
Disebabkan perbelajaan yang besar ini, setiap pasukan perlu bergerak mencari dana sendiri. Kos akan meningkat setiap tahun. Tapi tidak ramai penaja yang sudi jadi penaja mana-mana pasukan.
Bagi penaja, mereka memikirkan soal pulangan dari penajaan yang dibuat. Apa yang mampu diberikan oleh pasukan kepada penaja.
Bermula musim ini Liga Malaysia telah diswastakan. Ianya akan diuruskan oleh FMLLP. FMLLP telah menetapkan semua pasukan Liga Super akan mendapat imbuhan sebanyak RM1 juta dan pasukan Liga Perdana akan mendapat RM500 ribu setelah penswastaan liga dijalankan tahun ini. Jumlah tersebut sebenarnya sangat sedikit berbanding perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pasukan. Difahamkan, jumlah tersebut bukanlah tetap, dan ianya akan ditingkatkan lagi.
Moga dengan penswastaan Liga Malaysia ini akan memberi sinar baru dalam bola sepak Malaysia. Liga yang lebih meriah, mempunyai nilai komersial, seterusnya akan dapat menarik lebih banyak penaja ke dalam pasukan.
//Sumber : Utusan Online, Sinar Harian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan