Khamis, 18 Mei 2017

Lima Perkara Dari Perlawanan Johor DT – Ceres

Malam tadi, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengharungi kempen separuh akhir Piala AFC bagi Zon Asia Tenggara menentang wakil Filipina, Ceres Negros.
Keputusan perlawanan memihak tuan rumah dengan kemenangan 3-2 namun sayang sekali, dua gol di tempat lawan berjaya di bawa pulang Ceres.
Banyak perkara yang boleh kita perolehi dari aksi semalam. Jadi kami senaraikan perkara yang di peroleh dari perlawanan semalam.
1. Dominic Tan Pemain Paling Muda
Pertahanan tengah Johor DT, Dominic Tan merupakan pemain paling muda di atas padang semalam dengan beliau baru berusia 20 tahun.
Namun yang kurang menariknya ialah beliau banyak melakukan kesalahan dalam perlawanan semalam dan di layangkan kad kuning.
Beliau di lihat gugup dan pernah di marah penjaga gol, Farizal Marlias dalam aksi tersebut.
2. Belum Pernah Kelab Filipina Menang Di Larkin
Sejak penyertaan mereka pada 2015, Johor DT telah bertemu dengan kelab dari Filipina sebanyak 3 kali. Bermula dari Kaya FA, Global FC sehinggalah Ceres Negros namun kesemuanya tumbang di Stadium Larkin.
Ketika bertemu Kaya FC, Johor DT menang 7-2 dalam pusingan kalah mati Piala AFC 2016. Pada musim ini mereka telah membelasah Global FC 4-0 dan terbaru Ceres Negros di tewaskan 3-2.
Kelab Filipina di lihat sukar untuk menang di sini.
3. Hazwan Jaring Gol AFC Pertamanya
Menyertai Johor DT bermula hujung tahun lepas, Hazwan Bakri telah mempamerkan bisanya dengan meledak 3 gol bersama ‘Harimau Selatan’ di dalam liga.
Namun gol yang beliau cari di saingan AFC hanya muncul malam tadi. Jaringan ketiga perlawanan oleh beliau telah menoktahkan kemenangan untuk Johor DT.
Ini juga jaringan pertama dalam Piala AFC bagi Hazwan Bakri dalam kariernya.
4. Safiq Rahim Terus Menjadi
Safiq Rahim ibarat pemain yang sukar di hentikan dari mengalami prestasi konsisten musim ini. Beliau seakan akan mendapat tonik untuk bermain baik.
Jaringan beliau semalam merupakan gol ketiga dalam saingan AFC musim ini dan menjadikan gol tersebut jaringan ke 11 beliau musim ini.
5. Johor DT Guna Kesemua Full Back
Perlawanan malam semalam cukup menarik. Benjamin Mora telah menggunakan kesemua ‘fullback’ utama beliau iaitu Fazly Mazlan, S. Kunanlan dan Azrif Nasrulhaq.
Fazly dan Kunanlan di kekalkan di posisi mereka manakala Azrif di naikkan sebagai sayap kanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan