Khamis, 13 April 2017

JDT rampas takhta Liga Super, tewaskan Kelantan 3-2

Penjaga gol JDT Mohd Farizal Marlias (kanan) berjaya menyelamatkan gawang golnya daripada pemain Kelantan Mohamad Ghaddar (tengah) pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam tadi 

KOTA BARU, 13 April — Johor Darul Ta’zim (JDT) bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Kelantan 3-2 pada aksi di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam tadi, sekali gus merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Super.
Kemenangan itu melonjakkan JDT dua anak tangga ke takhta liga selepas mengumpul 20 mata, mengetepikan Pahang dan Kedah yang masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga dengan 19 mata.
Pada aksi malam tadi, Kelantan bermula garang apabila penyerang importnya, Mohamad Ghaddar menghadiahkan gol pertama pada minit kelima perlawanan.  Kelantan terus menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila Mohamad Ghaddar melebarkan kedudukan apabila menjaringkan gol kedua skuad The Red Warriors pada minit ke-15.
Kedudukan itu, bagaimanapun langsung tidak mematahkan semangat pemain JDT apabila berjaya menjaringkan gol pertama, hasil sepakan percuma Safiq Rahim pada minit ke-20.
Pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Gabriel Migual Guerra untuk menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-29.
Pengadil Md Nazmi Nasaruddin menghadiahkan penalti kepada JDT selepas Khairul Fahmi bertindak mengasari Gonzalo Gabriel Cabrera dalam kotak penalti.  Seminit kemudian, JDT terus menambah derita pasukan Kelantan apabila Cabrera menjaringkan gol ketiga pasukan pelawat.
Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan, Mohammad Qayyum Marjoni Sabil dilayangkan kad merah oleh pengadil selepas bertindak mengasari Guerra.
Kedudukan itu merencatkan percaturan Kelantan untuk kedudukan 2-3 berpihak kepada JDT kekal sehingga ke wisel penamat.
Aksi malam tadi merupakan perlawanan tertunda antara kedua-dua pasukan yang sepatutnya berlangsung pada 4 Februari lepas.

Selasa, 11 April 2017

Zico untuk Malaysia?


Berita terbesar dalam bolasepak Asia Tenggara sekarang ialah peletakan jawatan Kiatisuk Senamuang sebagai ketua jurulatih Thailand selepas 4 tahun yang sangat berjaya –walaupun tidak begitu berjaya untuk majikannya.
Berita terbesar kedua ialah
Mario Gomez tidak akan menjadi jurulatih bagi pasukan kebangsaan Malaysia selepas pertelingkahan terbuka dengan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) mengenai dakwaan terhadap permintaan gaji yang lehih tinggi.
Jadi, keadaannya begini: jurulatih terbaik di Asia Tenggara, sekurang-kurangnya diperingkat kebangsaan, telah bersedia pada masa apabila Malaysia sedang mencari seorang pengurus luar negara. Hidup semuanya adalah kerana masa dan terjadinya perkara melibatkan 2 pihak ini serentak adalah prospek menarik untuk 5 sebab.
1- Dia membawa identiti kepada bolasepak Thailand
‘Zico’ tidak hanya membawa Thailand kepada tempat teratas bolasepak Asia Tenggara, dia juga membangunkan stail baharu.
‘Thai tiki-taka’ mungkin adalah yang paling sesuai tetapi jurulatih telah mendidik gaya hantaran dan bermain yang menyenangkan dan cantik yang memberikan keputusan baik. Thailand selalu mempunyai pemain yang secara teknikalnya istimewa tetapi Kiatisuk menggunakannya dan membawa mereka ke that yang lebih tinggi. Beliau gemar pasukannya bermain dengan cara tersendiri dengan ramai berpendapat bahawa ia adalah cara betul bermain bolasepak. Pemain tahu tugas mereka begitu juga mereka yang dibawa masuk.
Dan dengan semua itu, beliau mendemonstrasi fleksibiliti tertentu apabila apabila diperlukan dan ini telah meningkatkan kepakaran apabila beliau bersama lebih lama dengan para pemain. Dalam beberapa bulan kebelakangan, taktik dan formasi mula berubah dan pemain menjadi semakin serasi dengan sistem berlainan. Thailand telah menjadi lebih sofistikated.
2- Beliau mempunyai pengalaman ASEAN
Kejayaan di Asia Tenggara adalah hampir sempurna seperti dilakukan beberapa jurulatih dalam sejarah. Zico memberi 2 Piala AFF Suzuki dan melakukannya dengan gaya berbeza. Tiada perdebatan dimana-mana tentang negara mana harus menang perlawanan pada 2014 dan 2016. Semua menerima bahawa Thailand adalah yang terbaik dan trofi berada pada pasukan yang tepat.
Tip:
Malaysia memerlukan sedikit pengalaman dan pengetahuan seperti itu. Selepas beberapa tahun mengalami kejatuhan ranking dan sekarang mungkin menjadi lebih buruk dari negara seperti Myanmar, Zico adalah calon terbaik dan tahu bagaimana untuk keatas dan tinggal disitu.
3 - Beliau tahu apa yang diperlukan untuk melompat ke peringkat seterusnya
Ia bukan hanya mengenai kemenangan di Asia Tenggara, walaupun ia adalah proses yang diperlukan. Awal tahun ini, TMJ telah berucap mengenai Piala Dunia 2026. Baginda maklum bahawa ia bukan suatu yang mudah untuk layak ke perlawanan itu walaupun diberikan penambahan kepada 48 dari 32 dari Asia kepada 8 dari 4. Jadi, jika Malaysia mempunyai peluang, ia perlu tahu semua mengenainya.
Zico mengetahuinya lebih dari semua orang mengenai cabaran dihadapi dalam mencuba mentransformasi sebuah pasukan juara Asia menjadi pencabar terkuat dari Asia. Beliau membawa Negara Gajah Putih sejauh ke Piala Dunia dari sebelum ini – dan ia perkara yang telah berlaku sejak 2002.
Keputusan di peringkat akhir selalunya tidak begitu baik tetapi melompat dari peringkat kedua ke peringkat ketiga untuk layak di Piala Dunia ialah sama seperti jurang diantara ASEAN dan Asia.
Tip:
Parti tidaklah menghiburkan tetapi sekurang-kurangnya Thailand telah berada disana!
Kritikan yang diterima dari bos Persatuan Bolasepak Thailand, Somyot Poonpanmoung selepas kekalahan kepada Jepun dan Arab Saudi baru-baru ini adalah tidak munasabah dan tidak produktif. Sepatutnya perlu ada lebih persefahaman mengenai progres yang telah dibuat dalam bolasepak Thai begitu juga baki kerja yang masih perlu dilakukan.
4 - Zico dan TMJ boleh menjadi perkongsian yang sempurna
Walaupun hubungan dengan bosnya sebelum ini adalah semakin buruk dalam beberapa minggu kebelakangan ini, ia boleh menjadi satu bentuk motivasi. Zico pasti gembira untuk menunjukkan kepada Somyot apa yang telah dilepaskan. Membantu Malaysia untuk menjadi pesaing yang serius kepada Thailand akan menjadi dendam terindah.
Dan mungkin kamu tidak mengetahuinya, bahawa Zico dan TMJ boleh bekerja dengan baik bersama. Bos bolasepak Malaysia ini bercita-cita tinggi sepertimana di Thailand tetapi mempunyai pengalaman bolasepak semasa dengan Johor Darul Ta’zim tahu bahawa ia tidak akan berlaku dalam satu malam. Kedua-duanya muda, bertenaga dan berkeyakinan dan jika klik, akan jadi pasukan yang sempurna.
Tip:
Lelaki ini tahu apa yang dia mahukan
Jika TMJ boleh melihat progres yang telah dijalankan, maka baginda boleh menjadi bos yang sempurna buat Zico, memberikan semua yang diperlukan untuk mencuba dan membawa Malaysia ke peringkat yang seterusnya.
5 - Dia adalah jurulatih yang dahulunya seorang pemain bolasepak
Zico dahulunya adalah salah seorang daripada pemain terbaik yang pernah dihasilkan ASEAN. Beliau sudah bermain di banyak negara di rantau ini dan pernah mencuba nasib di England. Di Thailand, beliau telah memaksa para pemain untuk mencabar diri mereka setinggi yang boleh dan untuk keluar dari zon selesa.
Pemain-pemain adalah seperti beliau. Beliau melayan mereka seperti orang dewasa dan membolehkannya mendapatkan yang terbaik dari mereka di Thailand. Pada sesi latihan, beliau beransur-ansur memberikan mereka lebih tanggungjawab dan respon mereka sangat baik. Mereka menjadi pemain-pemain yang lebih baik. Malaysia memerlukan sesuatu seperti itu.

Isnin, 10 April 2017

JDT pesta gol belasah Melaka United

PEMAIN JDT, Gabriel Miguel Guerra (tengah) meraikan jaringan pertama bersama rakan sepasukan pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) berpesta gol membelasah Melaka United (MU) 7-0, pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, dekat sini, malam tadi.
Kemenangan besar itu sekali gus membantu skuad Harimau Selatan melonjak ke tangga ketiga liga hasil himpunan 17 mata, ketinggalan dua mata di belakang Pahang selaku pendahulu dan Kedah, di tempat kedua.
Tanda-tanda JDT berpesta gol di laman sendiri terserlah sejak wisel permulaan lagi.
Tuan rumah berjaya mencipta jaringan pada minit ketujuh selepas gerakan dimulakan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham sebelum dilorongkan kepada Gabriel Guerra yang merembat menewaskan penjaga gol, Mohd Fazli Paat.
Bagaikan ingin menebus dua kekalahan pada aksi Piala FA dan Piala AFC, skuad Harimau Selatan nyata menguasai perlawanan dan sering mengasak ke kubu skuad kendalian Eric Williams yang terpaksa bertungkus lumus mengekang setiap asakan anak didik Benjamin Mora.
Hasil kerja keras tuan rumah yang terus mengasak ke kubu lawan, gol kedua berjaya dijaringkan pada minit ke-18 selepas bola umpanan Gonzalo Cabrera dibiarkan Ahmad Hazwan Bakri yang membuka ruang kepada Safiq Rahim untuk mudah menolak bola menerjah jaring.
Ketika aksi memasuki minit ke-23, gol ketiga terhasil buat tuan rumah selepas bola umpanan Safiq tepat kepada Amirul Hadi Zainal yang berjaya melepasi perangkap ofsaid sebelum menewaskan Mohd Fazli.
Benteng pelawat nyata begitu rapuh apabila tuan rumah mudah menambah jaringan pada minit ke-34 selepas pemain gantian Azamuddin Akil pantas melorongkan bola tepat kepada Cabrera yang menolak bola terkena tiang gol kanan sebelum masuk.
Tidak sampai seminit ketika aksi babak kedua bersambung, gol kelima menjelma buat tuan rumah selepas bola hantaran Guerra membuka ruang untuk Azammudin yang merembat menewaskan Mohd Fazli.
Safiq mencetak gol kedua peribadi pada minit ke-59 untuk meletak tuan rumah selesa dengan jaringan 6-0 selepas mudah menyudahkan hasil umpanan Cabrera yang langsung tidak dikawal pertahanan
Tindakan Godwin Brago mengasari Azrif Nasrulhaq di dalam kotak penalti menyaksikan pengadil perlawanan, Razlan Jefri Ali tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-88 dan Safiq yang mengambil sepakan itu mudah mencipta jaringan untuk melakar hatrik pertama pada saingan liga musim ini.
PEMAIN JDT, Gonzalo Gabriel Cabrera (11) meraikan jaringan ketiga bersama rakan sepasukan pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin
PEMAIN JDT, Safiq Rahim (tiga dari kri) diasak oleh pemain Melaka United pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru
PEMAIN JDT, Gopinathan Ramanchandra (dua dari kanan) diasak oleh pemain Melaka United, Muhd Fauzi Rozlan (kanan) pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru
PEMAIN JDT, Gabriel Miguel Guerra (tiga dari kiri) diasak pemain Melaka United, Mohd Faizal Muhamad (dua dari kiri) pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru.

Sabtu, 8 April 2017

JUNIOR ELDSTAL BEREHAT PANJANG, MUAT NAIK STATUS MENYENTUH PERASAAN

Pemain tengah pasukan JDT, Junior Eldstal meluahkan perasaan kecewanya apabila disahkan terpaksa berehat panjang akibat kecederaan “slip disc”yang dialaminya.
Dalam entri di laman rasmi Facebook Junior Eldstal, beliau mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan situasi terkini kecederaan yang dialaminya.
Cabaran fizikal dan mental
“Dua musim terakhir adalah sesuatu yang sangat mencabar secara fizikal dan mental buat diri saya. Deretan kecederaan datang satu persatu.”
“Usaha keras untuk memastikan diri cergas dari kecederaan, hanya dikecewakan dengan kecederaan lain yang datang menimpa. Tiba masanya untuk menjelaskan kepada umum situasi diri saya”, demikian luahan pemain kacukan Sweden- Malaysia ini.
Kecederaan berulang itu menyakitkan!
Menurut Junior, beliau sering tertanya-tanya mengapa kecederaan sering menimpa dirinya walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengelakkan ianya daripada berlaku.
Junior berpendapat semua pihak termasuk DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) patut jelas akan keadaan sebenar dirinya.
Ini mendorong Junior Eldstal ke Singapura untuk berjumpa dengan doktor pakar baru-baru ini.
Hasil MRI yang dilakukan di Singapura, doktor mengesahkan Junior mengalami 2 “slip disc” di bahagian bawah belakang dan 1 “slip disc” di tulang vertebra di bahagian leher.
Junior Eldstal bermain bola sepak dengan kecederaan ini tanpa dikesan terlebih awal selama 2 tahun.
Laporan pakar di Singapura turut mendedahkan kecederaan yang dialami oleh Junior turut mengancam karier profesional beliau.
Untuk membolehkan beliau pulih sepenuhnya, Junior harus mengikuti proses pemulihan secara intensif selama 3 sehingga 6 bulan.
Laporan pakar juga menyatakan kecederaan yang dialami beliau sekarang adalah punca sebenar kepada deretan kecederaan lain yang dialaminya dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.
Eldstal: “Cintaku kepada bola sepak tetap kuat”
Dalam entri tersebut, Junior turut menafikan bahawa beliau sudah hilang minat kepada sukan bola sepak.
“Sukan ini adalah kehidupan saya. Saya bermula daripada bawah. Tanpa peluang yang diberi, saya tidak akan berada di mana saya berada sekarang. Saya hanya mahu kembali bermain bola sepak.”
“Niat saya ialah untuk menyarung jersi kelab paling berjaya dan profesional di negara ini serta menyertai skuad kebangsaan jika dipanggil untuk berbuat demikian.” Tulis Junior Eldstal dalam entri tersebut.
Junior Eldstal berjersi No.25
“Deretan kecederaan yang saya alami telah mengecewakan ramai pihak di JDT. Ini termasuklah DYAM TMJ yang walaupun turut diselebungi kekecewaan, tetap bersikap profesional dan adil kepada saya.”
“Saya berharap boleh duduk bersama pihak pengurusan JDT dan DYAM TMJ untuk merencanakan pelan pemulihan untuk saya dalam masa terdekat.”
“Pelan pemulihan kepada kecederaan yang saya alami haruslah mendapat kebenaran kelab terlebih dahulu”.
Semoga cepat sembuh Junior Eldstal!
Kemunculan terakhir Junior Eldstal bersama JDT pada musim ini adalah ketika membantu JDT menewaskan Pahang 3-2 di Larkin dalam saingan Liga Super Malaysia, awal Mac lalu.
Kelibat Junior Eldstal di Liga Malaysia bermula bersama Sarawak pada musim 2013.
Pemain kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini menyertai JDT pada musim 2015 setelah persembahan cemerlangnya bersama skuad Bujang Senang memikat jurulatih JDT pada masa itu, Bojan Hodak.
Pemain dengan ketinggian 1.91 meter ini memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan kejurulatihan sukan dan menerima anugerah dari British Council Alumni Awards yang diadakan baru-baru ini.
Kami di disini mengharapkan agar Junior Eldstal segera pulih dari kecederaan.

Rabu, 5 April 2017

LIVE STREAMING Global FC vs JDT 5 APRIL 2017 PIALA AFC

Bagi peminat JDT yang tidak mempunyai astro,kami tolong kongsikan link LIVE STREAMING Global FC vs JDT Piala AFC KEPADA RAKAN2 ANDA.
. KLIK SERVER 1

Selasa, 4 April 2017

Gomez belum sah jurulatih Harimau Malaya - TMJ

JOHOR BAHRU: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan Mario Gomez belum sah dilantik sebagai jurulatih baharu Harimau Malaya. 

Beliau yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjelaskan, sehingga kini rundingan masih dilakukan dengan Gomez, terutama selepas jurulatih dari Argentina itu menuntut gaji yang tinggi. 

Bagaimanapun, TMJ yakin persetujuan terbaik dapat dilakukan kedua-dua pihak, selain tidak menolak kemungkinan terpaksa memilih jurulatih lain sekiranya impian melantik Gomez tidak menjadi kenyataan.  

"Sekarang ini kita (FAM) tidak mempunyai banyak duit, tapi dia (Gomez) masih belum memberi jawapan ya (setuju) atau tidak (mengendalikan Harimau Malaya). 

"Jadi, ia masih dalam perbincangan. Nama Gomez dicadang sebelum ini kerana kita melihat dia calon terbaik, tapi ada kemungkinan juga jurulatih lain akan dipilih," katanya pada sesi taklimat bersama media di sini, hari ini.  

Gomez yang juga bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), dilantik menggantikan bekas jurulatih Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee oleh Tunku Ismail sejurus tamat Kongres FAM Ke-53, 25 Mac lalu.  

Mengenai kedudukan Tan Cheng Hoe yang ditawarkan sebagai penolong jurulatih Harimau Malaya, TMJ menjelaskan pihaknya menyerahkan kepada pengendali Kedah itu untuk membuat keputusan.  

"Bagi kedudukan Tan Cheng Hoe pula, dia memang sebahagian daripada projek kami untuk pasukan kebangsaan.  

"Dia dirancang untuk bekerja bersama Mario (Gomez) atau sesiapa saja yang akan datang dan memerlukan perkhidmatan dia. Tapi keputusan sekarang terpulang kepada dia," katanya.

FAM perlu RM40 juta

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim mengadakan perjumpaan dengan editor-editor sukan di Bangunan Sultan Ibrahim hari ini. - Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui badan induk itu memerlukan sekurang-kurangnya RM40 juta bagi menguruskan perjalanan kewangan badan induk itu, termasuk Liga Malaysia (Liga M) dan skuad kebangsaan. 

Beliau yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut mendedahkan FAM kekurangan dana hasil daripada semakan ke atas fail kewangan, perjalanan liga dan kelengkapan pasukan kebangsaan. 

Sambil mengakui berdepan tugas sukar, Tunku Ismail bagaimanapun tetap optimis untuk melakukan yang terbaik demi perubahan bola sepak Malaysia. 

"Hari pertama saya tiba di pejabat FAM selepas dilantik menjadi presiden, saya terkejut selepas menyemak fail yang diberikan pegawai saya kerana FAM memang tidak cukup duit.

"Bukan RM10 juta, tapi kami memerlukan sekurang-kurangnya RM40 juta dan macam mana saya nak uruskan liga, bawa jurulatih skuad kebangsaan yang baharu atau beli peralatan pasukan? 

"Namun, saya tidak mahu fikir apa yang terjadi sebelum ini dan apa yang saya harus lakukan adalah mencari dana buat FAM, termasuk menerusi hak penyiaran dan penajaan," katanya pada taklimat bersama wakil media di Bangunan Sultan Ibrahim di sini, hari ini. 

Menyemak akaun FAM menjadi langkah awal dijanjikan TMJ sejurus dipilih sebagai presiden pada 25 Mac lalu. 

Sementara itu, langkah kedua iaitu memperbaiki struktur dan falsafah skuad kebangsaan juga sedang dalam proses dilakukan TMJ.  

Mengulas mengenai penggunaan semula nama gelaran Harimau Malaya untuk skuad kebangsaan, TMJ berharap ia mampu menyumbang sedikit kepada kebangkitan bola sepak negara di peringkat antarabangsa.  

"Ia sebenarnya hanya perkara kecil dan tiada yang bantah keputusan itu (tukar semula ke Harimau Malaya). 

Sebelum ini beberapa kejayaan dicapai skuad Harimau Malaya.  "Jadi saya harap penggunaan semula nama gelaran itu mampu menyumbang sesuatu buat skuad kebangsaan walaupun sedikit," katanya.