Isnin, 3 April 2017

SKUAD BOLA SEPAK KEBANGSAAN AKAN KEMBALI MENGGUNAKAN NAMA HARIMAU MALAYA

Skuad bola sepak kebangsaan akan kembali menggunakan nama gelaran Harimau Malaya sebagaimana nama asal pasukan tersebut sejak ditubuhkan. Penukaran nama ini adalah atas titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Ia juga selaras dengan permintaan ramai penyokong yang mahukan nama itu digunakan kembali berdasarkan sejarah-sejarah yang pernah dilakar oleh pasukan kebangsaan di zaman kegemilangan bola sepak. Oleh yang demikian, laman rasmi Harimau Malaysia akan ditutup berkuatkuasa serta merta dan segala maklumat terkini mengenai bola sepak tanah air hanya akan dikemaskini di laman rasmi FAM. Semoga kebangkitan semula Harimau Malaya akan mampu memberi sinaran baru untuk pembangunan bola sepak tanah air untuk jangka masa panjang.

Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan