Halaman
Laman utama
JADUAL JDT 2017
BERITA SUKAN
Ahad, 5 Mac 2017
Adakah JDT sudah layak ke Piala AFC 2018? Inilah 2 sebabnya
Adakah benar JDT sudah mendapat satu slot ke Piala AFC 2018 tanpa perlu menang Piala FA dan Liga Super? Apa kata anda? Kami berikan 2 sebabnya sekarang dan nyatakan pandangan anda.
Peraturan dalam Entry Manual: AFC Club Competitions 2017-2020
Rasanya ramai antara kita yang tidak pernah memasuki laman web AFC dan manual ini boleh dibaca dan dimuat turun oleh sesiapa sahaja. Boleh muat turun di
sini
. Manual ini digunakan untuk menentuan layak atau tidak sebuah kelab menyertai pertanding AFC dan ACL pada tahun tersebut.
Cuma, dalam manual ini, AFC cup disebut sebagai
AFC Club Competitions
atau nama pendek ACC.
Syarat yang penting dalam manual ini untuk layak bermain dalam AFC cup / ACC adalah dengan mempunyai lesen AFC. Syarat yang sama seperti Piala ACL.
Tetapi, mesti ada yang tanya Felda United boleh sahaja beraksi dalam Piala AFC 2017. Ini kerana syarat untuk mempunyai lesen hanya berkuat kuasa untuk Piala AFC 2018.
Sedikit info mengenai Club Licensing System. Untuk pembacaan yang lebih mendalam anda boleh muat turun dokumen tersebut.
Masih menjadi satu-satunya kelab mempunyai lesen AFC
Berdasarkan Licensed Clubs by MA (2017) yang boleh dimuat turun di
sini
, JDT masih menjadi satunya kelab yang diiktiraf mempunyai lesen AFC. Memang terbaik perancangan yang dibuat oleh TMJ untuk pasukan JDT ini. Kebiasaannya, AFC akan mengemaskini dokumen ini setiap hujung tahun.
Selepas 2 Tahun, Hanya JDT Berstatus AFC Licensed Club di Malaysia
Pihak Asian Football Confederation (AFC) telah mengemaskini senarai kelab yang berstatus
AFC Licensed Club
.
JDT
merupakan satu-satunya kelab di Malaysia berada dalam senarai tersebut.
Apakah kelebihan memperolehi AFC Licensed Club?
Kelab yang bersatus AFC Licensed Club boleh menyertai pertandingan tertinggi dalam AFC iaitu Piala AFC Champion League ataupun secara ringkas disebut Piala ACL. Kelab tersebut layak berada di Piala ACL sama ada melalui peringkat kelayakan ataupun terus ke peringkat kumpulan berdasarkan MA ranking.
Status AFC Licensed Club dan penglibatan JDT dalam Piala ACL
Johor DT mula memohon untuk mendapatkan lesen ini bermula pada tahun 2014 lagi. Setelah membuat segala persiapan, pada tarikh 14/10/2014 pegawai-pengawai dari AFC telah berkunjung ke Larkin untuk menilai permohonan JDT untuk diiktiraf sebagai AFC Licensed Club.
Lawatan pegawai-pegaawai dari AFC dan FAM ke Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos dan fasiliti JDT pada 14 Oktober 2014. Sumber gambar: JST
Lawatan pegawai-pegaawai dari AFC dan FAM ke Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos dan fasiliti JDT pada 14 Oktober 2014. Sumber gambar: JST
Selepas lawatan tersebut, tidak dapat dipastikan tarikh sebenar bila Johor DT memperolehi lesen tersebut. Tetapi pada tahun 2015, Johor DT telah layak ke pusingan kelayakan dalam Piala ACL. Ini bermakna, JDT menjadi kelab pertama menjadi AFC Licensed Club. Pada tahun tersebut, JDT berjaya menewaskan Bengaluru FC pada perlawanan kelayakkan pertama tetapi terkandas pada kelayakkan kedua di tangan Bangkok Glass.
Pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2016, masih tiada kelab yang berjaya memperolehi lesen ini. Johor DT terus menjadi kelab tunggal memperolehi lesen ini. Disebabkan berjaya menjadi juara Piala AFC 2015, Johor DT mendapat ‘bye’ untuk kelayakkan pertama Piala ACL tetapi langkah terbantut selepas kalah ditangan Muangthong United.
Ringkasan Kelab-Kelab dari Asia Tenggara yang berstatus AFC Licensed Club 2017.
Selepas 2 tahun, berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh AFC, Johor DT masih menjadi kelab tunggal di Malaysia yang berstatus AFC Licensed Club. Walaupun begitu, terdapat 2 permohonan diterima AFC untuk mendapatkan lesen ini. Satu permohonan dari JDT dan satu lagi permohonan tidak dinyatakan.
Jika masih tiada kelab lain yang berstatus AFC Licensed Club?
Jika tiada kelab lain yang berjaya memperolehi lesen ini, ia satu kelebihan buat Johor DT. Ini kerana, walaupun Johor DT tidak menjadi juara Liga Super untuk tahun tersebut, JDT masih boleh bermain di Piala ACL untuk tahun berikutnya disebabkan hanya kelab yang mempunyai lesen sahaja layak bermain di Piala ACL.
Kesimpulan
Berdasarkan 2 dokumen yang dikeluarkan oleh AFC seperti dia atas, hanya JDT yang akan bermain dalam pentas Asia mulai musim 2018 sehinggalah ada kelab / pasukan yang mempunyai lesen AFC.
Kepada pembaca yang bukan penyokong JDT, sudah sampai masanya anda semua sudah boleh bertanya kepada pihak pengurusan masing-masing akan status permohonan lesen AFC. Jangan pula nanti sudah menang Piala FA dan Liga Super tetapi tidak boleh berada dalam pentas Asia.
Apa pandangan anda dengan artikel ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan