Halaman
Laman utama
JADUAL JDT 2017
BERITA SUKAN
Selasa, 14 Mac 2017
Johor Mahu Cari Jaringan Besar
Johor DT bakal turun dalam aksi Piala AFC menentang Global FC hari ini di laman sendiri dan sudah tentu mereka mencari kemenangan setelah hampa ketika bertemu Magwe minggu lalu.
Bagi ketua pasukan Safiq Rahim, beliau mahu rakan rakannya memburu jaringan besar ketika melayani kunjungan pasukan Filipina tersebut kerana kemenangan besar mampu membawa mereka ke tangga teratas kumpulan.
“Kemenangan paling utama tetapi berada di kedudukan teratas kumpulan juga merupakan sasaran kerana pasukan akan berehat untuk beberapa hari selepas ini.
“Oleh itu, saya berharap aksi di hadapan penyokong sendiri esok dapat memberi kelebihan untuk JDT memastikan kemenangan besar,” kata Safiq dalam sidang media di sini.
Safiq juga mengingatkan rakan rakan supaya tidak memperkecilkan kemampuan lawan mereka tersebut.
“Kelab itu membariskan ramai pemain kebangsaan dan mereka mempunyai kekuatan tersendiri. Seperti selalu saya cakap, kita harus risau dengan pasukan sendiri terlebih dahulu.
“Jika kesemua pemain dapat melaksanakan setiap tugas dengan terbaik selain mematuhi setiap arahan diberi jurulatih, insyaAllah kita boleh dapat keputusan terbaik,” katanya.
Mora Fokus Lawan Global
Beberapa hari lepas Johor DT di undi bertemu Pahang dalam suku akhir Piala FA. Namun tumpuan pengendali Johor DT, Benjamin Mora lebih tertumpu untuk saingan AFC bertemu Global.
Dalam masa sama, Mora juga memikirkan perancangan yang bakal beliau lakukan bagi aksi penting itu nanti.
“Tetap memikirkan perancangan untuk berdepan Pahang tapi tidak secara mendalam kerana saya tidak mengetepikan apa jua taktikal untuk aksi suku akhir itu malah apabila tiba masanya yang sesuai barulah persiapan lebih rapi akan dibuat.
“Kami ingin mengulangi kejayaan menjuarai piala itu musim lalu dan perlu bersedia berdepan dengan mana-mana pasukan dan pada aksi suku akhir nanti kami akan hadir dengan lebih mantap.
“Kami pernah tewaskan Pahang 3-2 pada aksi Liga Super dan tahu cara permainan pasukan itu dan kami ada banyak masa untuk membuat persiapan bagi mengharungi aksi pertama suku akhir di tempat lawan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan