Halaman
Laman utama
JADUAL JDT 2017
BERITA SUKAN
Isnin, 13 Mac 2017
JDT hidu 'menu makan malam'
Johor Bahru: Kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim mahu rakan sepasukannya tampil dengan selera besar mencari gol sebanyak mungkin apabila berdepan Global FC dari Filipina di laman sendiri esok.
Bagi Safiq, JDT perlu menamatkan aksi ketiga peringkat Kumpulan F Piala AFC dengan kemenangan besar bagi memastikan mereka dapat merampas kedudukan sebagai pendahulu kumpulan daripada Global FC.
"Kemenangan paling utama tetapi berada di kedudukan teratas kumpulan juga merupakan sasaran kerana pasukan akan berehat untuk beberapa hari selepas ini.
"Oleh itu, saya berharap aksi di hadapan penyokong sendiri esok dapat memberi kelebihan untuk JDT memastikan kemenangan besar," kata Safiq dalam sidang media di sini, hari ini.
Skuad Harimau Selatan dibimbing Benjamin Mora kini menduduki tempat kedua Kumpulan F selepas mengumpul empat mata daripada dua perlawanan di belakang Global FC yang mendapat enam mata.
Oleh itu, pertemuan JDT menentang Global FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini malam esok adalah peluang terbaik pasukan berkenaan memintas pendahulu kumpulan itu.
Namun pada masa sama, Safiq tetap mengingatkan rakan sepasukan agar tidak memandang rendah kemampuan lawan kerana ini merupakan kali pertama JDT berdepan mereka.
"Kelab itu membariskan ramai pemain kebangsaan dan mereka mempunyai kekuatan tersendiri. Seperti selalu saya cakap, kita harus risau dengan pasukan sendiri terlebih dahulu.
"Jika kesemua pemain dapat melaksanakan setiap tugas dengan terbaik selain mematuhi setiap arahan diberi jurulatih, insyaAllah kita boleh dapat keputusan terbaik," katanya.
REKOD JDT DAN GLOBAL FC DALAM LIMA PERLAWANAN SEBELUM INI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan