Isnin, 13 Mac 2017

Bukan Mudah Untuk Jdt Pertahan Piala FA

Pasukan mana yang akan menjulang Piala FA semakin hangat diperkatakan. Adakah Johor Darul Ta'zim (JDT) mampu mengekalkan piala yang didakap tahun lalu?
Setelah undian pusingan suku akhir selesai dilakukan, beberapa perlawanan menarik untuk diberikan perhatian, terutama pertemuan Pahang lawan JDT dan Kedah lawan PKNP. Sekali imbas, bukan mudah untuk JDT mempertahankan Piala FA.

Keempat-empat pasukan ini mempunyai kekuatan tersendiri di mana kita semua tahu salah satu falsafah yang diterapkan oleh jurulatih keempat-empat pasukan itu kepada pemain-pemain mereka ialah “mentaliti mahu menang".

Dengan keinginan yang tinggi daripada setiap pemain, ia tidak akan menghalang mereka membuat satu penampilan serta persembahan di atas padang dengan gaya mereka tersendiri.

Kesungguhan setiap individu pemain itu akan memberi impak kepada persembahan dan kejayaan pasukan mereka.

Penulis dapat melihat bagaimana pemain-pemain pasukan Kedah, contohnya. Walaupun pasukan mereka mengalami deretan kecederaan pemain utama, namun sikap setiap pemain simpanan mereka yang bersedia menggalas tugas yang diberikan, mampu menutup kepincangan.

Sama juga dengan pasukan Pahang. Walaupun tahun lalu mereka mengalami kemerosotan ketara dari segi persembahan, namun musim ini Tok Gajah sungguh berbeza.

Kemasukan Dollah Salleh sebagai jurulatih musim ini merubah prestasi pasukan Pahang seolah-olah ia dirasuk, di mana kali ini pasukan Pahang akan menjadi pencabar kepada Kedah dan JDT dalam perebutan kejuaraan, baik dalam saingan Piala FA mahupun Liga Super.

Bagi pasukan PKNP, walaupun ini merupakan pencapaian terbaik dalam saingan Piala FA, namun anak-anak buah Abu Bakar Fadzim perlu memastikan mereka tidak tertekan dan menghormati pemain-pemain JDT. Ini akan menguji kekuatan mental pemain-pemain apabila berhadapan dengan pasukan JDT nanti.

Pasukan JDT pula akan tertumpu kepada jurulatih muda mereka, Benjamin Mora. Adakah beliau mampu merealisasikan impian pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, dan peminat-peminat mereka untuk melihat JDT mengekalkan kejuaraan selain meletakkan pasukan mereka terus berada dalam saingan Piala AFC pada tahun hadapan?

Ini juga satu cabaran buat pemain-pemain JDT serta menguji kekuatan mental serta keyakinan dan kemampuan diri mereka untuk mengekalkan kejuaraan.

Bukan mudah untuk mengekalkan kejuaraan kerana setiap pemain perlu memberikan komitmen dan semangat berpasukan untuk mereka menaiki podium pemenang sekali lagi.

Inilah saingan Piala FA yang paling sengit dapat lihat kerana semua pasukan sudah memberi tumpuan untuk melayakkan pasukan mereka ke  saingan Piala AFC dan ini juga satu motivasi kepada pemain-pemain untuk merealisasikan impian mereka dan pasukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan