Halaman
Laman utama
JADUAL JDT 2017
BERITA SUKAN
Khamis, 9 Mac 2017
SENARAI 23 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYSIA UNTUK KEM LATIHAN PUSAT MAC 2017
2017-03-09
Berikut senarai 23 pemain yang disenaraikan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk kem latihan pusat skuad Harimau Malaysia di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Isnin ini, 13 Mac 2017 bagi persiapan menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Filipina di Stadium Memorial Rizal, Manila pada 22 Mac dan perlawanan sulung Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara pada 28 Mac ini.
Seramai 18 pemain daripada skuad Piala Suzuki AFF 2016 di Yangon, Myanmar pada November lalu dikekalkan Kim Swee manakala lima pemain telah digugurkan untuk panggilan kali ini iaitu penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Irfan Fazail (JDT II), Ahmad Fakri Saarani (Kedah), Darren Lok (JDT) dan Norshahrul Idlan Talaha (Felda United).
Sebagai ganti, Kim Swee memanggil lima pemain baharu iaitu penjaga gol Mohd Farizal Harun (Felda United), Mohd Afif Amiruddin (Pahang), Khair Muhammad Jefri Jones (Melaka), Mohamad Nasir Basharudin (Perak) dan Muhammad Akram Mahinan (Kedah) bagi melengkapkan senarai 23 pemain untuk panggilan kali ini.
Purata umur bagi senarai 23 pemain kali ini ialah 28.0 tahun dengan Kim Swee menyenaraikan tujuh pemain berusia 25 tahun dan ke bawah, sembilan pemain berusia 26-29 tahun serta tujuh pemain berusia 30 tahun dan ke atas.
Pemain-pemain yang tersenarai ini perlu melapor diri pada tengah hari Isnin ini (13 Mac) kecuali dua pemain JDT pada Rabu (15 Mac) dan dua pemain Felda United pada Khamis (16 Mac), sehari selepas mereka beraksi pada perlawanan Piala AFC 2017 membabitkan pasukan masing-masing.
Skuad Harimau Malaysia dijangka berlepas ke Manila pada Isnin, 20 Mac untuk berdepan Filipina, dua hari kemudian.
Selepas itu, mereka akan terus melakukan pula persiapan untuk menghadapi Korea Utara pada 28 Mac. Namun keputusan rasmi mengenai venue dan status aksi sulung Kelayakan Piala Asia 2019 itu dijangka diumum Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan