Halaman
Laman utama
JADUAL JDT 2017
BERITA SUKAN
Khamis, 16 Mac 2017
Mahalli buktikan layak di posisi sayap
MAHALI JASULI (kiri) mengasak pemain tengah Global, Matthew Hartmann dalam perlawanan Kumpulan F Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam. JDT menang 4-0.
16 Mac 2017 12:11 AM
156
JOHOR BAHRU 15 Mac – Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Mahalli Jasuli bertekad untuk mengunci mulut pengkritik dengan membuktikan dirinya layak bermain di posisi sayap kanan seterusnya membantu Harimau Selatan melakarkan kejayaan.
Keyakinan pemain berusia 27 tahun itu hadir setelah dia berjaya meletakkan nama dalam senarai penjaring ketika membantu JDT menang besar 4-0 ke atas kelab dari Filipina, Global FC dalam persaingan Piala AFC malam tadi.
Mahalli begitu gembira dengan kejayaannya meledak gol pertama musim ini setelah kali terakhir menjaringkan gol pada Mei tahun lalu ketika Harimau Selatan mengganyang satu lagi kelab dari Filipina, Kaya FC dalam pusingan kedua Piala AFC.
“Dalam perlawanan malam ini (malam tadi), JDT agak sukar untuk menembusi benteng lawan dan sebab itulah saya ambil keputusan untuk membuat rembatan dari luar kotak setelah nampak ada ruang untuk membuat jaringan. Syukur apabila rembatan itu menerjah jaring yang turut membangkitkan semangat juang pasukan.
“Saya rasa gembira dapat jaringkan gol tersebut dan ini adalah satu permulaan yang baik bagi saya serta meningkatkan keyakinan untuk terus membantu Harimau Selatan dalam perlawanan akan datang.
“Saya tahu ramai yang mengkritik apabila saya diturunkan di posisi itu. Bagi saya, itu adalah lumrah dalam bola sepak dan tidak kisah apa orang nak kata asalkan saya buat kerja saya untuk membantu pasukan meraih kemenangan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan malam tadi.
Mahalli, yang sebelum ini selesa beraksi sebagai bek kanan, mengakui masih belum menemukan rentak selaku pemain sayap dan percaya dia memerlukan lebih masa untuk memantapkan permainan.
“Sebenarnya saya masih baru bermain di bahagian sayap kanan sejak dua tahun lalu, jadi banyak perkara yang perlu saya pelajari daripada pemain lain di posisi sama untuk lebih tajam dan mampu mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.
“Walaupun masih mentah, saya akan tetap bersaing merebut tempat tersebut dan (memastikan dirinya) menjadi pilihan jurulatih. Suntikan semangat daripada rakan terutama Shakir Shaari dan Fadhly Shaz membuatkan saya bertekad untuk menjadi pemain lebih baik,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan