Halaman
Laman utama
JADUAL JDT 2017
BERITA SUKAN
Selasa, 14 Mac 2017
Johor DT Menang Besar
Johor DT mengharungi aksi ketiga Piala AFC mereka menentang Global FC di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin malam ini.
Kedua dua pasukan memburu kemenangan bagi menjadi pendahulu Kumpulan.
Babak pertama menyaksikan tuan rumah lebih banyak menguji kekebalan kubu Global FC. Seawal minit keenam, Global FC telah di uji apabila bola hantaran Cabrera kepada Hazwan hampir menerjah jaring namun penjaga gol Global, Patrick Deyto cemerlang menepis.
Selang seminit, Mahali Jasuli pula mencuba nasib namun cubaannya tidak menepati sasaran. Global cuba membalas serangan Johor DT namun tandukan Roberts di tangkap kemas Izham Tarmizi.
Minit 13, cubaan Gabriel Guerra sedikit tersasar. Pelawat sekali lagi di uji tuan rumah melalui rembatan Hazwan minit 15, sekali lagi ketangkasan Deyto menyelamatkan mereka dan cubaan susulan dari Amirulhadi tersasar.
Setelah cubaan demi cubaan, Johor DT akhirnya di depan apabila rembatan Mahali berjaya menemui gawang. Selang seminit, Hazwan Bakri di jatuhkan pertahanan Global di dalam kotak penalti.
Safiq Rahim tenang menyudahkan sepakan penalti untuk meletakkan tuan rumah selesa mendahului 2-0. Tiada tambahan gol menyaksikan separuh masa pertama di tutup dengan Johor DT mendahului 2-0.
Babak kedua tidak banyak aksi serangan berbahaya dari kedua dua pasukan.
Peluang terbaik Global mengurangkan defisit gol hadir pada minit 71 namun Izham Tarmizi cemerlang menepis rembatan Clarino. Minit 73 pula rembatan Minegiachi meliar dari pintu gol. Rembatan Aguinaldo minit 81 juga tersasar dari pintu gol.
Pada minit 82, Izham sekali lagi cemerlang dengan kali ini menepis keluar cubaan Sasaki. Setelah kebuntuan, Johor DT akhirnya berjaya memperoleh gol ketiga menerusi sentuhan pemain gantian, Brian Ferreira.
Tidak cukup dengan itu, Marcos Antonio menambah derita Global dengan jaringan keempat apabila menanduk masuk bola sepakan percuma Gabriel Guerra.
Keputusan penuh, Johor DT membelasah Global FC 4-0 dan menungguli kumpulan dengan 7 mata.
Carta Terkini Kumpulan F
#
AFCCup2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan