Halaman
Laman utama
JADUAL JDT 2017
BERITA SUKAN
Sabtu, 11 Mac 2017
JDT turunkan barisan terkuat
Piala FA tiket buat JDT mara automatik ke saingan Piala AFC 2018.
TIADA
istilah 'merehatkan' pemain buat Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila mereka tetap menurunkan barisan terbaik bagi menghadapi cabaran UiTM FC pada Pusingan Ketiga Piala FA di Larkin, malam ini.
Meskipun dilabel pasukan pilihan, skuad kendalian Benjamin Mora itu enggan mengambil risiko bagi memastikan slot kelompok lapan pasukan terbaik tidak terlepas daripada genggaman mereka.
Menurut Mora, beberapa tonggak yang direhatkan ketika berkunjung ke Yangon dalam saingan Piala AFC tempoh hari akan kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama malam nanti.
"Pemain yang diturunkan semasa berdepan Magwe FC sudah mendapat rehat yang secukupnya. Jadi, JDT tiada masalah turunkan barisan terkuat.
"Apa pun, kami akan memberikan 100 peratus untuk perlawanan ini,” katanya, semalam.
Dalam pada itu, Mora berkata, kemenangan akan menjadi tonik terbaik buat skuad Harimau.
Pada masa sama, pengendali dari Mexico itu berharap Stadium Tan Sri Hassan Yunos dibanjiri lautan biru penyokong JDT.
"Kita mahu menang. Jadi, sokongan peminat penting bagi melonjak moral pemain," katanya.
Untuk rekod, JDT merangkul trofi Piala FA selepas menjinakkan PKNS FC 2-1 di pentas final tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan