Sabtu, 4 Mac 2017

ANALISIS TAKTIKAL MSL 2017: INTENSITI JDT MENGAWAL PERMAINAN



Intensiti JDT adalah kata kunci yang penting dalam analisis kali ini. Perlawanan ini berakhir dengan keputusan 3-2 selepas JDT bangkit daripada ketinggalan 1 gol.
JDT bermula dengan intensiti sederhana
Pada fasa awal perlawanan, intensiti JDT adalah sederhana. Jadi, Pahang nampak kompeten. Mereka memberikan saingan.
Sumareh adalah pemain pertama yang masuk ke dalam kotak penalti di dalam perlawanan ini.
Pertahanan yang terlalu kasual oleh Junior Eldstal dihukum oleh Pahang yang berjaya merampas bola di sekitar kawasan bulatan tengah.
Pada fasa ini Azriff adalah pilihan terbaik.
Ini adalah fasa yang paling teruk dan semuanya serba tak betul dilakukan Eldstal. Dia tidak lepaskan hantaran cepat (release early) dan memilih titik yang sudah dilindungi pemain lawan.

Azam Azih melakukan hantaran pada waktu yang terbaik untuk Matheus Alves, 1 lawan 1 dengan Izham, pemain ini memang antara penyerang paling tajam.
JDT dikejutkan
Gol pertama ini jelas sekali, wake up call. Pada fasa ini JDT mulai meningkatkan intensiti mereka lebih tinggi.
Dan fasa ini juga pasukan Pahang gagal untuk menyaingi intensiti JDT.  JDT asasnya bermain dengan sistem 4-3-3.
Mereka berkembang kepada 3-4-3 ketika menyerang. JDT mengambil masa yang agak lama juga untuk meningkatkan intensiti.
Mereka mendapat rentak terbaik selepas gol pertama Hazwan Bakri. Ianya lebih kepada moral dan motivasi yang menaikkan semangat mereka.
JDT mulai cuba untuk lebih kerap masuk ke zon 14. Sebelum itu mereka agak sukar untuk akses ke zon 14 yang dikawal Pahang dengan ketat.
JDT mendapat gol pertama menerusi susulan sepakan penalti. Afif ternyata ada masalah dengan closing down pihak lawan.
Dia terlalu mudah dilepasi lawan yang berputar kedudukan badan mereka. Banyak kali dia dilepasi dengan mudah ketika merapati pihak lawan.
2 kali jugalah dia menarik baju pihak lawan. Mujurlah dia masih ada di dalam padang kerana aksi menarik baju macam ini.
Ia adalah tactical foul yang terpaksa dilakukan kerana kelemahan duel beliau.
Ketika memberikan sepakan percuma yang mencetuskan penalti. Afif jelas mara dan keluar dari garisan beliau tetapi tidak melakukan defensive action (contoh; memintas, membentes).
Guerra memanipulasi kelemahan itu dan cuba menggunakan half-space yang terbuka. Afif menarik Guerra.
Ketika sepakan percuma, Afif menaikkan tangan pada posisi yang terlalu tinggi. Jika bola menuju muka dan tangan melindungi muka, itu kita faham. Penalti untuk JDT!
Ketika sepakan penalti, pemain-pemain Pahang jelas tidak ada motionuntuk mengekang potensi bola muntah. Ia memang kesalahan asas dalam bertahan ketika penalti.
Ini adalah situasi ketika Wan Azraei melakukan aksi menyelamat yang terbaik. Apa yang berlaku adalah sususan dan komitmen pemain Pahang ketika situasi penalti.
Half space dan kawasan bek kiri Pahang adalah weakest link
2 half space terlalu terbuka terutama sekali di sebelah kiri. Kunanlan memiliki malam yang mudah malam tadi.
Di kiri, Jae-Won dan Faisal, Afif dan Davies serta ketiadaan perlindungan daripada Azam Azih mahupun Syamim di kawasan tersebut adalah punca.
Kawasan bek kiri Pahang juga titik lemah mereka. Faisal agak naif berhadapan dengan Kunanlan. JDT berkali-kali memanipulasi situasi ini.
Banyak peluang gol dicipta dari arah ini. Gol Safiq Rahim antara yang dihasilkan dari sini. Kemasukan Mahali turut memanipulasi titik ini.
Lihat penjelasan di bawah. Midfielder 4 Pahang terlalu statik ketika bertahan. Syamin dan Azam Azih tidak mampu membentuk defensive trapataupun segitiga dengan bek sisi dan bek tengah.
Apabila pemain di half-space, bek tengah dan bek sisi celaru dan tidak tahu siapa yang harus mengambil tindakan.
Double six (Azam-Syamim) tidak memberikan perlindungan sebaiknya. Joseph Kalang dan Sumareh tidak membantu mengawal bek sisi ofensif JDT.
Ia adalah peraturan asas dalam taktikal bertahan. Bek sisi ofensif (offensive full back) lawan adalah tugas pemain sisi untuk mengawal.
Sekali lagi, setiap bek tengah yang keluar dari kawasan mereka haruslah memenangi bola ataupun duel. Ia sama dengan penjaga gol yang keluar dari kawasan mereka. Jika gagal, itu sangat berisiko.
Pahang lebih baik pada separuh masa kedua?
Ianya kerana JDT mulai menurun intensiti selepas 60 minit. Rasanya faktor stamina dan terlalu ramai tired leg.
Hanya Kunanlan yang benar-benar boleh berlari 90 minit. Guerra, Nazmi dan Hazwan antara yang jelas ada isu tired leg dan kecergasan yang kritikal.
Pada fasa ini Pahang mendapat lebih banyak bola di kaki dan gerakan. Mereka membalas 1 gol menerusi sepakan percuma terus Alves.
Ianya selepas Safiq Rahim yang hilang fokus dalam keletihan menerjah pemain lawan dalam keadaan pertahanan JDT sudah stabil. Ia memang spoiler kepada aksi cemerlang beliau.
Rumusan
JDT bermain intensif tinggi dalam formasi 4-3-3 yang ekspansif.
Namun masalah yang sama ketika mereka cuba bermain high pressing football pada perlawanan pertama iaitu gagal untuk mengekalkannya untuk lebih lama.
Dalam erti kata lain, aspek teknikal membuatkan taktikal mereka tidak ekstensif.
Mereka semakin menurun pada separuh masa kedua selepas melabur tinggi stamina pada separuh masa pertama.
Jika masalah ini dapat diperbaiki JDT rasanya mereka akan mampu bermainhigh pressing game.
Namun kelebihan mereka adalah, ketika fasa terbaik, mereka menjaringkan 3 gol dan deposit 2 gol pendahuluan.
Dalam perlawanan ini JDT adalah pasukan yang menewaskan Pahang dalam semua aspek. Pace, duel, intensiti dan penguasaan di tengah.
Pahang outplayed terlalu lama dalam perlawanan ini. Pahang sekali lagi bermasalah berhadapan dengan pasukan yang bermain intensif dan dahagakan penguasaan bola.
Sebelum ini pasukan Kedah. Jadi, Dollah Salleh harus memikirkan formula terbaik berhadapan dengan pasukan seperti ini.
Mereka perlu tingkatkan aspek bermain dalam organisasi.
Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA
S. Kunanlan (JDT)
Hazwan mungkin agak klinikal dalam perlawanan ini. Safiq pula ada 1 assist dan 1 gol, namun Kunanlan layak mendapat lebih kredit.
Like Page : Kapten Ledang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan