Sabtu, 18 Mac 2017

TMJ MAMPU UBAH FAM - DYMM SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR, SULTAN JOHOR

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memuji anakandanya, Tunku Ismail Ibrahim ibni Sultan Ibrahim yang juga pemilik pasukan bolasepak JDT kerana telah berjaya membawa nama pasukan itu ke peringkat antarabangsa. Sultan Ibrahim bertitah, sejak 3 tahun lalu, Tunku Ismail telah mengubah JDT yang kini menjadi kebanggaan rakyat negeri itu. Baginda menyokong pencalonan anakandanya untuk menandingi jawatan Presiden, Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM namun baginda mahu, sebagai bakal pemerintah negeri Johor, Tunku Ismail tidak melupakan peranan dan tanggungjawab sebagai Tunku Mahkota Johor terutama untuk sentiasa mendampingi rakyat jika memenangi jawatan itu. Tunku Ismail Ibrahim ibni Sultan Ibrahim berdepan seorang lagi pencabar iaitu Tan Sri Annuar Musa yang akan ditentukan dalam Kongres FAM ke 53, 25 Mac ini. Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam satu wawancara esklusif bersama Media Prima Berhad di Istana Flintstones, Mersing pagi tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan