Halaman
Laman utama
JADUAL JDT 2017
BERITA SUKAN
Sabtu, 25 Mac 2017
Usah cemburu kepimpinan baharu FAM
PRESIDEN baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
PETALING JAYA: Hari ini, sinar baharu bola sepak Malaysia sudah bermula!
Kita semua mahukan perubahan kerana kita tahu nadi bola sepak kita sudah nazak sejak virus lama merebak dan menyerang urat nadi jantung bola sepak negara ke tahap paling teruk.
Saya yakin seluruh negara meraikan pelantikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai presiden baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan meletak setinggi gunung harapan yang mesti dipenuhi untuk peminat.
Jika ketika di Johor, Tunku Ismail kurang disenangi pencabar lain, kini mula disayangi khususnya pencinta bola sepak Malaysia.
Jangan cemburu jika Tunku Ismail memiliki pemikiran besar dan langkah terlalu laju seperti dibuktikan bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), dan kini marilah kita sama-sama cuba ikut rentak TMJ.
Mahu tunggu sampai bila untuk berubah? Inilah masanya untuk berubah? Kita sudah lama dipandang remeh oleh pencabar serantau hatta negara jiran Asia Tenggara yang kini jauh mengatasi kita.
Sanggupkah kita terus menunggu? Kita sudah lebih 30 tahun menunggu dan tergelincir. Kenapa kita tidak boleh sabar untuk empat tahun lagi untuk proses kebangkitan.
Dulu bangsa Johor bangga dengan Tunku Ismail yang mungkin dilabel sebagai 'supremo' bola sepak, namun kini Tunku Ismail sudah pun menjadi milik seluruh Malaysia demi kebaikan imej Harimau Malaysia.
Terima kasih bangsa Johor kerana sudi berkongsi Tunku Ismail dengan seluruh rakyat Malaysia terutama pencinta dan peminat bola sepak.
Bagi saya, segala anggapan buruk mengenai Tunku Ismail di Johor hanyalah lebih kepada persepsi.
Di sisi positifnya, jika dia berjaya mengangkat martabat bola sepak Johor, kenapa tidak kita beri peluang sama untuk dia menjulang imej bola sepak negara pula?
Sudah pasti semua menaruh harapan kepada Tunku Ismail untuk mengembalikan ketajaman taring Harimau Malaysia di peringkat serantau.
Justeru saya nasihatkan pengkritik di luar sana supaya tutup mulut dan beri peluang.
Kalau selama ini lebih 30 tahun kita boleh menahan sabar, apa bezanya untuk empat tahun ini sehingga penggal akan datang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan